Baru-baru ni, kami di PKD menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999. Seorang suami dalam keadaan cemas maklumkan bahawa isteri dia sedang duduk di sebuah gerai makan dan telah memasukkan wang sebanyak lebih kurang RM40,000 ke dalam akaun individu tidak dikenali, dipercayai scammer.
Menurut suami pengadu, sebelum dia buat panggilan kecemasan, isteri dia sudah pun menggadaikan barang kemas dan terus buat pemindahan wang atas arahan seseorang melalui panggilan telefon yang mendakwa kononnya dari agensi penguatkuasa.
Isterinya langsung tidak mahu dengar nasihat suami, sebaliknya semakin tertekan dan mahu buat pindahan tambahan kononnya untuk “menyelesaikan kes” yang digembar-gemburkan oleh scammer.
🚔 Kami segera arahkan anggota ronda balai ke lokasi gerai makan tersebut.
Setibanya di sana, anggota bertemu dengan pengadu dan isterinya, lalu menenangkan keadaan dan memberi penerangan terperinci bahawa mereka sedang diperdaya oleh sindiket penipuan.
✅ Isteri akhirnya berjaya diyakinkan oleh anggota ronda balai untuk tidak meneruskan sebarang pindahan tambahan.
✅ Mereka turut diminta hadir ke balai untuk buat laporan polis rasmi bagi tujuan siasatan dan dokumentasi.
📌 Nasihat aku: Kalau dapat panggilan dari sesiapa sahaja yang minta anda buat bayaran segera atas alasan ada waran tangkap, kes mahkamah atau siasatan, jangan panik.
👉 Jangan dedahkan maklumat peribadi.
👉 Jangan buat pemindahan wang tanpa semakan sah.
👉 Terus hubungi balai polis atau PKD terdekat untuk pengesahan.
🛑 Wang RM40,000 sudah pun melayang. Tapi yang lebih penting, baki wang dan keselamatan keluarga berjaya diselamatkan.
Jangan tunggu diri sendiri atau orang tersayang terkena baru nak ambil tahu.
Jika rasa info ini penting, kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan. Mencegah itu lebih baik daripada menyesal kemudian hari.
Takut kena pukau je. Takkan semudah tu percaya cakap orang yang tak dikenali call. Cie pulak memang jenis tak angkat call nombor tak dikenali.
ReplyDeleteTaufik pun pelik juga... Mati mati percaya... Mungkin dia rasa takut sangat tu.
Deletewpun sgt byk kes tapi masih ramai lagi yg naive/gullible
ReplyDeleteEmosi kita kena pandai kawal... Masa terima panggilan macam tu... Kita jangan terus jawab soalan diam.. tapi ambil masa untuk bertenang
DeleteAllahu Akbar!
ReplyDeleteSyukurlah dapat dibantu untuk tidak meneruskan pindahan wang.
Saya pun pernah kena juga. Memang panik dan tak boleh berfikir apa-apa. Mujurlah cepat sedar.
Walaupun sudah rugi rm40K tapi syukur juga dapat bantu sebelum meneruskan transaksi.
DeleteBanyaknya, 40 ribu tu.
ReplyDeleteBetul tu, banyak ... Macam macam keperluan boleh guna
DeleteAllahu banyaknya 40k... Tapi sebenarnya kesan pada yg terkena tu bukan setakat rugi wang ringgit kan, pasti emosi pun akan terganggu :( mesti salahkan diri sendiri, terkenang² akan duit yg lesap tu... Nauzubillah.
ReplyDeleteBanyak kan...memang emosi pun teruk kena bantai dgn scammer.... Harap hubungan suami isteri tu dapat berdamai.
Deletemmg kesian betul kalau terkena scammer yg ribu2 cmni.. silap2 gangguan mental nanti
ReplyDeleteHarap dijauhkan lahhhh.... Semoga hubungan antara suami isteri dapat berbaik
DeleteMujur pengadu cepat sedar yang isteri kena scam, buat laporan dan polis menyakinkan isteri bahawa ia perbuatan scammer. Kalau suami pun sama-sama percaya lagilah banyak kerugian yang dialami. Dalam kita berhati-hati pun ada juga yang terkena.
ReplyDeleteYa, nasib baik pengadu terfikir nak telefon polis
DeleteBanyaknya sampai 40k. Takut kena pukau je. Semuga kita dijauhkan lah dari terjebak dengan scamer. Teruk betul lah. Penat-penat kerja cari wang depa suka-suki je scamer orang curi duit orang. Pi kerja lah cari duit sendiri baru tahu susah ke senang cari duit. hish tiber plak aku geram.
ReplyDeletedia ada soalan yang dapat kita nampak yang orang tu sama ada kena pukau atau tak....hanya unit tertentu je yang tahu....tapi memang banyak kerugian tu.. tanggung laaa scammer tu atas dosa yang dilakukan...ungkin bebas di dunia tapi di akhirat tidak.
DeleteAllahuakbar. Seram betul kalau scammer duit ni. Sekelip mata duit boleh melayang. Macam kena poukau je tu, senang-senang transfer duit. Syukur suaminya bertindak segera.
ReplyDeletekadang kadang dia sedar tapi tidak mahu berdepan realiti yang dia kena tipu.
DeleteAissssh, ikut prihatin , uangpun dah sempat melayang yaa 😞.. kalo case di sini yg sperti itu juga banyak bang. Dan rata2 kena pukau, macam terhipnotis. Saya sampai heran, memang bisa yaa hipnotis melalui telp? Tapi kenyataannya banyak yg kena :( . Jujur krn ini juga saya tak suka angkat telp dari nomor tak dikenal.
ReplyDeleteScammer ni pandai menggunakan kata-kata yang boleh membuat kita rasa macam takut dan risau. padahala bukan kita ada buat salah.
DeleteRasa macam kena sihir… percaya, bayar, lepas tu hilang
ReplyDelete