Skip to main content

Bila Offday Tak Sepenuhnya Off

Hari ni sepatutnya hari rehat. Offday. Aku pun ambil peluang duduk santai kat rumah, rancang nak luang masa dengan isteri. Tapi biasalah... hidup dalam uniform ni, kadang-kadang 'off' tu cuma sekadar nama.

Tengah duduk-duduk, dapat panggilan daripada penyelia.

"Assalamualaikum cik, hari ni cik free tak?"

"Kenapa tu cik?"

"Sebab ada terima semboyan last minit, kena buat kawalan keselamatan perarakan sempena Hari Wesak dari jam 12 tengahari hingga 6 petang."

"Hari ini saya ada program dengan isteri, cik."

"Owhh kalau cik dah ada program takpe, saya cuba cari orang lain."

Aku pun sambung la balik aktiviti hari ni. Tapi... cerita tak habis kat situ. Jam 3 petang, penyelia telefon balik.

"Assalamualaikum cik, cik program dengan isteri sampai jam berapa tu ye?"

"Waalaikumussalam cik, saya kejap lagi baru habis urusan."

"Ok cik, nak minta tolong sangat ni sebab dah tiada orang."

"Tolong apa tu cik?"

"Tugasan last minit. Jam 6 petang sampai 11 malam. Kawalan keselamatan untuk perarakan sempena Hari Wesak."

"Ok cik, baik cik. Jam 6 petang saya sampai lokasi tugasan."

"Ok cik, hari esok saya ganti OFFDAY untuk hari ni ye."

"Terima kasih cik."

Jam 5 petang, aku pun bergerak ke IPD untuk siap kelengkapan senjata dan hadir taklimat penugasan.


(Sebelum mula kerja, kita makan dulu. Terima kasih member belanja)

Jam 7 malam, kami mula bergerak ke lokasi penugasan. Program bermula jam 8 malam dan perarakan bermula jam 8.30 malam. Skop kerja asal yang diberi adalah kawalan keselamatan, namun saat-saat akhir ada arahan baru, kena buat kawalan lalulintas juga.





Ini je gambar sempat ambil lepas tu mula sibuk dengan penugasan.

Walaupun tugasan jadi lebih besar, kami hadap juga dengan tenang. Program selesai jam 10.30 malam. Balik ke IPD untuk taklimat penugasan selesai dan serahkan semula senjata.

Lepas tu, baru la dapat balik rumah. Letih memang letih, tapi bila amanah dah diberi, kami terima dengan lapang dada.

Di sebalik uniform ni, kami juga manusia biasa. Tapi tugas tetap tugas. Offday atau tidak, bila negara panggil, kami angkat juga.


Comments

  1. InsyaAllah bila kita mudahkan kerja orang, Allah SWT akan mudahkan kerja kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, anggap ini adalah rezeki untuk dapat pahala.

      Delete
  2. Terbaik. Sahabat seorang yang komited terhadap tugas. Semoga dipermudahkan segalanya. Aamiin 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...moga dpt lebih komited lagi di masa hadapan

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Dapat pasangan yg memahami juga memudahkan urusan utk anggota beruniform ni kan. Salute utk semua yg sentiasa berkorban masa dan tenaga utk jaga keamanan negara 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itu juga merupakan anugerah daripada Allah

      Delete
  5. Esok nya di ganti off day.. boleh la rehat.. buka mudah nak sarung baju anggota keselamatan.. syukur ada wife yg memahmi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sy bersyukur memiliki isteri yang sangat memahami.

      Delete
  6. Mula2 kawen dengan geng DARAT nie, geram.. Sebab unit dia tak mcm unit lain.. Bz sokmo.. Lagi sakit hati bila dah jnji nk keluar ngan family, tiba2 kena cancel... Ehhh, tak boleh jadi nie..
    Janji dapat keizinan incikSuami, terasa nak keluar.. Keluar.. Terasa nak jalan, jalan lah... Nak tunggu dia, ke mana pun tak boleh... So, pandai2 lah cari jalan untuk hiburkan hati sendiri... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nak membiasakan diri dengan pasangan ni bukan berbulan.... Tapi ada yang bertahun.

      Delete

  7. Alamak... siap tanya dah siap ke urusan huhu..

    Off day tu kalau nak ambil hari lain boleh ke? Jadi bolehlah hari off day lain tu panjang sikit. Jalan² jauh jadi lain kali kalau dipanggil untuk tugasan adalah alasan kukuh tak boleh balik bertugas😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh.. sebab kami kerja tak tentu masa.

      Delete
  8. Terima kasih di atas jasa bakti menjaga keselamatan rakyat. Terima kasih juga kepada pasangan yang memahami tanggungjawab anggota yang kena siap siaga selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan terhadap petugas keselamatan.

      Kenal isteri sejak dari sekolah menengah lagi.... Alhamdulillah pernah cakap cita cita nak jadi polis .. dan alhamdulillah isteri terima

      Delete
  9. sblm kahwin dah beritahu isteri ke psl keadaan mcm ni? apa katanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kenal isteri sejak sekolah menengah lagi ... Pernah terangkan cita cita nak kerja polis... Alhamdulillah isteri terima

      Delete
    2. Wow bff jadi teman hidup ke. Alhamdulillah semuga jodoh berkekalan. Aamiin

      Delete
    3. Alhamdulillah macam gitu laaaaa hehehehe

      Delete
  10. Alhamdulillah kenal isteri sejak sekolah menengah lagi ... Pernah terangkan cita cita nak kerja polis... Alhamdulillah isteri terima

    ReplyDelete
  11. Syukur dapat pasangan yang snagat memahami...sebab anggota beruniform macam polis ni..kerja dia x menentu..dulu SA pernah kawan dengan pegawai polis...ntah pasal apa ntah lost contact...dulu la zaman muda2 dulu...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab nak berjalan tu kena rancang betul² sebelum nak mula cuti.

      Delete
  12. Rasa-rasanya kereta berhias ni pernah kami pun nampak tapi penganut agama Hindu.

    ReplyDelete
  13. Adik ipar ammi di trafik…kadang2 tgk jadual dia keje kita yg penat. Mana dgn anak, suami, kerja

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...