Skip to main content

Van Bergerak Jual Barang, Kena Ada Permit Tak?

Pernah tak dengar bunyi van bergerak lalu depan rumah sambil kuat-kuat bunyi speaker?

"🎤 Tilam murah! Tilam hotel! Murah-murah je!"
"🎶 Gas! Gas! Siapa nak tukar gas?"

Benda ni dah jadi biasa kat kawasan perumahan, tapi sebenarnya ramai tak tahu, kegiatan jualan bergerak macam ni tetap tertakluk kepada undang-undang.


Perlu Permit atau Tak?

Jawapannya:
Ya, peniaga menggunakan van bergerak + speaker perlu dapatkan permit/lesen daripada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

Kenapa?

  1. Elak gangguan bunyi kepada penduduk, terutama di kawasan perumahan.
  2. Elak aktiviti jualan tanpa kawalan, termasuk kemungkinan menipu pengguna.
  3. Demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Kalau tak ada permit, mereka boleh dikenakan kompaun atau tindakan penguatkuasaan, bergantung kepada jenis kesalahan.


Sebagai anggota PKD, kami kadang-kadang terima aduan daripada orang awam tentang bunyi kuat dari van ni. Bukan tak boleh berniaga, tapi ikut saluran yang betul, jaga sensitiviti komuniti. Lagipun ada waktu tertentu dan tempat yang dibenarkan.


#VanBergerak
#JualTilamJualGas
#PermitPenting
#DiSebalikUniform

Kalau ada gangguan berulang dari van bergerak tanpa permit, korang boleh salurkan aduan terus ke PBT kawasan berdekatan. Kita bantu jaga keharmonian kawasan kita bersama.

Comments

  1. ok, maklum Tuan. tq berkongsi info

    ReplyDelete
  2. Tilam dan gas tu selalu sangat. Kalau mereka ikut saluran yang betul, baguslah. Tapi kalau sebaliknya memang tak patutlah. Boleh mengganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  3. van bergerak jual ikan sayur tentu ada permit kan

    ReplyDelete
  4. Patut kadang2 van ni laju je jalan kalau ternampak penguatkuasa. Mungkin tak ada permit untuk menjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau laju semacam je bila nampka penguatkuasa.. ada lah yang tak kena tu.

      Delete
  5. ooo perlu permit ya. Kalau orang meniaga pacak meja tepi-tepi jalan jualan sarapan atau makanan tengahari untuk bungkus je pun kena permit juga ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang itu, asalkan ada lesen penjaja dah ok

      Delete
  6. ooo kena ada permit... kat area rumah pakistan yang bawak van cari besi buruk takde permit kot... van pun macam nak roboh je. Tapi jual je lah barang lama sebab ada diorang ni memudahkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...