Dalam ENTRY sebelum ni, Aku dah menerangkan isu siapa yang berhak simpan IC, dan bolehkah pengawal keselamatan pegang IC kita, terutamanya waktu nak masuk bangunan atau premis tertentu.
Tapi hari ni, kita nak sembang lebih spesifik:
Kalau ada pihak yang tetap minta IC kita tanpa kebenaran atau alasan yang sah, apa hak kita sebagai pemilik IC? Apa yang boleh kita buat waktu tu?
📌 Pertama sekali, penting untuk tahu: IC tu milik siapa?
Jawapannya: IC adalah milik JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), bukan milik peribadi atau organisasi.
Sebagai pemilik, kita cuma diberi hak guna, bukan hak serah simpan atau disimpan oleh pihak lain sesuka hati.
❌ Tindakan simpan atau tahan IC tanpa kuasa adalah salah di sisi undang-undang.
Mengikut Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, mana-mana pihak tidak dibenarkan menyimpan IC orang lain, kecuali mereka yang diberi kuasa oleh undang-undang seperti:
- Polis
- Pegawai JPN
- Pegawai Penguatkuasa Imigresen, SPRM atau pihak berautoriti
Security guard, pengawal keselamatan, pengurus premis swasta, atau kaunter pejabat – TIDAK BERHAK simpan IC anda.
📣 Apa boleh buat kalau mereka tetap minta atau tahan IC kita?
-
Tanya tujuan mereka minta IC.
👉 "Untuk semakan ke, atau nak simpan?"
Jika hanya untuk rekod atau log masuk, anda boleh tunjuk sahaja, atau salin nombor, bukan serah IC. -
Tolak dengan sopan jika mereka nak pegang atau simpan.
👉 "Maaf, saya tak boleh serahkan IC. Itu melanggar peraturan JPN. Kalau nak catat nombor, saya boleh bantu." -
Laporkan kepada pihak berkuasa jika mereka berkeras.
👉 Boleh buat laporan polis atau terus ke JPN untuk tindakan lanjut. -
Gunakan hak anda sebagai pemilik.
👉 Ingat, undang-undang menyebelahi anda, dan IC anda bukan bahan cagaran.
✅ Tips tambahan:
- Kalau perlu masuk premis tapi mereka tetap nak IC, tawar alternatif seperti lesen memandu, kad kerja, kad pelawat, atau tinggalkan nombor telefon.
- Elakkan bagi IC kepada individu tidak dikenali yang mengaku “pegawai” tanpa menunjukkan bukti sah.
Sebagai anggota masyarakat, kita perlu tahu hak kita, terutama bila melibatkan dokumen penting macam kad pengenalan. Kadang-kadang, orang yang minta tu pun tak tahu prosedur sebenar, jadi bila kita peka, kita bukan saja lindungi diri sendiri tapi juga bantu betulkan sistem.
Semoga perkongsian hari ini beri manfaat.
#HakPemilikIC
#ICMilikiJPN
#TolakDenganBerhemah
#InfoKeselamatan
#BlogSantaiPolis
#KesedaranUndangUndang
Faham . Kita tak tahu siapa di sebalik pemegang data tersebut. Dengan nombor IC ni macam-macam boleh dibuat.Kita tak tahu mana-mana sistem kerajaan yang ada ‘lubang’ yang membolehkan sesiapa sahaja dapat maklumat peribadi seseorang (spt. alamat) hanya melalui IC.
ReplyDeleteYa, jadi sentiasa berhati hati dan kena tahu dengan siapa kita patut biarkan menyimpan IC kita.
DeleteBetul tu...orang yang minta tu mungkin tak tahu prosedur atau prosedur tu tak jelas. Kadang mereka ikut apa yang dibuat sebelum ini yang sudah jadi normal walaupun ia tidak betul.
ReplyDeleteAgak² kalau orang tu berkeras boleh tak kita isi VSP? Rujuk pada 3. Laporkan kepada pihak berkuasa jika mereka berkeras.
Alang² dah ada saluran.. takyah ler gi balai polis buat laporan.
Ada 2 cara ...
Delete1. Boleh buat aduan dalam VSP
2. Boleh hubungi IPD yang berdekatan untuk hantar bantuan pihak polis dengan segera.
Setuju...mana boleh sesuka hati nak minta ic orang kan...so kita empunya IC ni kena alert...jangan sesekali bagi
ReplyDeleteIC ni da macam ibarat nyawa...
DeleteJelas 👍🏻
ReplyDeleteCuma kadang org yg minta IC tu pun tak tahu prosedur/undang², sekadar ikut arahan pihak atasan je. Jadi sama² kena celik undang².
Ya, kita juga kena ambil tahu hak kita.
DeleteItulah kadang kita ikutkan ajer pihak tersebut sampai kita terlupa kita pun ada hak juga utk tidak berikan kad pengenalan kita. Terima kasih untuk blog post ini buat kita aware kita sebenarnya tak salah kalau tak bagi kad pengenalan kita untuk disimpan.
ReplyDeletesama sama... In shaa Allah mana kebaikan yang boleh dikongsi...kita kongsi bersama
DeleteKena kenal pasti dulu tujuan dia nak simpan dan kita kena tahu juga hak kita sebagai id diri sendiri. Thank you infonya
ReplyDeleteYa betul tu, itu yang sepatut nya.
Deletegood tips...selalu nya kita tinggal kan lesen memandu la..kat post guard in case nak kena tinggalkan sgt kannn
ReplyDeleteYa itu yang sebaik nya berbanding kena serah kad pengenalan.
Deleteok now saya lebih faham! tapi rasanya kebykan tempat akan mintak lesen memandu if diaorg nak pegang
ReplyDeleteYa itu yang sepatut nya.
Delete"boleh minta IC, lesen encik"
ReplyDeletekalau yang nie minta, linda tak boleh bantah..kena bagi juga...kes kalau kena tahan kat tepi bila roadblock.. hahaha
Hahaha yg tu memang wajib huhuhu....
DeleteOo faham sudah. Risau betul nak bagi IC kat orang. Biasa guna lesen je. Ambil gambar IC pun orang boleh salah guna, inikan ambil IC.
ReplyDeleteBetul tu, jadi jaga kad pengenalan kita.
DeleteNah betuuul. Atau kalo di sana ada mesin fotocopy, bisa mereka hanya fotocopy id. Tapi jangan ditahan
ReplyDeleteSekarang macam macam orang boleh buat pada kad pengenalan kita. Tak kisah lahh berada di negara mana sekali pun.
Delete