Pagi ini negara dikejutkan dengan berita menyayat hati.
Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan maut dalam satu nahas ngeri di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan. Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan batu.
Maklumat awal memaklumkan, semua mangsa yang terkorban adalah anggota FRU. Beberapa lagi anggota turut mengalami kecederaan parah, dipercayai tersepit di dalam kenderaan.
Gambar-gambar yang tular menunjukkan suasana pilu, jasad-jasad anggota yang telah pergi, usaha menyelamat oleh pasukan bomba dan polis, serta warga pasukan yang berada di lokasi dalam keadaan sugul dan terkesan.
Sebagai anggota beruniform, berita seperti ini bukan sekadar makluman, tetapi ia menggugah perasaan kami. Biarpun bertugas di daerah lain, ikatan sesama pasukan tetap kuat. Kami faham risiko yang dihadapi setiap kali keluar menjalankan amanah.
Kami di PKD mengambil sedikit masa untuk bertafakur, mengenang jasa mereka yang telah pergi ketika masih dalam tugasan. Mereka berkhidmat untuk negara, dan pemergian mereka bukan sia-sia.
Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan seluruh warga PDRM, khususnya FRU. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan orang-orang beriman.
“Kerja kita, fardhu kifayah.”
Ayat yang ringkas tapi cukup mendalam.
salam takziah buat keluarga mangsa...semoga arwah ditempat kan di kalangan orang yang beriman..aamin..
ReplyDeletemasa suami masih servis, tiap kali pergi untuk operasi, latihan, mesti risau..bila dah habis servis pun risau juga, kematian tak mengenal usia dan pekerjaan...semoga yang baik2 je untuk kita semua...aamin
betul tu, kematian tak mengenal usia...kalau ajal sudah sampai memang tiada siapa yang boleh larang.
DeleteSalam takziah buat keluarga mangsa....
ReplyDeleteSemoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Deleteinnalillah hiwainna ilaihirojiun...al fatihan turut bersedih
ReplyDeleteSemoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
DeleteSalam takziah buat keluarga semua mangsa yang terlibat..Innalillahiwainnailaihirojiun....AL- FATIHAH
ReplyDeleteSemoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
DeleteAl fatihah buat mereka yang terkorban. Sedih kerana begitu ramai yang terterkorban. Katanya seorang lagi di zon merah hospital Teluk Intan pun sudah meninggal dunia. Kerugian yang begitu besar buat pasukan keselamatan kita. Semuga semua pasukan keselamatan Malaysia Allah lindungi di mana saja berada, Aamiin
ReplyDeleteSemoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Deletedapat info katanya jumlah kematian seramai 15 orang
Salam takziah buat seluruh warga PDRM. Seluruh negara turut berduka :(
ReplyDeleteKehilangan yg besar utk negara. Semoga ahli keluarga mereka tabah dan dipermudahkan segala urusan mereka. Buat yg Muslim, kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻
Aminnn...Semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
DeleteAl-fatihah buat semua anggota yg terkorban, 13 mei mmg tarikh keramat dlm sejarah negara, bbrp insiden berdarah berlaku, yg berlaku semalam pun antara tragedi yg berulang kembali setelah 35 tahun berlaku... semoga wira-wira negara kita ditempatkan di golongan mereka yg beriman.. aaminn
ReplyDeleteSemoga keluarga mereka tabah menghadapinya
Deleteإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteSemoga roh mereka dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amiin.... Ya Rabbal Alaminn
DeleteTakziah buat keluarga mangsa. Sedih mereka yang gugur ni....tapi saya musykil juga kena timpa batu2 tu ke agaknya ya?.
ReplyDeleteMaklumat tepat tak pasti dari pegawai penyiasat. Tapi boleh jadi kepala lori bertembung dengan belakang lori FRU
Delete