Terima kasih kepada Sahabat Blogger kita Bola Katok atas soalan yang diberikan pada ENTRY yang lepas.
Ramai yang keliru dengan istilah tempat polis bertugas. Kadang dengar polis jaga pondok, ada pula yang kata duduk berek, yang lain cakap kerja di IPD, IPK dan sebagainya.
Jadi… apa sebenarnya beza tempat-tempat ni?
1. Pondok Polis
- Biasanya di kawasan kampung, taman perumahan atau kawasan kecil.
- Operasi asas sahaja seperti ambil laporan, pantau kawasan sekitar.
- Boleh jadi tidak ada anggota tetap, hanya berpusing giliran dari balai berhampiran.
2. Balai Polis
- Balai standard di kawasan mukim atau bandar.
- Ada pegawai penyiasat, anggota trafik, ronda cegah jenayah dan pegawai bertugas.
- Operasi 24 jam, ambil laporan kes jenayah, awam, pengesahan, dan kawalan kawasan.
3. IPD – Ibu Pejabat Polis Daerah
- Ibu pejabat untuk seluruh daerah.
- Balai polis dalam daerah tu akan lapor kepada IPD.
- Ada pegawai kanan, pegawai penyiasat khas, trafik daerah, D7, D9, Narkotik, PKD dan pelbagai unit khas.
4. IPK – Ibu Pejabat Polis Kontinjen
- Di peringkat negeri.
- Mengurus semua IPD dalam negeri berkenaan.
- Ada jabatan khas seperti JSJ, Narkotik, Siasatan Komersil, Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), dll.
5. Bukit Aman (PDRM HQ)
- Ini ibu pejabat utama PDRM di peringkat nasional.
- Semua strategi, dasar, latihan, dan polisi dari sini.
- Ada bahagian-bahagian khas elit seperti Unit Tindakan Khas (UTK), Densus 88, JSJK, dll.
6. Berek Polis
- Ini tempat tinggal anggota dan keluarga mereka.
- Disediakan berhampiran balai atau IPD untuk memudahkan urusan kerja.
- Bukan tempat tugas, tapi tempat kediaman rasmi.
Adakah Skop Kerja Sama?
Secara asas, tugas utama polis tetap sama: menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tapi skop dan tanggungjawab akan berbeza ikut lokasi:
- Pondok & Balai: Tugas barisan hadapan, laporan & respons segera.
- IPD: Tugas lebih besar termasuk siasatan dan operasi daerah.
- IPK & Bukit Aman: Fokus pada pentadbiran, taktikal & polisi seluruh negeri atau negara.
Kesimpulan: Walau apa pun nama tempatnya (pondok, balai, IPD, atau IPK) semangatnya tetap sama: berkhidmat untuk masyarakat.
#DiSebalikUniform
#PolisBertugasDiManaMana
#PondokKeBukitAman
#FaktaPolis
wahh byk betul info yg Tuan kongsi. barakallah fiik. terima kasih kerana sentiasa berbakti kpd negara!
ReplyDeleteAlhamdulillah mana info yang boleh kongsi, Taufik akan kongsikan bersama untuk pengetahuan umum.
DeleteSama sama, in shaa Allah semoga Polis yang berkhidmat dgn benar dapat oahala yang besar di sisi Allah SWT.
jelas dan faham tuan.
ReplyDeletepernah tau tanya asben soklan, apakebanyak sangat port, dedulu rasa sebut balai polis ja. asben gelak ja. my asben pernah post di bukit aman pastu sambung study pastu ipd kuala selangor pastu pencen. baru je dpt kad pesara pulis 4 hari lepas.
Wahhh banyak merantau dan pengalaman ni... Kirim salam kepada asben Puan kerana berjaya berkhidmat sehingga bersara....
Deletewah, Alhamdulillah,,,dah pencen lega banyak kan
DeleteTau takpe... Rasa beban tu hilang.
DeleteTerima kasih berkongsi ini yang kita kadangkala pun confuse tentang istilah yang digunakan.
ReplyDeletesama sama... betul tu, ramai yang confuse....konsep sama dengan tempat kerja lain cuma panggilan je lain-lain
DeletePaling banyak kerja dan kes Bukit Aman lah kan. Dulu zaman sekolah rendah ada kawan anak polis. Selalu jugalah bermain di rumah dia di berek polis. Lepas tu dia pindah. Zaman U baru jumpa kembali. Arwah ayah dia polis yang disenangi dan rapat dengan orang kampung.
ReplyDeletebanyak data dan maklumat penting kes dan maklumat diri anggota dan pegawai berada di sana.
DeleteIn shaa Allah bila rapat dengan orang ramai akan mudah disenangi
terima kasih atas perkongsian yang sangat baik. moga sentiasa di dalam lindunganNya ketika menjalankan tugas..
ReplyDeleteSama sama.... in shaa Allah Amiin... Terima kasih atas doa nya
Deletebila masuk kem tempat suami bekerja dulu, dia tunjuk lah rumah yang dia duduk masa kecil (arwah FIL pun pencen askar).. tapi, kami tak duduk lah di rumah tu, kami duduk di kuarters luar...senang sikit family nak datang, tak perlu nak tinggalkan IC dekat balai pengawal..
ReplyDeleteKuarters luar senang sikit eak...
Deleteammi ada sorang anak buah di Bukit Aman..semoga dia sentiasa aman di situ ahakss
ReplyDeleteAman selalu hendak nya...hihi
Deletepernah juga berurusan dengan balai polis
ReplyDeletekekadang urusan yang simple memang perlu juga di balai
DeleteTerima kasih atas jawapan yang jelas. Pondok tu ... baru faham. 👍
ReplyDeletesama sama, maklumat yang perlu kita akan kongsi bersama
DeleteKat hospital dulu ada juga polis jaga kat pondok berhampiran kecemasan. Agaknya kalau accident senang nak buat report kut
ReplyDeleteBagi memudahkan pihak hospital terutama nya doktor untuk buat laporan polis kalau kalau ada kes yang menarik perhatian.
DeleteKalau polis bantuan tu ada kena mengena tak dengan polis biasa. Diorang dapat latihan dari polis juga ke?
ReplyDeletePolis biasa under Goverment sedangkan Polis Bantuan di bawah Company tertentu. memang mereka dilatih oleh pihak jurulatih PDRM sendiri di Pusat Latihan....
Deletenanti Taufik akan terangkan untuk beberapa Next entry nanti.
Paham saya skr. Sebenarnya tempat2 bertugas polisi tak jauh beda dengan di sini, hanya saja istilah tak sama 😁.
ReplyDeleteYa betul, peranan polis di mana mana semua sama... Cuma istilah sahaja yg lain.
DeleteFaham-faham ...
ReplyDeleteMantappp terima kasih.
Delete