Skip to main content

Pisang Masak, Rezeki Pagi Ni Cekodok Panas!

Hari ni entah kenapa rasa tergerak hati nak jenguk pokok pisang kat belakang rumah. Sebab sebelum ni nampak buah dia macam makin matang. Aku pun buka pintu belakang rumah... jenguk dari jauh, nampak samar-samar je buah pisang tu. Macam belum betul-betul masak lagi.

Tapi bila aku melangkah lebih dekat... Wahhh! 😍

Tengok dari pintu tak berapa nampak


Rupa-rupanya buah pisang dah masak elok! Apa lagi, terus capai parang dan potong tandan tu. Serius, rasa puas hati sangat. Alhamdulillah... memang tak rugi berbudi dengan tanah ni. Pokok pisang ni aku tanam dengan penuh teliti, hari ni dia bagi ganjaran dia balik hehe 😄

Tengok dekat dekat baru nampak, Nahhh sudah masak rupanya.


Hasilnya, dapat 6 sisih pisang. Aku dah mula fikir nak buat apa... last-last decide buat cekodok pisang panas-panas untuk sarapan! Perghhhh bau dia semerbak satu rumah, makan dengan kopi O panas memang ngam! ☕

Tudiaaaa masak sudah hihihi
Inilah hasil nya


Kadang-kadang nikmat macam ni yang buat kita rasa syukur. Tanam pokok, jaga elok-elok… bila dah sampai masa, hasilnya buat kita senyum sampai telinga.


#RezekiTanamanSendiri
#CekodokPisangPagi
#BerbudiDenganTanah
#DiSebalikUniform


Comments

  1. cantik buahnya,, berbudi pada tanah adalah hasilnya..

    ReplyDelete
  2. Seronok rumah ada tanah, walaupun sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak... Dapat laaa keluar peluh sikit kat belakang rumah

      Delete
  3. Memang seronok dan berbaloi tanam, rumah akak takde tanah jadi boleh tanam pokok kecik2 je hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rezeki dulu beli rumah oat sini.... Memang harga mahal sikit dari taman lain tapi berbaloi.

      Delete
  4. Rezeki belakang rumah .. petik pisang, terus goreng cekodok! Panas-panas, rangup luar lembut dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, rezeki betul... Ada 2 pokok lagi bakal menyusul huhuhu.

      Delete
  5. Kawasan belakang tu luas boleh tanam macam-macam. Cantik bersih kulit pisang tu. Cekodok pisang peberet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas jugak..boleh tambah dapur kalau nak buat ubahsuai.

      Delete
  6. Alhamdulilah....saya pun ada buah betik yang dah besar ni tunggu masak. Pokoknya tumbuh secara tiba2. Kami tak pernah tanam pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh itu rezeki yang di bawa burung.... mungkin burung berak dan biji benih betik jatuh ke tanah

      Delete
  7. Wah, rezeki sangat ni dapat buat cekodok terus. Makan panas-panas dengan kopi O. Ngam!

    ReplyDelete
  8. Best tanam sampai ada yg masak di pokok.. okla kawasan perumahan macam ni takde gangguan.. kat kg selalu dikerjakan oleh monyet.. jarang nak dpt kuning di pokok huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kawasan saya tak dimasuk gajah selamat. Kalau yang tenpat lain ada yang gajah masuk....tak sempat nak membesar

      Delete
  9. uiii sedap diganding kopi panas.

    ReplyDelete
  10. Nampak macam pisang lemak manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ingat yang ni pisang apa...main tanam je hahaha

      Delete
  11. Betul tu. Memang rasa happy bila hasil tangan kita sendiri menanam, membuahkan hasil. Alhamdulillah. Sedap, makan cokodok dengan kopi panas. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kita yang jaga dengan baik hingga dapat hasil

      Delete
  12. Besttt. Ammi tanam pokok sawi pun dah berminggu tak berputik. Ahaksss. Panas betul tangan ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...