Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2025

Tips Bila Lalu Sekatan Jalan Raya (SJR)

Assalamualaikum semua! Hari ni aku nak kongsi sikit pengalaman dan tips penting untuk korang yang selalu melalui sekatan jalan raya (SJR) . Baru-baru ni aku ditugaskan untuk buat sekatan jalan raya. Masa tu jalan agak jem… dan dalam masa yang sama, aku perasan ramai pemandu kelam-kabut bila diminta tunjuk dokumen. Jadi sebagai seorang yang berada di sebalik uniform, izinkan aku kongsi beberapa tips ringkas tapi berguna untuk korang semua: 1. Screenshot Lesen & Cukai Jalan dalam Apps MyJPJ Sekarang ni ramai dah guna lesen digital dan cukai jalan digital dalam Apps MyJPJ . Tapi bila sampai SJR, baru terhegeh-hegeh nak buka app. Kadang-kadang: Internet slow Apps loading lama Lupa password Tips aku: ➡️ Screenshot siap-siap lesen dan cukai jalan digital tu. ➡️ Simpan dalam galeri, jadi bila nak tunjuk, terus boleh buka je. Tak perlu login semula. 2. Kad Pengenalan Letak di Tempat Mudah Ambil Ini pun antara perkara biasa yang aku nampak. Bila diminta tunjuk IC, terus...

Tanya Pendapat Otai Blogger Tentang Adsense!

Assalamualaikum dan salam santai semua geng! Hari ni aku nak lemparkan satu topik ringan tapi penting untuk korang yang dah lama dalam dunia Blogger , terutama yang dah berpengalaman dengan Adsense . Sejujurnya aku dulu seorang YouTuber , tapi selepas akaun aku kena hack , aku teruskan minat menulis ni melalui Blogspot pulak. Tapi... cara nak monetize di blog ni tak sama macam YouTube. Jadi aku nak tanya sikit:

Sambungan Cerita Barang Free Shopee! 😄

Okay geng! Masih ingat lagi dalam entry lepas  aku ada cerita pasal aku dapat kertas A4 percuma dari Shopee ? Haaa kali ni aku nak sambung cerita tu. Bukan satu je tau aku dapat... tapi lima barang FREE yang aku berjaya dapat dari Shopee baru-baru ni! 😆 Barang-Barang Free Yang Aku Dapat & Link Tempahan:

Solat Subuh di Lorong Kecemasan, Sah dari Segi Undang-Undang?

Baru-baru ni tular video sekumpulan jemaah solat Subuh berjemaah di lorong kecemasan lebuh raya . Ada yang puji, ada yang persoalkan. Tapi sebagai anggota polis, aku nak ulas dari sudut undang-undang dan keselamatan . Boleh Ke Solat Subuh Di Lorong Kecemasan? D ari sudut agama , solat berjemaah itu sangat digalakkan, malah pahalanya besar. Tapi dari sudut undang-undang & keselamatan jalan raya , ada perkara penting yang perlu difahami:

Van Bergerak Jual Barang, Kena Ada Permit Tak?

Pernah tak dengar bunyi van bergerak lalu depan rumah sambil kuat-kuat bunyi speaker? "🎤 Tilam murah! Tilam hotel! Murah-murah je!" "🎶 Gas! Gas! Siapa nak tukar gas?" Benda ni dah jadi biasa kat kawasan perumahan,  tapi sebenarnya ramai tak tahu, kegiatan jualan bergerak macam ni tetap tertakluk kepada undang-undang . Perlu Permit atau Tak?

Rezeki Dari Kerja Sampingan

Semalam memang rezeki… Alhamdulillah, dapat ramai customer yang minta tolong translate dokumen dan taip surat rasmi . Ada juga yang datang dari Shopee, malah ada yang repeat order ! Fuhhh rasa berbaloi sangat usaha selama ni.

Potluck Kena Permit Juga Ke?

Ramai yang tak tahu, sebenarnya berkumpul ramai-ramai di tempat awam walaupun hanya untuk potluck atau makan-makan boleh dikira sebagai perhimpunan awam , bergantung pada skop dan keadaan. ❓Perlu ke mohon permit? Jawapan ringkas: ✅ Kalau kecil dan tidak mengganggu ketenteraman awam biasanya tak perlu. ❗ Kalau melibatkan ramai orang, guna ruang awam terhad, atau ada program tertentu perlu dapatkan kebenaran.

