Skip to main content

Balik Kerja Terus Serbu Big10, Ayam & Telur RM1!

Assalamualaikum semua!

Pagi tadi, lepas je habis tugas terus aku singgah ke Pasaraya Big10 di Bandar Seri Impian Kluang sebab tahu ada promosi pembukaan yang sangat menarik.

Aku sampai sana lebih kurang jam 8.30 pagi, suasana memang meriah, orang ramai berpusu-pusu masuk. Rezeki hari ni memang tak disangka!


Depan kedai












🐔 Promosi RM1 – Ayam & Telur!

Aku berjaya dapat:

  • Seekor ayam hanya RM1
  • Sepapan telur gred D pun RM1
  • Lain² aku beli buah dan sayur-sayuran

Tapi promosi ni terhad untuk 1 ID sahaja melalui aplikasi Big10 Grocer. Siapa cepat dia dapat. Memang berbaloi!


☕ Air Milo & Pelbagai Tester Percuma

Satu lagi yang menarik, ada air Milo percuma! Selain tu, banyak juga tester makanan dan minuman percuma seperti:

  • Cucur Adabi panas-panas
  • Air kopi
  • Air coklat
  • Air teh



Cucur Adabi & Air Asam Jawa

Teh & Kopi (dua² balun)

Coklat & Nescafe (dua² balun)

Milo percuma

Suasana macam mini food fair, semua orang nampak seronok, terutama warga emas dan anak-anak. Dapat rasa dulu sebelum beli, memang puas hati!


📱 Cara Tebus Promosi RM1

Untuk yang belum tahu:

  1. Muat turun aplikasi Big10 Grocer
  2. Daftar akaun & log masuk
  3. Scan QR code di kaunter penebusan

1 akaun = 1 ayam + 1 sepapan telur. Mudah dan cepat, asal jangan lambat, stok memang cepat habis!


Walaupun pagi tadi memang penat lepas tugas, tapi rasa berbaloi sangat. Dapat beli barang murah dan merasa tester percuma, rezeki pagi yang tak ternilai.

Korang pernah alami promosi pembukaan pasaraya macam ni? Share sikit pengalaman di ruangan komen.


#PromosiBig10
#AyamRM1
#TelurRM1
#TesterPercuma
#CucurAdabi
#MiloPercuma
#RezekiPagi


Comments

  1. Patutlah yang ramai dan meriah. Promosi dia bukan biasa-biasa ni. Memang berbaloilah kan datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, sebab sini pasaraya tak banyak...tu yang dia buat kat sini.. lepas ni senang nak beli barang

      Delete
  2. Seronoknya..nasib jauh kat Kluang sana..dia ada membership tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada membership.. tu yg pembukaan dapat promosi tu.

      Delete
  3. Wah..betul2 meriah pembukaan nya nie..berbaloi sangat ayam dan telur tu

    ReplyDelete
  4. berbaloi2 sgt tu!! rezeki alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Murah sangat tu, tak aci hahaha...
    Pernah, dapat beli beras 10kg dgn harga lama ie RM17 je banding dgn harga 30 ringgit lebih skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ini sebab hari pembukaan .... Tapi alhamdulillah rezeki dapat juga hihihi....

      Delete
  6. alhamdulillah rezeki dapat harga promosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, rezeki dapat...jimat sikit belanja dapur bulan ni hihihihi

      Delete
  7. Pantas ramai ya bang 😅😄😄. Muraaah sangaaat 1ringgit bisa dpt ayam dan telur 😍😍😍. Memang rezeki jelang idul adha nih

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki. Bukan selalu nak dapat ayam dan telur RM1.

    ReplyDelete
  9. Ni betul-betul promosi jimat berbaloiii .. wajib serbu laa mana nak dapat harga cam ni kam

    ReplyDelete
  10. Tak pernah merasa... kalau ada pembukaan gedung biasa buat hari bekerja. Sedaplah kalau air milo bancuh macam zaman sekolah dulu. Berbaloi testernya tu, macam².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taufik pun nasib nasib je dia buat masa baru nak balik kerja

      Delete
  11. fuyooo murah tu dapat ayam sekor dengan telur harga rm 1. Big10 Grocer tak banyak kedainya. Tester tu kalau boleh semua nak rasa. Dapat free kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa rezeki dia buka kedai baru sebelum balik kampung

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...