Skip to main content

Orang buat kacau semasa Buka Kedai

Jam lebih kurang 6 pagi, semasa bertugas syif 12 tengah malam hingga 8 pagi, aku terima satu panggilan daripada seorang wanita Cina dalam keadaan cemas. Dia maklumkan ada seorang lelaki membuat kacau semasa dia sedang membuka kedai.

Disebabkan loghat pengadu agak pekat, aku hanya sempat faham beberapa perkara penting: ada lelaki buang sampah merata dan buat kacau di hadapan premis.

Aku terus arahkan anggota Ronda Cegah Jenayah ke lokasi kejadian untuk buat pemantauan.

Setibanya anggota di lokasi, mereka terus berjumpa pengadu dan jalankan pemeriksaan. Didapati lelaki tersebut disyaki orang kurang siuman dan memaklumkan bahawa dia baru keluar dari penjara. Lebih membimbangkan, lelaki tersebut juga telah memecahkan tempat sembahyang kecil di hadapan kedai pengadu.

Melihat kepada keadaan dan sensitiviti kes, anggota menasihati pengadu supaya datang ke balai polis untuk membuat laporan polis. Setelah laporan dibuat, tindakan tangkapan akan dilakukan terhadap lelaki tersebut bagi siasatan lanjut.

Kes seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menimbulkan ketegangan antara kaum atau mengganggu ketenteraman awam, lebih-lebih lagi apabila melibatkan elemen keagamaan.

Di sebalik uniform, kami menilai risiko, bertindak segera dan jaga keharmonian yang kadangkala rapuh.


Comments

  1. When it comes to religious issue mmg kena berhati² & take serius la kan. Sbb hal gini boleh timbulkan keresahan awam dan salah faham juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, jika melarat boleh mengundang bencana...

      Delete
  2. Kalau kes macam ni kena buat aduan kat balai ye. Ingatkan biar je asalkan tidak mengganggu lagi

    ReplyDelete
  3. jika mahu selesai cara baik tak perlu buat aduan pun boleh.
    jika gangguan tersebut boleh rasa terancam boleh buat aduan polis.
    kalau melibatkan perkauman seeloknya buat aduan polis.
    jika memang orang kurang siuman, pihak polis juga akan cuba sedaya upaya untuk nasihatkan orang itu untuk beredar.

    ReplyDelete
  4. kes melibatkan sensetiviti kaum ni perlu polis ambil berat mesti buat aduan juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bila melibatkan sensitiviti kaum memang pihak polis kena ambil tindakan.

      Delete
  5. sepatutnya semua kaum di Malaysia kena jaga sensitiviti masing2 agar x berbalah. Tapi itulah, masih ramai yg x ambik peduli akan isu ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah yang ikut kepala masing masing...nafsu kuasai diri... Bukan akal yang ke depan.

      Delete
  6. Setuju. Sangat sensitif kalo dah terkait masalah agama. Apalagi di negara yg multi culture dan race

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang cerita nanti jika melibatkan perkauman..

      Delete
  7. Negara yang mempunyai banyak kaum ni bab bab ni la yang kena jaga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, silap sikit habis porak peranda negara.

      Delete
  8. Kalau kurang siuman mungkin beliau tak bertindak rosakkan tokong tu (tp mungkin juga sebelum jadi kurang siuman beliau mmg racism)

    ReplyDelete
  9. Kalau sudah sampai tahap mengganggu ketenteraman awam, maknanya boleh memecah-belahkan perpaduan kaum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, sebab kita hidup berbilang kaum dan agama.

      Delete
  10. Kurang siuman boleh masuk penjara eh.. ingatkan tidak akan disabitkan kesalahan ke atasnya. Masuk je hospital bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terus masuk penjara, tetapi akan di uji masuk ke hospital sakit jiwa sebelum mahkamah beri keputusan hukuman terhadap pesalah.

      Delete
  11. Bab isu kaum dan agama ni.. mmg kena jaga sbb sensitivity masyarakat boleh bermacam tindakan..

    ReplyDelete
  12. Bahaya nya main pecah2 barang kat premis orang. Pecahkan benda2 berkaitan keagamaan pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab dia boleh membawa isu perkauman... Tak pasal² berulang lagi sejarah dulu

      Delete
  13. Banyak yang hendak dinilai risikonya di negara berbilang kaum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, perkara nya sikit saja tapi bila sudah mula bergaduh .. nak kawal susah.

      Delete
  14. Terlalu banyak risiko bila melibatkan bab sensitive isu especially yang melibatkan kaum dan agama...pening nak handle kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena betul betul teliti untuk menyelesaikan masalah perkauman.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...