Skip to main content

Alhamdulillah, Laptop Dah Sampai!



Alhamdulillah, hari ni rasa syukur sangat… sebab laptop yang ditunggu-tunggu akhirnya dah sampai! Walaupun bukan baru, cuma refurbished, tapi bagi aku itu pun sudah lebih dari cukup. Bukan setakat nak guna sendiri, tapi ini satu aset baru untuk bisnes kecil-kecilan aku.


Dari Side Hustle Jadi Modal

Selama ni, aku buat bisnes printing A4 dan juga menaip surat secara sambilan, kadang-kadang dekat rumah, kadang-kadang bila ada masa free waktu bertugas. Hasil daripada kerja sambilan tu la, aku kumpul duit sikit-sikit sampai boleh beli laptop ni.


Bila Ramai Minta Tolong...

Ramai sebenarnya yang kadang-kadang jumpa aku kat luar, tanya boleh tak tolong taip surat permohonan, surat rasmi, atau kadang-kadang resume pun ada. Tapi bila tak bawa laptop, kena minta mereka tunggu waktu aku free atau balik rumah baru boleh siapkan. Sekarang ni, dengan laptop yang lebih ringan dan mudah alih, boleh je menaip di mana-mana.


Refurbished Tapi Berbaloi

Laptop refurbished ni memang bukan high-end, tapi cukup untuk kerja menaip, buat dokumen, dan urusan printing. Yang penting, fungsi lengkap dan jimat bajet. Sekarang boleh la aku urus bisnes dengan lebih teratur dan cepat.


Kesimpulan:
Kena ingat, setiap langkah kecil ke arah impian itu bermakna. Tak kisah refurbished ke, secondhand ke, yang penting usaha dan niat kita. Rezeki datang bila kita rajin dan ikhlas bantu orang lain.


#BerniagaSambilBertugas
#LaptopRefurbishedPunPower
#BermulaDenganApaYangAda
#SyukurSelalu

Comments

  1. SA pun ada satu refurbished laptop...baagus tahan lama semuai untuk blogging

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. moga terus sukses dlm bisnes! kebetulan saya pun baru beli laptop jugak memang khusus utk kerja seharian :)

    ReplyDelete
  3. Laptop office ammi utk kegunaan dirumah pun boss beli yang refurbished je sbb memang mainly buat utk urusan kerja je. tapi gila hardcorelah lappy tu, kental sekental bodynya (toshiba). memang sejenis tak kuasa ammi nak usung dia merata, berat nak mampuih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah walaupun refurbished je, daapt mudahkan urusan kerja kita pun sudah cukup..

      Delete
  4. Samalah. Skrg guna laptop refurbishend jugak utk blogging. Kecik, ringan, laju, mudah nk bawa ke mana2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, yang penting mudah dan boleh di bawa ke mana mana

      Delete
  5. alhamdulillah mudah nak menulis karya kecil senang nk usung mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, senang nak buat bisnes kecil kecil dan bawa ke mana mana

      Delete
  6. Lagi senang nak tapi dokumen bila ada gajet portable macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab ramai customer saya dari shopee...jadi kerap juga order masuk...selalu buat masa di rumah je...ni sudah ada laptop boleh laaaa menyambil

      Delete
  7. Semoga terus maju bisnes sambilan Encik. Amin.
    Saya pun pakai laptop refurbished juga. Tahan lama. Boleh la buat blogging, bayar bil dari rumah, dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak je refurbished, tapi performance padu ok juga kan...

      terima kasih atas doa nya.

      Delete
  8. Bagusnya buat side job! Semoga laptop ni tahan lama nak buat keje atau blogging. Brand apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil sambil je dengan kemahiran yang ada.....brand "HP". harap tahan lama.

      Delete
  9. Semuga semuanya lancar dan di permurahkan rezeki. Aamiin

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..dapat yang refurbished pun okay. Janji boleh buat kerja. Semoga bisnes terus maju, dilimpahi rezeki dan dipermudah segala urusan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...betul tu, sebab penggunaan hanya basic sahaja....

      Delete
  11. Semoga lebih bersemangatlah nak buat kerja² sambilan ni dgn adanya lappy baru ni 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah.... Semoga bertambah laju buat kerja kerja

      Delete
  12. Pernah beli desktop refurbished.. lama gak pakai terutama masa PKP. Bila bos belikan laptop terus tak pakai desktop tu.. maka merajuklah ia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha seolah olah macam mereka ada perasaan kan hihii....biasa nya begitu kak...

      Delete
  13. Yg penting bisa dipakai, dan bisa menghasilkan 👍👍. Salut bang... Sekarang ini memang sebaiknya ada side income lah. Bagus juga ide nya utk bantu printing. Apalagi buat surat. Itu something yg tak semua orang bisa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, asalkan bisa di pakai.. buat tambah tambah kje sambilan.

      Delete
  14. Semoga terus sukses dengan bisnesnya. Dapat menjana pendapatan di samping membantu mereka yang memerlukan. Awesome💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....biasa tu tgh malam anak² baru nak bgtau apa yang nak kena print esok...huhuhu...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...