Gambar sekadar hiasan
Terima kasih Eznakhalili.com atas soalan yang diberikan dalam entry sebelum ini.
Soalan ni antara yang paling kerap aku terima daripada kawan-kawan:
Jawapannya bergantung pada jawatan yang dipohon. Tapi secara amnya:
Konstabel (Lelaki/Wanita) – tempoh latihan asas ialah 6 bulan.
Sarjan – latihan biasanya 9 bulan.
Inspektor – latihan lebih panjang, iaitu 9 hingga 12 bulan, bergantung pada modul dan penempatan.
Latihan asas polis ni memang padat dan mencabar, sebab ia melibatkan gabungan fizikal, mental, disiplin dan akademik. Antara perkara yang dipelajari:
Undang-undang dan perlembagaan
Kawad kaki & senjata
Etika tugas dan perkhidmatan
Latihan fizikal & ketahanan mental
Teknik pengendalian kes dan tahanan
Disiplin dan integriti
Aku masih ingat masa masuk latihan dulu, bangun seawal jam 4 pagi, kawad, kelas, latihan fizikal… semua cukup makan. Tapi itu semua membentuk siapa kita hari ini, bukan sekadar jadi anggota, tapi jadi penjaga keamanan negara.
Kalau korang minat nak jadi polis, pastikan korang betul-betul bersedia fizikal dan mental. Dan yang paling penting, niat tu kena ikhlas, bukan sebab nak gaji semata-mata.
Kalau ada lagi soalan pasal kerjaya polis, drop je kat ruangan komen atau mesej. Kita jumpa lagi di entry seterusnya!
– Di Sebalik Uniform
Dulu hampir nak ke ujian fizikal inspektor... Tp, tak kesampaian..
ReplyDeleteMungkin bukan rezeki....ada rezeki lain.
DeleteAnak buah ada pergi pemilihan awal. Tak lulus sbb tangan ke lengan ntah bengkok katanya 😅
ReplyDeleteOwhhh untuk mengelak dari kecederaan serius
DeleteTapi ada sekolah khusus nya kan untuk jadi polisi ini ? Setara dengan university. Di sini ada akademi polisi, 4 tahun. Baru setelah itu pendidikan sesuai jawatan
ReplyDeleteMalaysia tiada sistem seperti akademi polis selama 4 tahun macam di sesetengah negara. Tapi PDRM ada struktur latihan formal di PULAPOL, dan pegawai kanan digalakkan atau diwajibkan hadiri kursus profesional selepas bertugas.
Deletenak jaga keamanan negara memang kena latihan yang mencukupi. tak pernah terlintas nak jadi polis sebab dah tau awal2 lagi tak pass dah. hahaha. lembik tak suka aktiviti lasak.
ReplyDeleteBetul tu latihan kekuatan sahaja tidak cukup jika mental tidak bersedia awal.
Deletelatihan polis ni macam bootcamp versi serius, bangun pukul 4 pagi siap kawad lagi! Memang bukan kerja sambil lewa, kalau aku try, confirm jadi polis tidur je la dulu! 😅 Tapi respect sebab semua ni untuk jaga keamanan kita
ReplyDeleteKami pernah tahap tidur berdiri huhuhu
DeleteDulu pernah berangan nak jadi polis tapi bila dah masuk KKM tergeng pulak dengan polis. eh bukan sentiasa berurusan dengan polis.
ReplyDeleteOk laaaaa tu.... Ada jugak bersangkut sikit hihihi
DeleteTerima kasih di atas pencerahannya....ohhhh barulah tahu ya....
ReplyDeleteYa betul, ada 3 jawatan yang tempoh training nya berbeza beza
DeleteBerapa max umur utk apply jadi polis?
ReplyDeletemaksimum untuk memohon adalah 28 tahun sahaja.lebih tak dapat.
Delete