Bila Pengadu Tak Bagi Kerjasama Tapi Mahu Kami Cepat Sampai

Baru-baru ni aku terima satu panggilan telefon daripada seorang pengadu wanita . Tapi yang peliknya, tiada salam, tiada pengenalan diri, terus terjah dan arahkan kami datang ke rumah sebab katanya ada pergaduhan dengan abangnya . Sebagai pegawai bertugas di PKD (Pusat Kawalan Daerah), prosedur tetap perlu aku jalankan,  aku tanyakan maklumat: Kes berkaitan apa? Lokasi kejadian? Nombor telefon untuk dihubungi semula? Tapi jawapan yang aku dapat? "Datang jelaaaa! Tanya apa lagi! Cepat datang!!" 😓

Pisang Masak, Rezeki Pagi Ni Cekodok Panas!

Hari ni entah kenapa rasa tergerak hati nak jenguk pokok pisang kat belakang rumah. Sebab sebelum ni nampak buah dia macam makin matang. Aku pun buka pintu belakang rumah... jenguk dari jauh, nampak samar-samar je buah pisang tu. Macam belum betul-betul masak lagi. Tapi bila aku melangkah lebih dekat... Wahhh! 😍 Tengok dari pintu tak berapa nampak

Dapat Kertas A4 Percuma Dari Shopee?! Serius Bukan Scam!

Hari ni aku nak cerita sesuatu yang memang buat aku rasa excited gila… Serius tak tipu! 😄 Baru-baru ni aku saja-saja buka Shopee, scroll macam biasa… tiba-tiba nampak satu iklan jual kertas A4, harga RM0.00 ! Aku macam... "Eh, biar betul ni RM0.00?" 🟡 Apa Lagi, Klik Terus Laaa! Aku pun tekan laaa gambar tu, nak tengok apa yang sebenarnya RM0.00 tu. Rupa-rupanya kertas A4 putih dalam 100 helai . Fuhhh... Aku pun terus proceed checkout, nak test sama ada betul ke free, atau ada caj tersembunyi ke.

Parking Sesuka Hati – Kecil Tapi Menyusahkan Ramai

Satu masalah yang mungkin nampak kecil , tapi sebenarnya beri kesan besar dalam kehidupan seharian bila  parking sesuka hati . Mungkin kita pernah nampak (atau sendiri pernah buat 🤭): Park tepi simpang Park depan pagar orang Double park tapi tak tinggal nombor Suka-suka parking kat laluan bomba Parking kat lot OKU walaupun sihat walafiat

Main Mercun & Bunga Api Tanpa Kebenaran – Seronok Sekejap, Bahaya Selamanya

Setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, mesti kita dengar "BOOM! DUMM! POP!" dari jauh. Tak lain tak bukan, mercun dan bunga api lah tu. Memang betul, mercun ni salah satu ‘hiburan tradisi’ bila sambut raya, tahun baru Cina, Deepavali, dan sebagainya. Tapi ramai tak tahu,  bukan semua mercun dan bunga api dibenarkan , dan bukan semua boleh dinyalakan sesuka hati. ⚠️ Apa Yang Dibenarkan & Apa Yang Dilarang?

Bela Haiwan Tapi Tak Jaga – Sayang ke Menyusahkan?

Zaman sekarang, ramai orang suka bela haiwan peliharaan, kucing, anjing, arnab, ayam serama… macam-macam. Ada yang anggap haiwan ni macam anak sendiri. Tapi sedihnya, ramai juga yang suka bela, tapi tak jaga betul-betul. Mungkin niat asal nak bela sebab suka atau ikut trend, tapi bila tak mampu beri komitmen, haiwan tu jadi mangsa. ❗ Isu-isu Yang Kerap Berlaku

Buang Sampah Merata – Salah Undang-Undang dan Tak Bertanggungjawab!

Kalau korang pernah nampak orang buka tingkap kereta, buang plastik air atau tisu keluar macam jalan tu tong sampah peribadi , atau lepas makan kat taman tinggal sisa makanan merata, mesti rasa geram, kan? Nampak macam hal kecil, tapi kesannya sangat besar . Malah, tindakan tu juga sebenarnya boleh dikenakan tindakan undang-undang . 📌 Kenapa Buang Sampah Merata Itu Masalah Serius?

