Pernah tak tengah malam korang nak tidur lepas penat seharian bekerja, tiba-tiba jiran sebelah pasang lagu macam konsert Dato' Siti? Atau bunyi enjin motor 'blender' pusing-pusing bawah flat?
Memang boleh naik darah kan? Tapi ramai yang tak tahu, bunyi bising waktu malam ni ada undang-undangnya, dan boleh kena tindakan.
⏰ Apa dikira “bising melampau waktu malam”?
Secara umum, gangguan bunyi dianggap melampau bila:
- Mengganggu ketenteraman awam
- Melebihi had bunyi dibenarkan
- Berlaku pada waktu malam (12 malam ke atas)
Antara contoh:
- ✅ Karaoke sampai 2 pagi
- ✅ Modifikasi motor yang sengaja kuat bunyi ekzos
- ✅ Bunyi enjin kenderaan dihidupkan lama sangat
- ✅ Main mercun/ bunga api tak kira masa
- ✅ Kenduri/khemah di kawasan perumahan yang guna pembesar suara terlalu kuat
⚖️ Apa tindakan yang boleh diambil?
Terdapat beberapa akta dan peraturan yang boleh dikenakan:
🛑 1. Akta Kesalahan Kecil 1955 (Seksyen 13)
Barangsiapa buat bising mengganggu ketenteraman boleh dikenakan:
Denda sehingga RM100.
Walaupun nampak rendah, ia masih kesalahan boleh direkodkan sebagai laporan polis.
🌃 2. Akta Kerajaan Tempatan 1976
Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh keluarkan notis kompaun jika sesuatu premis atau acara mengganggu kejiranan.
🚔 3. Laporan Polis
Kalau dah tegur tak jalan, boleh buat laporan polis. Nanti pihak polis akan hantar rondaan dan jika perlu, ambil tindakan susulan.
📞 Apa anda boleh buat kalau kena gangguan bunyi malam-malam?
- Rekod atau ambil video/suara sebagai bukti
- Cuba tegur secara berhemah dulu (kalau jiran, contohnya)
- Buat laporan kepada PBT (majlis perbandaran)
- Hubungi polis (jika gangguan berlarutan, atau bunyi terlalu ekstrem)
📱 Boleh juga hubungi MERS 999 untuk bantuan segera
💬 Realiti Di PKD
Ramai pengadu telefon IPD dan PKD untuk adukan hal ni.
Ada yang dah tak tahan sebab setiap malam gangguan, tak boleh tidur.
Biasanya kami akan arahkan ronda MPV atau balai ke lokasi untuk buat pemantauan.
Kadang-kadang sekadar kehadiran polis pun dah cukup untuk beri mesej jelas kepada mereka yang suka buat bising tu.
✍️ Nasihat Saya…
Hidup berjiran ni kena ada timbang rasa. Tak salah nak enjoy, nak hibur diri, tapi jangan sampai mengorbankan rehat orang lain.
Nak karaoke, tutup tingkap.
Nak main motor, jangan test rev malam.
Nak kenduri, ada had masa dan volume.
Kita semua ada hak untuk rehat, tidur dan hidup tenang dalam komuniti.
Bunyi bising ni nampak remeh, tapi boleh bawa tekanan, gangguan emosi dan konflik kejiranan.
Kalau sayang jiran, kawal bunyi. Kalau sayang diri, jangan cari pasal.
#GangguanBunyi
#PKDShareInfo
#PolisDanKomuniti
#TidurDenganTenang
Kalau tahu dulu lagi dah pi report tapi masa tu kita masih lagi boleh bersabar. Nasib baik jiran tu dah pindah tenang sikit taman kita orang. hehehe
ReplyDeletemungkin Allah nak kasi pahala yang besar buat akak
DeleteAlamak kalau macam kak SA ni...pepagi seawal 4am buat bising kelentung kelentang masak, agak2 salah x? hehehe...risau plak kalau jiran2 bising walau setakat ni belum ada yang bersuara
ReplyDelete1. Taufik pun tak pernah lagi terima aduan bising pasal orang sedang memasak.
Delete2. jika jiran-jiran saling memahami tiada masalah.
Alhamdulillah setakat ni tak ada lagi. Cuma main mercun tu je lah susah nak dikawal. Nak tegur kadang risau. Kang kita pula kena marah.
ReplyDeleteAlhamdulillah... tiada jiran bising tengah malam tu rezeki.
DeleteMercun ni kalau perayaan selepas jam 12 malam sudah boleh buat aduan jika mahu
Kalau sebelum pukul 12 kira bukan kesalahan ke? Sbb kadang dengar juga org dok rev motor Maghrib² 😇
ReplyDelete1. kalau buka bengkel dalam kawasan rumah memang kesalahan.
Delete2. kalau rem motor pula memang suatu kesalahan, boleh buat aduan. dan pihak PKD akan cuba hantar bantuan tapi hanya sekadar untuk tunjuk kehadiran bagi mereka beredar. untuk tujuan mengejar akan jadi risiko.
kalau yg bertukang tgh2 mlm & kira menggangu tak? hehe
ReplyDeletedi kira mengganggu.... tengok pada situasi juga... jika bertukang tu hanya untuk membaiki kerosakan sedikit tidak apa. tapi kalau sampai tahap ubahsuai tu melampau sangat
DeleteIni yg saya tulis sebelumnya. Terutama di kota kecil atau kampung, kadang warga sana banyak yg buat wedding di rumah. Dan bbrp suku memang kalo wedding party bisa 5-7 hari bang, tergantung kaya atau tidak.
ReplyDeleteDan biasanya mereka dah dapat izin dari yg berkuasa. Susah nak komplain. Itu yg saya tak suka. Mereka pasang lagi bisa benar2 mengganggu. 😞. Saya kalo dah begini, langsung kluar cari hotel. Stay hotel sampai tuh wedding selesai.
kalau di sini, walaupun dapat kebearan daripada pihak berkuasa. tetapi tertakluk kepada ketenteraman awam. sampai jam 12 malam sahaja. sebab boleh mengganggu jiran tetangga.
Deleteinfo yg sgt bagus ni!
ReplyDeleteterima kasih...sama sama kita kongsi maklumat
DeleteVolume tu boleh pelan-pelankan… jiran pun manusia ada telinga . Sama-sama duduk berjiran, jagalah ketenangan waktu malam. Hormati masa rehat orang lain
ReplyDelete