Skip to main content

Pagi Isnin Di Sebalik Uniform

Seperti biasa, setiap hari Isnin akan bermula dengan program pelaksanaan nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara. Ia bukan sekadar rutin, tapi simbolik peringatan kepada tanggungjawab dan kesetiaan kami sebagai penjawat awam beruniform.

Jam 6.50 pagi, aku bergerak dari rumah dan sampai ke IPD Kluang sekitar 7.13 pagi. Sampai je, terus ambil kehadiran bersama rakan-rakan setugas.

Cantik nya ...keluar 🌈 pelangi


Program dijadualkan bermula jam 7.45 pagi, jadi semua anggota dah mula bersedia dan menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Daerah Kluang untuk memulakan acara. Kehadiran beliau sentiasa membawa aura yang tersendiri tegas tapi mesra.

Selesai sahaja nyanyian lagu dan lafaz ikrar, kami teruskan dengan aktiviti FITIK (gotong-royong) di kawasan Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA). Kali ini, FITIK diadakan sempena menyambut kehadiran Bos BKDNKA yang baru. Masing-masing bersemangat nak pastikan kawasan bersih, teratur dan kemas bagi menyambut ketua baru dengan suasana yang positif dan menyenangkan.







Di sebalik uniform pagi Isnin ini, ada semangat kebersamaan, rasa hormat terhadap negara, rakan sekerja, dan kepimpinan baru yang bakal mencorakkan hala tuju bahagian kami.


Comments

  1. Tengok pelangi tu terus rasa ceria dan bersemangat sepanjang hari.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya pelangi!
    Untung bos, anak² buah semua rajin hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalankan tugas. cantiknya pelangi pagi. salam sahabat baru, saya follow kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cantik kan... Tadi berhenti kat trafik light ..terus snap hihi

      Terima kasih kerana singgah..

      Delete
  4. Pagi-pagi dah kuar pelangi. Selalu nampak bulan. wah semangat dapat boss baru. chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  5. Pelangi nya cantik, dan semangat kerja team buat semangat juga yg baca tulisan ini ☺️. Terkadang jika hari diawali dengan semangat dan mood yang oke, akan terbawa terus sampai ke malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, jika mood pagi cantik memang sampai balik laaa mood happy

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...