Hari ni aku bertugas syif malam, dari jam 12 tengah malam hingga 8 pagi esok. Jadi, pagi tadi aku ambil peluang hantar isteri pergi kerja. Bukan selalu dapat buat macam ni, sebab kebiasaannya aku sendiri sibuk dengan penugasan awal pagi atau keletihan selepas syif malam sebelumnya.
Waktu bersiap, kami berbual santai di dapur sambil siapkan sarapan ringkas. Dalam perjalanan, suasana pagi agak tenang, jalan belum sibuk. Isteri duduk di sebelah, bercerita pasal kerja dia, pasal staf baru, pasal bos yang kadang-kadang cerewet tapi baik hati.
Sampai di tempat kerja dia, aku doakan semoga harinya berjalan lancar. Dia sempat hulur senyum, “Lepas ni tidur dulu tau, malam kerja.” Aku angguk dan senyum balik, tapi dalam hati rasa syukur ada pasangan yang faham dan selalu ingatkan tentang rehat walaupun dia sendiri sibuk.
Lepas tu aku balik rumah, mandi dan terus baring. Mata berat, tapi kepala ligat fikir pasal malam nanti. Apa agaknya kes yang akan datang? Sunyi ke, atau ada panggilan kecemasan macam malam-malam sebelum ni?
Di Sebalik Uniform
Tak semua orang tahu, polis juga suami, juga anak, juga manusia biasa. Ada masa kami terlepas hantar anak ke sekolah, ada masa kami tak dapat hadir kenduri saudara. Tapi bila ada peluang kecil macam pagi ni hantar isteri ke tempat kerja itu pun jadi satu momen yang besar.
Kerja malam menanti, tapi pagi ini… aku cuma nak jadi suami yang ada masa untuk isteri walaupun sekejap.
kalau suami off, siap suruh datang ofis, sebab nak lunch sama2...maklumlah, keluar awal pagi, balik tgh malam..memang tak sempat nak bersua muka...kikiki
ReplyDeleteya, bila masing-masing kerja shift nak bertembung susah memang gini lah gamaknya...asalkan ada kesempatan..
DeleteTak ada ahli keluarga polis jadi tak tau kehidupan mereka bagaimana. Terima kasih MT berkongsi cerita.
ReplyDeletesama sama... kadang-kadang bila berlainan shift tu memang susah.... A balik kerja B pergi kerja
DeleteBegitulah tugas seorang anggota polis...
ReplyDeleteArwah ayah saya dulu polis hutan........
kalau sekarang di panggil Pasukan Gerakan AM ( PGA ) ...tu lagi kena kuat...kalau ada operasi...alamak berbulan.
DeleteMasa yang ada di hargai sepenuhnya
ReplyDeletebetul tu, sebab jarang-jarang dapat berjumpa kan....macam mana laaa yang duduk berjauhan
Deletekita bikin romantik! aaaa gitu.
ReplyDeleteisteri suka tau dihantar dan diambil asben pergi dan pulang kerja. lomantik maaa...
betul tu, osteri saya kalau ada waktu terluang mesti akan minta saya untuk hantarkan
DeleteBersyukur sangat bila dapat pasangan yg paham akan kerjaan kita kan. Tak semua seperti itu. Ada istri yg nak suaminya kerja di waktu normal, pagi ke sore. Lalu mulai mengeluh saat suami masuk malam. Atau sebaliknya. Saya pun bersyukur suami paham akan kerjaan saya. Yg penting anak2 tetap terjaga
ReplyDeletejika jumpa pasangan yang boleh menerima kita ...maka bersyukur lah
Delete