Terima kasih kepada Sahabat Blogger Puan Hazel atas soalan yang diberikan pada entry yang lepas.
Pernah tak bila terserempak dengan polis masa lepak kedai makan, tengah isi minyak, atau waktu ronda kat kawasan rumah, tiba-tiba automatik terus jadi formal?
Muka terus tegang. Suara jadi sopan. Jalan pun tegak.
Padahal tadi tengah borak lepas gila-gila dengan kawan.
Kenapa Kita Tiba-Tiba Jadi Serius?
Itu normal. Bukan sebab salah apa-apa, tapi sebab mindset kita dari kecil dah dididik:
"Polis tu tegas."
"Polis jaga undang-undang."
"Silap-silap kena tahan."
Jadi bila nampak uniform, kita terus mode serius.
Tapi… sebenarnya polis pun manusia biasa.
Boleh ke Nak Santai?
Jawapannya: BOLEH
Cuma kena tengok tempat dan situasi.
- Kalau polis tu tengah bertugas, contohnya waktu sekatan jalan, mesyuarat, kawalan perarakan, eloklah jaga formaliti sikit sebagai tanda hormat.
- Tapi kalau jumpa waktu luar tugas, kat masjid, kedai runcit, majlis kahwin, santai je pun tak salah. Boleh tegur, boleh sembang.
Ramai anggota polis pun suka didekati dengan cara santai, sebab itu cara terbaik nak bina hubungan baik dengan masyarakat.
Tips Bila Jumpa Polis
- Jangan over takut. Kalau tak buat salah, rilek je.
- Senyum dan bagi salam. Basic, tapi sangat membantu buka mood mesra.
- Tanya khabar atau sembang sikit. "Selamat bertugas bang", “Cuaca panas hari ni ya”, pun dah cukup.
- Kalau ada soalan atau nak info, tanya je. Kami pun suka bantu.
Kesimpulan
Polis bukan sentiasa dalam mode "serius".
Kami pun suka sembang santai kalau kena gaya dan waktunya.
Cuma bila dalam tugas rasmi, kena jaga profesionalisme.
Lepas tu, kalau anda pun hormat tugas kami, kami akan lagi hormat anda balik.
Yang penting, kita sama-sama saling faham dan bantu.
#DiSebalikUniform
#PolisPunManusia
#BolehSantaiTapiKenaTahuMasa
Haha betul sangat situasi tu... Kalau roadblock lagilah gigil terus padahal takde buat salah pun 😂
ReplyDeleteAnyway, betul polis pun manusia kan .. ada hati dan perasaan ✌🏻
Steady je.... Nanti dicurigai
Deleteterjumpa polis, auto pusing jejauh. rasa tak jadi masuk kedai pun ada. walhal tak buat salah pun, ahah. sometimes, bajet semua pulis member tuan asben, ahah. tah apa2 je feeling.
ReplyDeletehahaha....ada sesetengah orang sanggup masuk kedai semata mata tak nak jumpa polis hahaha
DeleteMungkin Krn keluarga saya banyak yg menjadi polisi, jadi jujur saja saya tak terlalu tegang kalau bertemu mereka di manapun 😅. Malah merasa jadi aman. Cuma saya takuuut kalo melihat pistol atau senjata yg dibawa
ReplyDeleteAgak trauma.
Sebab dulu saya lama di Aceh. Saat masih ada pemberontakan GAM dan perang antara TNI + Polisi vs GAM. Sering dengar suara bom, tembakan, bahkan ada peluru nyasar kena ke jendela rumah saya. Jadi saya takut tiap kali lihat senjata. Asal senjata tak terlihat, saya biasanya santai ketemu polisi.
kalau ahli keluarga ada yang menjadi polis mungkin sudah terbiasa.
Deleteitu tidak dinafikan setelah menghadapi pengalaman seperti itu, memang kita akan rasa takut
tika bertemu dlm situasi formal org awam pun berdisiplin apa lagi polis kan
ReplyDeleteBetul tu, kalau tak memang ke padang kawad julang senjata sambil berlari laaa jawab nya hehehehe
DeleteKalau roadblock malam.. Auto tutup lampu kereta, on lampu dalam kereta
ReplyDelete.. Dah biasa buat cmtu bila lalu balai pengawal... 🤭🤭
Ya betul cara tu... Good job
DeleteYa mindset dari dulu. Kalau jumpa polis auto cuak, walau tak ada salah apa pun. Haha.
ReplyDeleteSebab dari kecil mak ayah kita selalu cakap macam tu macam ni kan
DeleteDah tak boleh nak buat apa. Bila jumpa polis je auto jd gelabah. Padahal lesen, roadtax semua lengkap.
ReplyDeleteYa betul tu... Dulu sebelum masuk polis pun sy pun begitu
DeleteKalau boleh taknak jumpa polis🙈
ReplyDeleteAuto gugup ea... Buat apa pun serba tak kena hihihi....
DeleteJiran rumah dpn sy polis, polis pempuan, kalau anak² jiran buat hal mmg sy akn suruh dia sound... ahahaha... part tu je lah dia function jd polis di lorong, selain tu jd mak-mak jugak mcm kami-kami org awam ni
ReplyDeleteSama lahh saya.... Mana anak-anak jiran yang degil tu.... Mak ayah nya selalu bila nampak saya... "Tolong marah sikit budak ni". Hahahaha
DeleteDulu-dulu takut mencicit lari kalau nampak polis tapi bila dah selalu berurusan lex lex le dia pun manusia juga jalankan tugas. Kalau tak salah buat apa takut. hehehehe
ReplyDeleteBetul, polis pun manusia biasa. Ada juga rutin mereka bila dah habis bertugas.
Deleteselalu je jumpa polis and ramai je polis2 yg sempoi..kannn
ReplyDeleteBetul, ramai je muka ganas ganas.. tapi bila da ajak berborak lepas habis bertugas memang sempoi.
DeleteMasalahnya kan....kadang2 tiba2 terserempak dengan polis auto jadi panik padahal tak buat salah apa pun. Mungkin mindset polis tangkap orang salah kita pulak jadi gelabah semacam.
ReplyDeletePolis yang jaga depan dewan mengundi mula mula serius tetapi bila kena dengan caranya boleh pulak senyum. Lega kita yang beratur nak pergi buang undi.
Haaaa betul, kena dengan cara nya memang seronok berborak.....nasib tengah bertugas je kan...
DeleteBiasalah ada rasa gerun/takut itu.
ReplyDeleteYa, sebab kita dari kecil mak dan ayah kita akan praktik kan begitu supaya anak mereka nampak berdisplin.
DeleteKalau roadblock kita macam cuak sikit. Ye lah kan, kot tiba-tiba dia cari salah. Nayaaa...Kalau terserempak di mana-mana tu tak ada heran sangat. hihi...
ReplyDeletein shaa Allah jika kita tidak buat salah...muka kena confident hihihi..
Deletemajoriti rakyat msia hormat dan respek polis sbb jaga keselamatan rakyat kan :) minus segelitir yg kurang integriti (mana2 profession pun ada black sheep)
ReplyDeleteTerima kasih kepada mereka yang sentiasa percaya dengan pihak polis... Namun biasa ada segelintir mereka yang integriti goyah membuatkan orang sukar untuk percaya lagi.
DeleteKita santai-santai jerr.. buat apa nak ditakutkan kalau tak buat salah apa-apa kan ...
ReplyDeleteYa, sebab polis pun manusia juga
Delete