Skip to main content

Tanya Pendapat Otai Blogger Tentang Adsense!

Assalamualaikum dan salam santai semua geng!

Hari ni aku nak lemparkan satu topik ringan tapi penting untuk korang yang dah lama dalam dunia Blogger, terutama yang dah berpengalaman dengan Adsense.

Sejujurnya aku dulu seorang YouTuber, tapi selepas akaun aku kena hack, aku teruskan minat menulis ni melalui Blogspot pulak. Tapi... cara nak monetize di blog ni tak sama macam YouTube. Jadi aku nak tanya sikit:


1. Berapa lama biasanya Blogger tunggu untuk lulus Adsense?

Ada yang kata seminggu… ada juga aku baca sampai 3 bulan atau lebih. Tapi tak semua sama kan? Mungkin ikut trafik, kualiti blog, atau pengalaman teknikal.


2. Apa syarat penting untuk mohon Adsense?

Aku faham antara syarat utama:

  • Konten original, bukan copy paste.
  • Blog dah ada beberapa post berkualiti, ada struktur.
  • Guna template yang responsive/mobile friendly.
  • Ada Page About, Contact & Privacy Policy.

Tapi kalau ada lagi syarat “rahsia” yang otai² tau… tolong share! 😄


3. Ada yang beli Domain sendiri. Apa kesan dia?

Aku masih guna Blogspot biasa (free). Tapi ramai cakap bila beli domain macam:

  • .com / .my / .net → lebih trusted.
  • Mudah untuk lulus Adsense.
  • Boleh naikkan branding blog kita.

Kalau korang dah cuba sendiri, tolong komen ye. Aku tengah timbang nak beli domain sendiri juga.


Aku tahu setiap orang ada jalan dan pengalaman masing-masing, jadi aku harap otai² blog yang terbaca entri ni boleh kongsi pengalaman dan tips sikit untuk bantu geng baru macam aku. Ilmu yang dikongsi, insyaAllah bermanfaat.


#BlogspotMalaysia
#AdsenseTips
#BekasYouTuberKiniBlogger
#DiSebalikUniform

Comments

  1. Infor bagus ya hal Adsense..sama juga baru nak belajar hal ni,...teriakasih ya infor

    ReplyDelete
  2. Nak tanya tuan blog, apa sebab ya, saya tak dapat foloow blog..boleh tak share cra selesaikan masalah..atau semua tak dapat follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak jawab pun saya baru berapa bulan je sertai blog

      Delete
  3. Terima kasih info.. saya juga masih mencari tentang Adsense :)

    ReplyDelete
  4. memang besh kalau dpt moneytize dari blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn dulu seronok sebab dapat monetize youtube....sekarang mahu cuba blog pula

      Delete
  5. Saya pun selepas berbelas kali apply baru dapat. Nak bagi tips pun tak pandai sebab kita bukan pakar. Tapi adalah tulis sikit pengalaman adsense tu dalam blog. Boleh baca dalam tips di menu bar blog. Sekarang adsense pun macam tak semeriah dulu sejak algorithm google berubah. Merundum teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak atas perkongsian... Banyak nak kena repair balik...sebab cara dia lebih sikit dari Youtube.

      Delete
  6. Replies
    1. harap nya begitu, sebab nak lulus adsense blog agak rumit sikit berbanding Youtube

      Delete
  7. Park sini jap nak baca replies2 blogger otai. Saya pun try buay adsense ni, tapi tak lulus taktahu kenapa.. sedihla jugak sebab dah lama join blogging ni tapi tak pernah dapat income dari sini huhu. Konten semua mana ada copypaste

    ReplyDelete
  8. kalau dulu senang nak apply adsense, now mungkin dah semakin susah (akak dah stop adsense). Mcm nuffnag dulu akak dapat jugalah merasa duit dari nuffnag. Now akak menulis untuk simpanan dan kenangan sahaja.

    ReplyDelete
  9. Adsense x mudah lulus, biasanya dia akan teliti kualiti blog kita, berapa pengikut, berapa page views, kena selalu update, sebaiknya guna domain sendiri, dulu SA guna blogspot free, memang beberapa kali gagal..beli domain sendiri lebih trusted dan apply lagi...SA dulu 2-3 bulan baru dapat surat dari Adsense mengatakan dah lulus dan boleh letak iklan...SA dulu ada cikgu tolong ajar..dah yakin blog ok...baru apply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laaa tengok pada blog adsense agak rumit sikit.... sebab Taufik dari Youtube rasa nak cuba juga dari Blog macam mana...Syarat youtube tak susah cuma Sub dgn jumlah jam je

      Delete
  10. Nak jana pendapatan tu memang susah sedikit kecuali lah blog kita maintain dan memang sentiasa ada isu terkini atau information yang orang cari. Apa pun semuga berjaya. Akak punya santai2 untuk memori je jadi takde lah nak apply adsense.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh Taufik pun saja saja nak try kan, mana lah tahu ada rezeki huhuhuhu

      Delete
  11. Semoga berjaya...nak bagi tips,Linda memang tak reti ..tulis blog pun sekadar menghiburkan hati...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhhh kalau untuk simpan saja saja relax je hihihi

      Delete
  12. Blog ammi (guna domain sendiri) seingat ammi dalam 2-3 minggu je dh approve. Masa guna blogspot dulu mmg lamalah pastu banyak pulak songehnya

    ReplyDelete
  13. Tumpang baca je sebab blog yang ada pun sendu huhu... akak lupa password asal jadi nak makeup² blog pun tak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhhh... Takpe.. ada orang yang hanya untuk kenangan peribadi sahaja kan,.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...