Pagi semalam bermula dengan tenang dan penuh berkat apabila kami warga IPD menyertai Program Solat Dhuha mingguan yang diadakan seperti biasa. Program ini memang menjadi rutin mingguan yang bukan sahaja menyuburkan roh dan jiwa, malah mengeratkan ukhuwah antara kami sesama anggota.
Solat Dhuha & Nilai Rohani
Solat Dhuha ini menjadi ruang untuk kami bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah di sebalik tugasan harian yang sentiasa sibuk dan mencabar. Ia juga mengingatkan kami bahawa kekuatan dalaman sangat penting untuk terus teguh dalam melaksanakan amanah sebagai penjaga keselamatan masyarakat.
Gotong-Royong Kuarter: Sama-sama Menyumbang Tenaga
Selesai solat, kami teruskan dengan program gotong-royong di kawasan kuarters polis. Ada yang menyapu, ada yang memotong rumput, mengecat dan membersihkan longkang. Semua bekerja tanpa mengenal pangkat. Inilah kekuatan sebenar pasukan, saling bantu membantu demi keselesaan bersama.
Tamat Sebelum Tengah Hari
Program selesai sebelum masuk waktu Zuhur bagi memberi laluan kepada para lelaki menunaikan Solat Jumaat. Walaupun ringkas, namun pagi yang padat ini cukup bermakna, jasmani sihat, rohani pun tenang.
Kadang-kadang bukan hanya tugasan berat di lapangan yang menguji, tetapi bagaimana kita menjaga keseimbangan antara ibadah, kerja, dan ukhuwah sesama rakan sekerja. Ini juga antara wajah lain di sebalik uniform.
#DiSebalikUniform
#SolatDhuhaPolis
#GotongRoyongIPD
#KehidupanKuarters
Saluuut. Begini baru bagus. Saya jadi penasaran polisi Indonesia ini ada buat hal sama tak yaa. Tak pernah ada berita mereka melakukan hal macam nih, 😅😅. Kalo tentara banyak beritanya.
ReplyDeleteya, kebersihan tempat tinggal dan kegunaan bersama perlu di jaga dengan rapi...mungkin mereka tidak pernah mengapload di media sosial...
DeleteSepakat membawa berkat..
ReplyDeleteBetul tu.... 👍
DeleteNampak cool je kawasan situ.. tepi bukit ke?
ReplyDeletebetul tu, tepi bukit...kadang kadang gajah lalu di bahagian sebelah hutan
DeleteDulu masa kerja kat Pejabat kesihatan Muar buat gotong royong macam ni. Seronok sebab kawasan bandor kan.
ReplyDeletebila buat kerja ramai ramai seronok kan
Deletebagus ada program2 mcm ni.. MA jarang join sbb jaga bos.. susah skt la nak tinggal opis
ReplyDeletekalau Opis memang agak susah sikit untuk join aktiviti...
DeleteBagus program sebegini ..
ReplyDeleteYa, dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pasukan.
Delete