Skip to main content

About Me


 Seorang anggota polis yang bertugas di Pusat Kawalan Daerah (PKD), mencatat kisah-kisah sebenar dari balik tabir seragam. Blog ini menjadi ruang untuk berkongsi pengalaman malam dan siang, kisah cemas, lucu, menyentuh hati dan kadangkala luar jangka.Di Sebalik Uniform bukan sekadar cerita kerja, ia tentang manusia biasa yang memikul tugas luar biasa. Dalam setiap panggilan, ada kisah. Dalam setiap rondaan, ada perasaan. Dan dalam setiap seragam, ada hati yang juga perlukan rehat dan difahami.


Comments

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Bila Perlu Minta Bantuan Polis & Apa Benda Tak Boleh Didedahkan

Terima kasih kepada sahabat Blogger kita Notie atas soalan pada entry yang lepas. Ramai orang masih keliru bila sebenarnya kita boleh minta bantuan polis. Ada yang takut, ada yang malu, ada pula yang tak tahu langsung apa fungsi sebenar polis selain dari tahan orang atau saman trafik. Situasi di Mana Anda Boleh Minta Bantuan Polis: 1. Kecemasan Jenayah Kecurian, rompakan, pecah rumah, gaduh, ugutan dan seumpamanya. Jangan tangguh! Terus hubungi 999.