Skip to main content

Didera Secara Mental Semasa Dalam Tahanan Polis. Apa Maksudnya?


Terima kasih buat sahabat blogger kita atas soalan yang diberikan.


Bila sebut tentang “dera”, ramai terus bayangkan kecederaan fizikal macam lebam, luka, ditampar atau dipukul. Tapi dalam konteks undang-undang dan hak asasi manusia, deraan mental pun dikira serius, termasuk semasa seseorang berada dalam tahanan polis.


🤯 Apa Maksud Deraan Mental Semasa Dalam Tahanan?

Dera mental berlaku bila seseorang yang ditahan:

  • Dipaksa mengaku dengan ugutan atau tekanan emosi
  • Diugut dengan tindakan terhadap keluarga
  • Dihina, diperlekeh, atau dimaki hamun
  • Dibiarkan dalam keadaan takut, tertekan atau kebimbangan melampau
  • Tidak diberikan rehat, makanan atau rawatan sewajarnya

Contoh:

"Kalau kau tak ngaku juga, jangan harap kau keluar jumpa anak isteri."
Ini bukan soal siasat profesional, ini sudah masuk ke tahap tekanan emosi yang salah.


👮 Adakah Polis Dibenarkan Buat Begitu?

Tidak.
Sebagai anggota polis, kami terikat dengan:

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Kanun Prosedur Jenayah (CPC)
  • Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO)
  • Dan yang paling penting, hak asasi manusia.

Setiap tahanan ada hak untuk dilayan secara bermaruah.
Tiada siapa yang patut dilayan dengan cara menghina atau menekan mental, walaupun dia disyaki melakukan kesalahan.


🛡️ Apa Yang Tahanan Boleh Buat Kalau Alami Deraan Mental?

  1. Maklumkan kepada pegawai atasan semasa dalam tahanan.
  2. Catat butiran siapa yang melakukannya (jika boleh).
  3. Lapor kepada Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia).
  4. Buat aduan rasmi selepas dibebaskan di saluran seperti IPD, Bukit Aman, atau melalui peguam.


🎯 Kenapa Penting Isu Ini Diketengahkan?

Sebab bila orang dalam tahanan didera secara mental:

  • Pengakuan yang dibuat boleh jadi tidak sah di sisi undang-undang
  • Kepercayaan awam terhadap polis akan terjejas
  • Hak individu sebagai rakyat Malaysia tercemar


Sebagai polis sendiri, aku percaya, siasatan yang telus dan adil adalah lebih kuat daripada tekanan dan paksaan. Integriti tak datang dari ugutan, tapi dari keadilan.


#PolisDanHakTahanan
#PKDBerkongsi
#TiadaKompromiDenganDera


Comments

  1. memang salah di sisi undang2 dan moga2 apa jua salah laku di pihak polis mahupun di pihak tahanan, akan diadili dengan wajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tindakan yang wajar kepada mereka baik pihak polis mahupun pihak tahanan.

      Delete
  2. risau pula dengar kena dera mental nie

    ReplyDelete
  3. Oh, baru tau. Terima kasih atas perkongsian ni.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas info...
    Maknanya kita boleh buat report kalau dipaksa mengaku ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat laporan polis jika memang betul tiada buat sebarang kesalahan..... Tapi kalau ada bukti bersalah tu nak buat juga tak patut.

      Delete
  5. Tapi pernah mendengar juga pasal tahanan yang dipaksa mengaku ni atau deraan mental. Rupanya salah di sisi undang2. Tapi....kalau tengok filem macam memang ada deraan mental ni ya? Kalau filem Bollywood lagi la siap tampar muka lagi tapi mungkin juga betul apa yang ditonjolkan dalam filem Bollywood tu polis dalam masyarakat mereka. Moga polis di Malaysia ni mengikut undang2 yang ditetapkan kerana kami juga perlukan polis untuk menjaga keamanan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dera mental memang salah... Sebab ada saluran yang boleh proses

      Delete
  6. Ada gak denga a few cerita pasal ni especially waktu soal jawab...tapi seeloknya semua kena ikut proses yang dibenarkan la kan...

    ReplyDelete
  7. Pernah buat satu laporan polis, masa tu rasa kecut juga walaupun buat laporan. Ini apatah lagi yang kena tahan dan disoal siasat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena soal siasat tu tak tau nak cakap apa laaaa hahaha

      Delete
  8. Pernah mendengar isu ini tapi kalau pegawai polis menjalankan tugas dengan integriti takde lah kes orang tahanan kena dera. Kadang sorang je buat hal terpalit semua orang. Dijauhkan le hendaknya. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyoal tahanan tiada masalah asalkan tidak bersifat mendera....semua nya atas sikap individu kan....walaupun bukan semua tapi ada

      Delete
  9. Oohhh..tapi selalunya kalau tengok drama, polis paksa mengaku supaya cepat dapat tutup kes. Kadang orang yang tak bersalah pula dihukum. Kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau itu terjadi...maka dia menanggung doa fitnah sampai bila bila

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...