Mari Klik

Sunday, May 11, 2025

Kerja Kita Fardhu Kifayah

Jam menunjukkan sekitar 10.20 malam apabila kami di Pusat Kawalan Daerah (PKD) menerima panggilan daripada rakan setugas Unit MPV yang sedang menjalankan rondaan.

“DCC, ada kemalangan kereta terbalik dekat simpang lampu isyarat... korang dah terima aduan ke belum?”

Kami segera semak dan ya, kami sudah pun dimaklumkan lebih awal oleh orang awam dan telah maklumkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik yang sedang dalam perjalanan ke lokasi.

Melihat keadaan trafik yang semakin sesak di lokasi tersebut, anggota MPV tersebut tanpa ragu menawarkan diri untuk bantu kawal aliran lalu lintas. Laluan dua lorong yang terpaksa ditutup sementara menjadi satu lorong, dan itu menimbulkan kesesakan yang agak panjang.

Beberapa minit kemudian, kenderaan yang terbalik berjaya dialihkan oleh pihak towing. Laluan kembali lancar. Anggota MPV memaklumkan keadaan kepada kami semula melalui komunikasi radio, dan sebagai PKD, kami ucapkan terima kasih atas bantuan dan kerjasama mereka.

Namun kata-kata akhir daripada anggota itu benar-benar menyentuh hati:

"Kerja kita ni, cik… fardhu kifayah."

Kami di PKD hanya mampu tersenyum dan rasa syukur. Walaupun tugas kami berbeza-beza, matlamat kami tetap sama demi keselamatan dan ketenteraman orang ramai.

Di Sebalik Uniform, ada nilai murni yang tak ternilai. Ada pengorbanan yang tidak selalu dipandang. Tapi kami tahu… kami buat kerana amanah.

10 comments:

  1. Kerja akan jadi lebih ringan bila semua tahu peranan masing² dan menganggapnya sbg amanah. Alangkah seronok kalau semua berpegang pada prinsip ni kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, seronok bila masing-masing jalankan peranan dan tanggungjawab mereka.

      Delete
  2. Selamat menjalankan tugas, polis dan masyarakat berpisah tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...semoga kami tetap kekal bersemangat dengan tanggungjawab kami.

      Delete
  3. Mudahkan kerja orang, pasti Allah SWT mudahkan kerja kita. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Kita orang dalam kkm walaupun bukan frontliner tetap sedia membantu dalam apa keadaan pun. Apa lagi tagline kami sedia membantu. Niat kerja kerana Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau apa kerja sekalipun, jika ia adalah kepentingan bersama tetap niat kena teguh dalam pekerjaan.

      Delete
  5. Macam- macam dah perkara yang anggota polis hadapi kan..kerenah oranf, jenayah, kemalangan, bencana alam dan sebagainya...

    ReplyDelete

My Blog List