Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa.
Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:
*Kehidupan sebagai anggota polis,
*Tugasan waktu malam,
*Pengalaman pelik, lucu atau mencabar di lapangan,
*Atau apa-apa saja dari sisi ‘sebalik uniform’…
Tanyalah! Aku akan cuba jawab dalam bentuk entry khas nanti.
Tinggalkan soalan sama ada dalam komen blog atau email. Insya-Allah kalau banyak soalan menarik, kita buat “dalam bentuk entry”.
Terima kasih atas sokongan selama ini. Doakan aku terus istiqamah menulis dan memberi manfaat.
– Di Sebalik Uniform
Berapa lama training untuk menjadi seorang anggota polis?.
ReplyDeleteTerima kasih atas soalan, boleh tengok pada entry ini...
Deletehttps://ini-cara-hidupku.blogspot.com/2025/05/berapa-lama-training-jadi-polis.html?m=1
geng2 polis ada tak potongan pelik2 yang bukan personal punya...contoh macam askar "tabung sukan ATM" ?
ReplyDeleteKalo cuti dibekukan...org yg dah ambil cuti atas urusan penting mcm mana? ker ada budi bicara...
ReplyDeleteKalau jumpa polis nak serious ke bole santai²? Sbb kalau terserempak dgn polis auto jadi formal 🤭
ReplyDeleteKan PH…samalaj kita kecuali terjumpa adik ipar or anak2 buah masa dorang bertugas.
Deletex de isu ke tulis blog mcm ni? cerita pasal tugas semua ni.. office ok?
ReplyDeletextau nak tanya apa tapi rasa tambah tahu sikit tentang polisi dgn baca n3 pengalaman yg pelbagai....tahniah mendekatkan diri dgn khalayak umum sbg blogger
ReplyDeleteBoleh bagi info yang memudahkan bagaimana berurusan atau apa kejadian yang berlaku yang kita perlukan anggota polis. Apa situasi yang berlaku yang kita boleh meminta bantuan pihak polis. Selain daripada kehidupan rasmi anggota polis apa yang tidak boleh diwar-warkan kepada orang awam kerana ianya melibatkan keselamatan keluarga.
ReplyDeleteSaya suka baca blog ini. Sebab isinya memang beda daripada yg lain. Rasanya saya tak pernah baca ada polisi Indonesia yg punya blog. Jadi honestly blog Abang menambah informasi juga utk tahu kehidupan dan tugas2 polisi di sana
ReplyDeleteBoleh cerita sikit beza tempat polis bertugas macam pondok, berek, balai, IPD, IPK dan lain-lain? Skop kerja tu lain atau sama setiap tempat?
ReplyDeleteKawan² PKD tau tak kewujudan blog ini?
ReplyDeletePihak atasan tahu ke Taufik menulis tentang kehidupan seorang anggota polis dan wujudnya blog ni?
ReplyDelete