Semalam aku off day. Lepas solat Jumaat, sedang berehat-rehat di ruang tamu, aku dengar bunyi orang beri salam. Rupanya jiran depan rumah datang, dengan senyuman dan suara mesra, dia jemput aku dan isteri untuk datang ke rumahnya malam nanti. Katanya ada sedikit jamuan makan. Katanya tak ramai pun dijemput, cuma jiran-jiran terdekat. Masakan pun ringkas-ringkas saja, sekadar nak eratkan hubungan kejiranan. Aku dan isteri saling berpandangan dan terus setuju. Lepas Maghrib, kami bersiap dan berjalan kaki ke rumah jiran. Suasana sederhana tapi meriah. Ada Bihun Sup, Mee Bandung, Bubur Jagung, kuih-muih kampung dan air sirap. Sembang-sembang pun rancak dari hal anak-anak jiran lain, cerita kampung, sampai ke cerita pengalaman kerja aku sebagai anggota polis di Pusat Kawalan Daerah.