Cerun Runtuh di Jalan Negeri kawasan Daerah Kluang Johor, Hati-Hati Guna Laluan Ini

Hari ini aku nak kongsikan satu makluman penting kepada semua pengguna jalan raya, terutama yang menggunakan laluan J26 Jalan Simpang Renggam - Renggam . 📅 Tarikh: 17 Jun 2025 (Selasa) 🕕 Masa: 6.00 Petang 📍 Lokasi: Seksyen 8.20, berhampiran Ladang CEP Renggam

Bunyi Bising Waktu Malam Boleh Kena Tindakan Undang-Undang!

Pernah tak tengah malam korang nak tidur lepas penat seharian bekerja, tiba-tiba jiran sebelah pasang lagu macam konsert Dato' Siti? Atau bunyi enjin motor 'blender' pusing-pusing bawah flat? Memang boleh naik darah kan? Tapi ramai yang tak tahu, bunyi bising waktu malam ni ada undang-undangnya, dan boleh kena tindakan. ⏰ Apa dikira “bising melampau waktu malam”?

Merokok & Vape Di Tempat Larangan. (Boleh Kena Kompaun!)

Kadang-kadang kita nampak orang hisap rokok atau vape di tempat awam, tapi tak ramai yang tahu sebenarnya tindakan itu boleh dikenakan kompaun , malah boleh didakwa jika ingkar. 🧯 Apa yang dikira tempat larangan merokok & vape? Berdasarkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (di bawah Akta Makanan 1983), tempat-tempat yang dilarang merokok atau vape termasuk:

Hampir Jadi Mangsa Scam lagi di Gerai Makan - RM40,000 Dah Lesap

Baru-baru ni, kami di PKD menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999. Seorang suami dalam keadaan cemas maklumkan bahawa isteri dia sedang duduk di sebuah gerai makan dan telah memasukkan wang sebanyak lebih kurang RM40,000 ke dalam akaun individu tidak dikenali,  dipercayai scammer. Menurut suami pengadu, sebelum dia buat panggilan kecemasan, isteri dia sudah pun menggadaikan barang kemas dan terus buat pemindahan wang atas arahan seseorang melalui panggilan telefon yang mendakwa kononnya dari agensi penguatkuasa.

Terdengar Erangan Dalam Kereta Berkunci – Tindakan Pantas Menyelamatkan Nyawa

Hari ini kami menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang seorang individu mengerang kesakitan di dalam sebuah kenderaan yang berkunci. Pengadu memberitahu bahawa dia cuba membantu, tetapi pintu kereta tidak dapat dibuka . Tanpa berlengah, kami segera arahkan anggota ronda MPV ke lokasi kejadian . Pada masa sama, kami juga hubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memberikan bantuan teknikal memandangkan kenderaan tersebut berkunci dari dalam.

Didera Secara Mental Semasa Dalam Tahanan Polis. Apa Maksudnya?

Terima kasih buat sahabat blogger kita atas soalan yang diberikan. Bila sebut tentang “dera”, ramai terus bayangkan kecederaan fizikal  macam lebam, luka, ditampar atau dipukul. Tapi dalam konteks undang-undang dan hak asasi manusia, deraan mental pun dikira serius, termasuk semasa seseorang berada dalam tahanan polis.

Apa Hak Anda Apabila Ditahan Pihak Polis?

Ramai orang bila nampak polis tahan terus gelabah. Ada yang siap takut nak buka mulut sebab fikir polis boleh buat apa saja. Tapi sebenarnya, anda ada hak   dan hak ini dijamin oleh undang-undang. Kalau suatu hari nanti anda ditahan polis, ini hak-hak asas yang anda perlu tahu:

Jalan-Jalan, Jumpa Sushi RM1 & Kopi Bertaraf Starbucks di Seremban

Hari ni aku keluar jalan-jalan sekitar Seremban. Saja lepas geram nak tenangkan fikiran sambil tengok suasana luar daripada rutin biasa. Tengah pusing-pusing, mata ni tertarik dengan satu gerai tepi jalan yang agak meriah orang singgah. Aku pun berhenti dan singgah jap. Tengok-tengok, ada jual sushi 🍣 dan kopi . Tapi yang buat aku tersentap sikit,  masih ada orang jual sushi RM1 seketul! Dalam zaman sekarang ni, benda murah macam tu memang rare sangat dah nak jumpa.

Musim Panas & Kebakaran Semak: Perokok Tolong Peka!

