Sekarang ni tengah trend orang beli dan kumpul emas. Ada yang buat untuk simpanan masa depan, ada yang ikut-ikut kawan, dan tak kurang juga yang terjebak sebab nak cepat untung. Tapi... sebagai anggota polis, aku dah banyak kali dengar dan lihat kes orang kena tipu beli emas, terutama bila buat transaksi secara Cash On Delivery (COD).
Orang ingat bila beli emas COD ni selamat, boleh tengok barang dulu sebelum bayar. Tapi hakikatnya, banyak juga yang terkena. Ada yang emas diberi tu palsu, ada yang barang tak sampai langsung, dan ada juga yang diragut masa nak COD.
Jadi, sebagai pesanan dan peringatan, aku nak kongsikan sikit tips penting untuk elak ditipu masa beli emas:
-
Beli daripada peniaga berdaftar atau syarikat sah.
Jangan main beli dari individu yang kita tak kenal, terutama yang jual murah tak masuk akal. -
Elakkan COD di tempat sunyi atau luar kawasan awam.
Kalau betul-betul nak COD, buat di tempat terbuka, ramai orang atau lebih baik di dalam balai polis. -
Semak ketulenan emas.
Kalau ada alat, semak dulu. Kalau tidak pasti, bawa ke kedai emas untuk sahkan sebelum buat bayaran. -
Simpan bukti transaksi.
Sama ada resit, mesej perbualan atau rakaman, semua ni penting kalau berlaku penipuan dan nak buat laporan. -
Jangan terburu-buru.
Penipu selalunya suka desak kita cepat-cepat buat keputusan. Kalau rasa tak yakin, lebih baik batalkan urus niaga tu.
Sebagai anggota polis, aku cuma nak semua masyarakat lebih bijak dan berhati-hati. Kadang-kadang, kita sanggup susah payah kumpul duit, tapi dalam sekelip mata boleh hilang sebab terlalu percaya.
Di sebalik uniform ni, aku bukan sekadar jaga keselamatan, tapi juga nak jaga amanah dan rezeki orang awam supaya tak jadi mangsa.
Betul.. skrg mmg trend tapi pd masa yg sama scammer pun follow trend juga.. ramai yg kena.. moga kita slmt la dari ditipu..
ReplyDeleteYa, scammer juga follow kemajuan. Harap dpt membentu
DeleteLokasi COD sebagai contoh tu, memang bernas lah... Pernah je disebut2, kalau terasa diekori ke kena kejar ke.. Lari lah ke balai polis.. Insya-Allah selamat
ReplyDeleteYa itu yang paling selamat kalau dah tak tahu nak pergi ke mana
DeleteAda juga scammer add grup telegram yang menawarkan emas dengan harga murah. Dah banyak kali delete pun ada je add balik.
ReplyDeleteTerlalu banyak dalam group telegram, emas,saham,kripto dll
DeleteSekarang ni ramai spesies scammer. Kadang-kadang udah berhati-hati tapi terjebak juga. Tragis sungguh
ReplyDeletebetul tu, scammer ni tumbuh semacam cendawan. zaman-zaman mak ayah kita paling kuat pun gores dan menang je..sekarang bermacam.
DeleteElakkan COD di tempat sunyi atau luar kawasan awam.
ReplyDeleteteringat kes2 org kena culik / disembunyikan sbb hal2 sebegini walaupun barang tersebut bkn emas...
Ya... Tempat sunyi boleh mengundang macam macam kes jenayah
DeleteKalau nak cod jgn la buat di rumah. Risau takut dia mark rumah kita pulak. Sekarang ni macam² hal, susah nak percaya dekat orang :(
ReplyDeleteKena bijak menilai situasi kalau nak beli guna COD ni
DeleteKalau bab emas ni...SA lebih suka beli fizikal...x berani nak beli online...
ReplyDeleteBetul tu bahaya. Kena pastikan spp betul² sebelum beli
DeleteHish tak berani beli emas yang entah apa-apa kat mediasos. Lebih praktikal pi kedai emas lagi puas hati. Duit je kena berkepuk-kepuk kalau nak membeli.
ReplyDeleteYa... Beli depan depan baru puas hati. Sediakan sahaja kepala Agung.
Deleteemas tinggi nilainya hati2 membeli elak scammer
ReplyDeleteBetul, sebab nilai tinggi dan orang berebut untuk menyimpan. Orang lain pulak ambik kesempatan.
DeleteSekarang ni ramai scammer nak duit senang je. Nak kerja malas. Kena berhati-hati beli emas kat tempat yang trusted sahaja.
ReplyDeleteBetul, keje nak mengebas duit orang je.
Deleteemas memang tengah trending lagi mcam-macam jenis apa pun kena hati2 elak penipuan
ReplyDeleteYa, sebab scammer tahu orang sudah mula minat menyimpan. Jadi cucuk jarum jelaaaa.
DeleteKemarin waktu naik drastis, orang beli emas kayak beli baju diskon 20% sampai rebutan sampai viral di tiktok. Shock banget sekaligus salut tambah mahal tambah dikebut beli, masalahnya di daerah saya beras pernah di palsuin wkwk apalagi emas kok bisa orang gk overthinking ya.
ReplyDeleteKena tetap berhati hati dalam urusan jual beli....melainkan memang telah disahkan barang original
Delete