Tarikh: Hari biasa, bukan cuti umum.
Waktu bertugas: Jam 4 petang hingga 12 malam.
Jam kejadian: 10.05 malam.
Masa tu aku sedang bertugas di Pusat Kawalan Daerah (PKD). Keadaan agak tenang, panggilan pun tak banyak. Tapi macam biasa, dalam dunia polis, bila-bila masa boleh jadi luar jangka.
Tepat jam 10.05 malam, telefon di PKD berdering. Panggilan masuk melalui MERS 999. Di hujung talian, seorang wanita India – kita rujuk sebagai Pengadu A – maklumkan ada kejadian pergaduhan. Nada suara cemas. Kami minta lokasi kejadian secara tepat supaya bantuan boleh dihantar segera. Tapi jawapan yang diberi tidak lengkap, sukar untuk kami kesan lokasi sebenar.
Bila kami minta semula dengan tenang, Pengadu A tiba-tiba naik marah. Katanya polis tak mahu tolong. Belum sempat kami jelaskan, dia terus matikan panggilan.
Kami di PKD segera hubungi semula nombor tersebut. Kali ini, seorang lelaki India jawab – kita namakan sebagai Pengadu B. Dia maklumkan mereka akan selesaikan sendiri. Tiada lagi keperluan bantuan polis, katanya.
Belum sempat kami anggap kes ini selesai, satu lagi panggilan masuk — dari lelaki lain, Pengadu C. Kali ini dia pula minta bantuan segera. Katanya pergaduhan masih berlaku. Kami sekali lagi minta lokasi tepat. Setelah lokasi diperoleh dengan lebih jelas, kami hubungi Unit Ronda Bermotor (URB) untuk ke lokasi.
Beberapa minit kemudian, melalui walkie talkie, anggota URB maklumkan — tiada sebarang pergaduhan ditemui di lokasi yang dimaksudkan. Kawasan nampak tenang, tak ada tanda-tanda kekecohan.
Kami hubungi semula Pengadu C untuk pengesahan. Katanya, semua yang terlibat sudah bersurai. Keadaan kembali terkawal.
Walaupun begitu, kami tetap arahkan URB buat rondaan sekitar kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan menunjukkan kehadiran pihak polis.
Di Sebalik Uniform
Inilah rutin yang ramai tak nampak. Kadang-kadang, satu panggilan datang dengan maklumat bercelaru. Nada cemas, suara tinggi, dan marah pun dilontar ke kami. Tapi kami tetap jalankan tugas. Bukan soal siapa yang salah, tapi keutamaan adalah nyawa dan keselamatan orang awam.
Malam tu, aku balik jam 12 malam, baju masih bau peluh, kepala masih ligat ulang semula kejadian. Tapi aku tahu, itu semua sebahagian daripada sumpah serah diri sebagai penjaga keselamatan. Kerja polis bukan sekadar pakaian seragam. Ia adalah komitmen hati dan jiwa.
Macam -macam ye..pengadu pun satu hal...kejap ok..kejap x ok..kejap bergaduh...
ReplyDeleteItu laaa pasal... Kejap bergaduh kejap nak settle sendiri.
Deletepengadu tu pun la haiii, nak mengadu macam nak bergaduh juga. ke tengah ikut dalam pergaduhan? pening juga.
ReplyDeleteMungkin dia cemas sangat kot... Redha jelaaaaa kena marah....hihihi...
DeleteSyukurlah tetap di cek.petugas memang tak tahu apa yg sebenarnya terjadi. So penting memastikan aduan bisa di closed dengan aman.
ReplyDeleteYa, sebab risau kalau² bergaduh guna senjata...
DeletePengadu pun bercelaru jugak tu sebab tengah bergaduh....
ReplyDeleteYa, sebab yang bergaduh tu pun ada ahli keluarga nya sekali.
DeleteAyoyo ini macam tenguk citer tamil je dusyum dusyum bila polis datang zup zap hilang. Adeiiii
ReplyDeleteHahahaha... Tinggal asap je
Deletewah kacak adik polis n3 menarik
ReplyDeleteHihihi gambar angkat call tu hiasan je
DeleteMasing-masing ragu-ragu nak libatkan polis ke tak.
ReplyDeleteItu laaa tu, dengan kami² pun konpius
DeleteMaksudnya kalau dial 999 tu ada macam receptionist ke sambungkan ke PKD yang berkenaan/berdekatan. (baru je google MERS hehe.. Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyatukan nombor-nombor kecemasan Malaysia menjadi satu nombor pusat untuk capaian mudah, iaitu 999)
ReplyDeletebetul tu, pihak mers 999 akan menerima panggilan dan akan di sambungkan kepada agensi-agensi yang tertentu.
Delete