Hari ini kami menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang seorang individu mengerang kesakitan di dalam sebuah kenderaan yang berkunci. Pengadu memberitahu bahawa dia cuba membantu, tetapi pintu kereta tidak dapat dibuka.
Tanpa berlengah, kami segera arahkan anggota ronda MPV ke lokasi kejadian. Pada masa sama, kami juga hubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memberikan bantuan teknikal memandangkan kenderaan tersebut berkunci dari dalam.
🚔 Tindakan pantas kedua-dua pasukan sangat membantu.
Setelah berusaha, pihak APM berjaya membuka tingkap kereta, dan kami dapati seorang lelaki di dalamnya dalam keadaan tidak sedarkan diri namun masih bernafas.
🚑 Pihak APM terus membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Berdasarkan maklumat awal daripada anggota ronda MPV, mangsa dipercayai mengalami kekejangan atau serangan kesihatan secara tiba-tiba ketika berada dalam kereta.
Selepas memastikan mangsa dihantar ke hospital, anggota ronda MPV ke rumah waris mangsa untuk memaklumkan tentang kejadian dan maklum kepada waris untuk bawa balik kenderaan milik mangsa ke rumah sebagai langkah keselamatan dan kemudahan urusan selanjutnya.
📌 Mesej aku hari ini:
Kadang-kadang, tindakan cepat daripada orang awam menyelamatkan nyawa seseorang.
Terima kasih kepada pengadu yang tidak hanya tengok, tapi bertindak dengan bijak.
Dan kepada semua:
✅ Jangan abaikan situasi pelik di sekeliling.
✅ Kalau rasa tak mampu bantu, sekurang-kurangnya hubungi pihak berkuasa.
✅ Setiap saat sangat berharga dalam situasi kecemasan.
Stay safe, prihatin dan cakna.
Kita jaga kita. 🤝
ya tindakan cepat menyelamatkan nyawa mangsa dlm kesulitan perlu peka isyaratnya
ReplyDeleteYa, kita tak tahu apa yang mangsa sedang alami.
Deleteye..orang awam kena prihatin...kalau x boleh membantu secara langsung at least dapatkan bantuan yang sewajarnya...
ReplyDeleteItu yang sebetul nya. Kalau tiada sebarang kemahiran, dapatkan bantuan segera.
Deletesetiap saat sangatlah berharga dlm keadaan getir begitu. thanks pasukan yg bertugas! pantas dan efisyen. barakallah fiikum jamian
ReplyDeleteBetul tu, sebab melibatkan nyawa.
DeleteTerima kasih orang baik.
ReplyDeleteYa, bagus orang awam tu...
DeleteAlhamdulillah, masih ada sikap ambil peduli dengan orang sekitar..Tahniah juga bagi pihak yang terlibat..
ReplyDeleteAlhamdulillah ada orang baik yang sentiasa mengamati keadaan sekeliling
DeleteTindakan tepat yg menyelamatkan nyawa 👍🏻
ReplyDeleteBetul tu, pengadu segera call dapat kami salurkan bantuan segera.
DeleteTetima kasih kepada org baik yang cakna.
ReplyDeleteKita permudahkan urusan org. InsyaAllah nanti urusan kita juga dipermudahkan.
In shaa Allah, mudah mudahan dipermudahkan urusan.
DeleteKot dok kalut-kalut ramai plak nak membantu dengan pecahkan cermin kereta. Tak terfikir pula nak hubungi polis ata APM.
ReplyDeletemacam pihak bomba dan APM ada alatan untuk membuka cermin tersebut....kalau bernasib baik tiada kerosakan teruk
DeleteYa Allah nasib baik orang awam nampak. Semuga kita di pertemukan dengan orang yang baik-baik
ReplyDeletebetul tu, nasib baik ada insan yang prihatin lalu di kawasan tu.
DeleteTahniah buat orang awam yang pantas bertindak. Dapat menyelamatkan nyawa. Kadang kita kena prihatin apa yang berlaku. Jangan pula ada yang ambil kesempatan.
ReplyDeleteya, kita kena ada sikap prihatin terhadap sekeliling....tapi tulaaa....ada je orang yang sikap suka ambil kesempatan
DeleteKadang-kadang, nyawa terselamat bukan sebab pakar… tapi kerana orang awam yang berani bertindak cepat. Salute pada anda semua
ReplyDelete