Skip to main content

Jemputan Jamuan Makan Dari Jiran Depan Rumah

Semalam aku off day. Lepas solat Jumaat, sedang berehat-rehat di ruang tamu, aku dengar bunyi orang beri salam. Rupanya jiran depan rumah datang, dengan senyuman dan suara mesra, dia jemput aku dan isteri untuk datang ke rumahnya malam nanti. Katanya ada sedikit jamuan makan.

Katanya tak ramai pun dijemput, cuma jiran-jiran terdekat. Masakan pun ringkas-ringkas saja, sekadar nak eratkan hubungan kejiranan. Aku dan isteri saling berpandangan dan terus setuju.

Lepas Maghrib, kami bersiap dan berjalan kaki ke rumah jiran. Suasana sederhana tapi meriah. Ada Bihun Sup, Mee Bandung, Bubur Jagung, kuih-muih kampung dan air sirap. Sembang-sembang pun rancak dari hal anak-anak jiran lain, cerita kampung, sampai ke cerita pengalaman kerja aku sebagai anggota polis di Pusat Kawalan Daerah.


Suasana jamuan

First Round (Mee Bandung)

Isteri makan Bihun Sup (gambar lupa ambil)

Second Round (Bubur Jagung)

Third Round (Kuih muih)

Ada yang tak tahu kerja kami tak tentu masa. Bila aku cerita kadang-kadang malam tak tidur, kadang panggilan kecemasan masuk waktu sahur, semua terdiam dan mula faham realiti sebenar “Di Sebalik Uniform”.

Kadang-kadang momen sederhana begini sangat bermakna. Bila masyarakat makin faham tugas kami, rasa dihargai tu muncul. Aku balik malam itu dengan hati yang ringan dan senyuman di wajah.


Comments

  1. Dia ibarat "askar bukan ada kerja pun, negara kita bukan tengah perang"... Perghhh.. Terus rase darah naik kepala.. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Bagus aktiviti gini, dapat berkenalan sesama jiran dan bertukar cerita.
    Bubur jagung tu melambai² :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, jiran-jiran saya rajin buat makan-makan

      Delete
  3. Selamat menjamu selera. Lama tak makan bubur jagung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Sedap bubur jagung... Nak tambah segan ....

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...