Skip to main content

Kongsi Pinggan, Kongsi Cerita

Hari ini aku dapat offday memandangkan semalam aku terlibat dengan penugasan last minit, jadi hari ni diganti cuti. Kadang-kadang kerja beruniform ni tak menentu, tapi bila diberi rehat, nikmatnya luar biasa.

Jam 9.30 malam, aku jemput isteri aku balik kerja dengan kereta. Lepas masuk je dalam kereta, dia cakap lapar. Aku pun terus ajak makan kat Restoran You Family, tak jauh dari taman perumahan kami.

Kami order sate 6 cucuk daging, 4 ayam dan 1 Nasi Goreng Ayam. Bila sampai giliran aku ambil pesanan, aku cuma minta satu pinggan kosong. Pelayan nampak terkejut, mungkin pelik kenapa aku tak order makanan sendiri. Tapi isteri cepat-cepat senyum dan cakap:

"Kami kongsi."

Barulah pelayan tu angguk faham.

Sebenarnya aku dah biasa. Isteri aku jenis makan sikit je, jadi kalau order dua-dua, nanti aku juga yang kena habiskan. Lagipun aku bukan jenis suka makan malam sangat. Kami dah biasa kongsi bukan saja makanan, tapi cerita dan ketenangan lepas seharian sibuk.

(Nasi tak sampai lagi)

(Lupa nak ambik gambar Nasi. Tau-tau da habis hihi)


Selesai makan, kami pun balik rumah. Tak ada aktiviti besar pun hari ni, tapi momen sederhana macam ni cukup bermakna bila hidup dalam dunia seragam yang penuh tuntutan.

Di sebalik uniform, ada seorang suami yang cuma nak pastikan isterinya kenyang dan tersenyum, walaupun hanya dengan satu pinggan kongsi.


Comments

  1. Kdg2 mmg suka kongsi. Kecuali tgh lapo... 😂😂

    ReplyDelete
  2. Kongsi bagus untuk erat silaturrahim.

    ReplyDelete
  3. SA plak selalu x habis makan, suami la tukang habiskan..sebab tu dia bam bam..ehh...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah saya... Kalau isteri tak habis makan memang sy tukang habis kan.... Tapi sejak² nak diet ni.. order 1 menu je.... Lepas tu kongsi

      Delete
  4. Sweet lah share 1 hidangan. Lebih sweet makankan satay buat puan isteri. lagi sweet berganda2. Walaupun kecil kadang ianya membawa kebahagiaan didalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. kalau ada kesempatan tu memang guna betul²... Sebab nak cari kesempatan tu susah nak dapat hihihi..

      Delete
  5. berkongsi hidangan xmembazir alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Percayalah, hilang penat isteri balik kerja bila suami belanja makan :D

    ReplyDelete
  7. Bahagia hati seorang isteri tu sebab layan dia dengan baik. Lapar....dibawa pula suaminya ke tempat makan....isteri mana yang tak bahagia?....Moga berbahagia sehingga ke syurga.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiin, terima kasih... Biasa saya tolong masakkan, tapi dia cakap tak sempat.. singgah je kedai hehehe.

      Delete
  8. berkongsi itu biar tak membazir dan kadang secebis pengikat hubungan

    ReplyDelete
  9. Bagusnya makan sikit je. Kurang penyakit kalau makan sikit ni. Terlebih makan tu yang mendatangkan penyakit. Follow back sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri memang jenis makan sikit je.....terima kasih singgah

      Delete
  10. Daripada membazir baik berkongsi...

    ReplyDelete
  11. Kena kongsi lah kan kalau masing-masing kurang makan malam.. kalau tak... suami jadi DBKL huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part jadi DBKL yang tak boleh blahhh tu hahahaha

      Delete
  12. Itulah dia suami isteri, kita kongsi segala suka duka pahit manis

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...