Tugas di Pusat Kawalan Daerah (PKD) bukan sekadar duduk di depan skrin, angkat telefon dan jawab panggilan. Ia lebih dari itu.
Sebagai petugas PKD, aku perlu sentiasa bersiap siaga. Tak kira siang atau malam, waktu orang lain lena tidur atau sedang bersama keluarga, kami di PKD perlu peka dengan setiap laporan, aduan dan insiden yang masuk melalui pelbagai saluran, sama ada dari MERS 999, walkie talkie MPV, mahupun panggilan terus dari orang awam atau balai.
Antara cabaran utama:
-
Maklumat tak lengkap. Kadang-kadang terima panggilan dari pengadu yang panik. Nak dapat maklumat lokasi pun susah. Kami perlu bertenang, bantu pengadu untuk beri info yang betul supaya tindakan pantas boleh diambil.
-
Kesesakan saluran komunikasi. Bila banyak kejadian berlaku serentak iaitu kemalangan, pergaduhan, kebakaran. PKD jadi pusat kawalan yang sangat sibuk. Kena bijak urus keutamaan dan kekal tenang walau tekanan tinggi.
-
Koordinasi dengan unit luar. Tak semua boleh selesai dari bilik kawalan. Kena pantas arahkan MPV, peronda bermotosikal, atau maklumkan pegawai penyiasat mengikut kes. Kadang-kadang mereka minta bantuan segera, dan kami perlu bertindak dalam saat itu juga.
-
Tanggungjawab moral. Kalau tersilap arah, salah faham maklumat, atau lambat respon, kesannya besar. Ia bukan saja beri impak kepada operasi, tapi juga kepercayaan masyarakat terhadap polis.
Tapi, di sebalik tekanan itu, ada kepuasan bila kejadian dapat dikawal dengan baik, bila tindakan kita di PKD berjaya menyelamatkan keadaan, dan bila sahabat setugas di lapangan dapat menjalankan tugas dengan lancar hasil kerjasama dari bilik kawalan.
PKD adalah nadi kepada operasi di lapangan. Dan sebagai salah seorang petugasnya, aku sedar bahawa setiap suara yang kami terima, setiap keputusan yang kami buat, mungkin boleh jadi perbezaan antara tenang dan kecoh, antara selamat dan bahaya.
Di Sebalik Uniform PKD, ada tanggungjawab yang tak semua orang nampak... tapi kami pikul setiap hari, dengan tenang.
semoga semuanya baik2 semasa kita sedang menjalan kan tugas masing2
ReplyDeleteAmiin terima kasih... Semoga keamanan kekal diterajui
DeleteOrang hanya nampak bahagian hadapan je tapi disetiap kejayaan menyelesaikan masalah, bahagian belakang lah yang menjadi tunggak dalam setiap kejadian. Semuga semua petugas PDRM Allah lindungi. Aamiin
ReplyDeleteKami bantu mereka di lapangan untuk tunjukkan bakat
DeleteSemua ada tanggungjawb yang besar kan..bila semua tanggungjawab terlaksana, kepuasan tu sangat bermakna kan..
ReplyDeleteBetul tu, semua jalankan tanggungjawab akan berjalan dengan lancar
DeleteBetul la kalau panik kadang no kereta pun boleh lupa. Besar tanggungjawab kat PKD ni ya.
ReplyDeleteItu biasa jumpa hihihi
DeletePernah call ambulance saya bukan ditempat kejadian...husband yg suruh call...last2 Encik call la husband saya...saya bagi no tel...
ReplyDeleteSeeloknya pengadu berada di tempat kejadian senang untuk dapatkan maklumat
DeleteKiranya org awam call 999 then info akan disalurkan ke PKD ye? Memang kena sentiasa bersiap siagalah kan...
ReplyDeleteTapi iye kalau tengah panik mmg lupa habis alamat ke no tel sendiri ke 😅
ya betul,panggilan 999 akan disalurkan kepada PKD...memang kami jarang dapat lelap kalau tengah malam..huhuhu
Deleteyang itu kami selalu nasihatkan pengadu supaya buat catatan sekiranya memerlukan
Bila panik nama sendiri pun boleh tersasul
ReplyDeleteHahaha itu biasa... Sy sebelum jadi polis pun gitu.
DeleteAgree. Ada golden time yg harus dikejar. Orang awam mungkin melihatnya kerjaan mudah. Tp jika sudah menyangkut nyawa, melibatkan orang yang harus ditolong, bukan pekerjaan yg mudah . Butuh ketenangan dan berpikir cepat utk menyelesaikan masalah
ReplyDeleteYa, kalau PKD jadi kelam kabut. Memang kes tak dapat di selesaikan.
DeleteDalam satu syif ada berapa orang bertugas?
ReplyDeleteBergantung tempat tugas, ada yang ramai dan ada yang sedikit.
Delete