Skip to main content

Mabuk Hujung Syif

Bertugas jam 4 petang hingga 12 malam. Waktu hampir habis syif, dalam 10 minit sebelum jam 12 malam, aku terima satu panggilan daripada seorang wanita Melayu dalam nada cemas dan gelabah. Dia maklumkan berlaku satu pergaduhan sekumpulan lelaki India di hadapan rumahnya.

Aku cuba dapatkan maklumat awal. “Adakah ini melibatkan jiran atau ahli keluarga?” tapi pengadu tak pasti, hanya nampak kejadian berlaku betul-betul depan rumah.

Tanpa berlengah, aku terus arahkan anggota MPV ke lokasi untuk buat pemantauan.

Sesampainya anggota di lokasi, dikenal pasti memang berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki India, dipercayai gara-gara mabuk.

Anggota MPV segera bertindak menenangkan keadaan, memberi nasihat dan amaran kepada mereka untuk berhenti bergaduh dan pulang ke rumah masing-masing.

Alhamdulillah, mereka akur dengan nasihat tersebut dan bersurai.

Kadangkala, akhir waktu syiflah paling mencabar, bila badan dah letih, fikiran dah nak berehat tapi bila panggilan masuk, tugas tetap tugas.

Di sebalik uniform, kami tak pernah benar-benar "habis kerja". Kami sentiasa bersedia.


Comments

  1. Selagi belum thumbprint balik... Kalau dah balik pula, kita tapis siapa yang hubungi kita.. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, selagi belum habis shift dan pengganti jangan harap dapat balik hihihi....
      lagi-lagi kalau da balik, tu yang tak boleh tahan hahahaha

      Delete
  2. Banyak juga kes mabuk ni kan... Risau sbb bila dah mabuk tu fikirannya tak waras huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah orang Malaysia ni bila nak mabuk pandai tapi tak nak belajar...orang barat kalau nak mabuk minum tak sampai secawan...orang malaysia minum berbotol..bahaya...

      Delete
  3. jangankan saka biru, kerja biasa pun lima minit nak punchcard dok ghisau. otak nak balik, alih2 bos masuk bawa task, ergh! tak pasal2 drag waktu balik. (dulula, skrg dok rmh ja)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...time dapat task baru tu...nak jemput anak dari sekolah lagi...huhuhu

      Delete
  4. Itulah namanya kan kalau sudah tanda tangan surat aku janji, Saya Yang Menjalankan Amanah hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bila sudah tandatangan dan cop jari. Bermakna sudah bersumpah untuk berkhidmat walau apa jua.

      Delete
  5. Mujur yang mabuk tu masih faham arahan untuk pulang ke rumah masing².

    ReplyDelete
  6. Biasalah tu hujung-hujung waktu.. sama macam tgk game bola.. last minit tu la dia nak score hahaha.. nasib la yg bergaduh tu melihat kerosakan harta org awam bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, last minit kadang² mengubah keadaan huhuhu

      Delete
  7. Biasalah, lagi nk balik kerja time tulah ada task. Saya pernah kerja part time kat mall, mall dah nak tutup ni tetiba ada customer nk datang membeli pulak. Geram jee hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi lagi waktu dia tengah berfikir nak membeli yang mana hehehehe

      Delete
  8. Teringat kawan cerita masa dia belajar di Amerika. Orang Malaysia punya mabuk memang mengundang kacau ganggu. Omputih katanya jarang yang mabuk sebegitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah orang Malaysia ni bila nak mabuk pandai tapi tak nak belajar...orang barat kalau nak mabuk minum tak sampai secawan...orang malaysia minum berbotol..bahaya...

      Delete
  9. Paling tak suka bab orang mabuk ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...