Musim sekarang cuaca memang panas dan kering . Hujan pun jarang turun, dan angin bertiup agak kuat. Keadaan ini memang mudah sangat mencetuskan kebakaran , walaupun berpunca dari perkara kecil. Baru-baru ini, saya terima aduan berkaitan kebakaran semak di kawasan sekitar. Bila anggota ronda Balai sampai dan buat pemerhatian awal, antara benda yang mereka jumpa adalah sebatang rokok yang masih ada sisa bara, tak jauh dari kawasan kebakaran.

Kalau Ada Pihak Minta Kad Pengenalan Tanpa Kebenaran, Apa Hak Kita Sebagai Pemilik?

Dalam ENTRY sebelum ni, Aku dah menerangkan isu siapa yang berhak simpan IC , dan bolehkah pengawal keselamatan pegang IC kita , terutamanya waktu nak masuk bangunan atau premis tertentu.

Solat Raya di Kampung, Nostalgia Tak Ternilai

Assalamualaikum semua & Selamat Hari Raya Aidiladha! Pagi ni suasana kampung memang lain macam rasa dia. Tenang, sejuk, dan penuh nostalgia. Paling penting,  semangat nak solat raya berjemaah di kampung halaman . 🕌 Persiapan Awal: Abah Dah Warning Awal-Awal 😅 Sebelum tidur malam tadi, Abah Taufik dah bagi arahan siap-siap: "Paling lambat keluar rumah 7.30 pagi! Nanti penuh kereta, susah parking."

Siapa Sebenarnya Berhak Menyimpan Kad Pengenalan Kita?

Assalamualaikum semua! Dalam sambungan kepada ENTRY semalam, hari ni kita masuk konsep yang lebih jelas dan penting: “SIAPA yang benar-benar BERHAK untuk menyimpan Kad Pengenalan orang awam?” 🪪 Kad Pengenalan Adalah Milik Individu Menurut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990) , kad pengenalan (MyKad) adalah dokumen pengenalan diri rasmi yang dimiliki oleh individu tersebut sahaja. Ia tidak boleh diambil atau disimpan oleh mana-mana pihak sewenang-wenangnya.

Polis Bantuan atau Pengawal Keselamatan Boleh Pegang Kad Pengenalan Kita?

Assalamualaikum semua! Hari ni aku nak kupas satu lagi persoalan yang selalu ditanya bila nak masuk bangunan atau kawasan pejabat tertentu: "Boleh ke polis bantuan (PB) atau pengawal keselamatan pegang IC kita?"

Balik Kerja Terus Serbu Big10, Ayam & Telur RM1!

Assalamualaikum semua! Pagi tadi, lepas je habis tugas terus aku singgah ke Pasaraya Big10 di Bandar Seri Impian   Kluang sebab tahu ada promosi pembukaan yang sangat menarik . Aku sampai sana lebih kurang jam 8.30 pagi,  suasana memang meriah, orang ramai berpusu-pusu masuk. Rezeki hari ni memang tak disangka!

Polis Bantuan & Pengawal Keselamatan Boleh Bawa Pistol Ke?

Assalamualaikum semua, Hari ini aku nak kongsikan satu persoalan yang selalu ditanya oleh orang ramai,  boleh ke Polis Bantuan dan Pengawal Keselamatan bawa pistol atau senjata api? Jawapannya boleh , tetapi ada syarat-syarat yang sangat ketat dan bukan semua boleh suka-suka bawa senjata api ya.

Polis Bantuan: Sama Ke Dengan Polis Biasa?

Terima kasih kepada sahabat Blogger kita Rawiwa atas soalan ini Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca setia blog ni! Ramai yang pernah nampak Polis Bantuan (PB) bertugas di premis-premis seperti KLIA, kilang besar, bank, dan kadang-kadang di kawasan yang bukan balai polis. Tapi persoalannya… Polis Bantuan ni sama ke macam Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Atau lain?

Bagaimana VSP Bantu Tangkap Penjenayah?

Ramai yang tak tahu, aplikasi VSP ni sebenarnya dah banyak bantu polis selesaikan kes dan mencegah jenayah. Walaupun tanpa kita sedar. Dalam entry ni, aku nak kongsikan beberapa situasi sebenar di mana maklumat dari orang awam melalui VSP menjadi pencetus kepada kejayaan tangkapan . 📌 Kes 1: Pecah Rumah Dipintas Awal Seorang pengguna VSP di Johor Bahru perasan dua lelaki mencurigakan mundar-mandir di lorong belakang rumah jiran. Dia cepat-cepat tangkap gambar dari tingkap tingkat atas dan hantar melalui VSP .