Assalamualaikum semua,
Hari ini aku nak kongsikan satu persoalan yang selalu ditanya oleh orang ramai, boleh ke Polis Bantuan dan Pengawal Keselamatan bawa pistol atau senjata api?
Jawapannya boleh, tetapi ada syarat-syarat yang sangat ketat dan bukan semua boleh suka-suka bawa senjata api ya.
🔹 Polis Bantuan
Polis Bantuan ialah anggota keselamatan yang dilantik di bawah Seksyen 47, Akta Polis 1967 untuk membantu tugas-tugas polis di premis syarikat tertentu seperti:
- Lapangan terbang
- Pelabuhan
- Loji penapisan minyak
- Kawasan kilang atau syarikat berkepentingan tinggi
Mereka boleh diberikan kebenaran untuk membawa senjata api seperti pistol atau pump gun bergantung kepada keperluan syarikat dan kelulusan PDRM.
👉 Mereka juga menerima latihan khusus daripada PDRM dan perlu lulus saringan serta latihan tembakan sebelum dibenarkan membawa senjata api.
🔸 Pengawal Keselamatan (Security Guard)
Untuk pengawal keselamatan pula, bukan semua boleh bawa pistol.
Cuma pengawal keselamatan bersenjata (armed guard) yang bertugas contohnya dalam penghantaran wang tunai (cash-in-transit) atau kawalan lokasi berisiko tinggi yang boleh diberikan lesen membawa senjata api.
Syaratnya:
✅ Mesti berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
✅ Bertugas di bawah syarikat kawalan keselamatan yang diberikan kelulusan membawa senjata
✅ Mesti jalani latihan & dapat lesen individu untuk senjata api
✅ Senjata tak boleh dibawa ke mana-mana sesuka hati, hanya semasa bertugas dan perlu dikawal rapi
🚫 Apa Yang Tak Boleh Dilakukan
- Senjata tak boleh dibawa balik rumah
- Tak boleh diguna untuk tujuan peribadi
- Tak boleh digayakan macam hero filem
Senjata api adalah tanggungjawab besar dan sangat berisiko. Jadi hanya mereka yang layak, terlatih dan diluluskan sahaja dibenarkan bawa.
Penutup
Kesimpulannya, boleh bawa pistol kalau ada keperluan & kelulusan khas. Tapi jangan ingat semua pengawal atau polis bantuan bebas bawa senjata ya.
Harap info ni dapat bantu jawab persoalan ramai yang mungkin keliru.
#PolisBantuan
#PengawalKeselamatan
#SenjataApi
#IlmuKeselamatan
#PolisMalaysia
#BlogPolisSantai
ok! thanks for the info sharing utk hari ini :)
ReplyDeletesama sama...semoga menjadi panduan buat semua.
DeleteOh terima kasih ya....tertanya-tanya jugak soalan ni. Saya ingatkan tak boleh ada senjata api. Ternyata boleh tapi dengan syarat yang ketat.
ReplyDeleteSama sama, in shaa Allah mana info yang boleh kita kongsi ... Kita kongsikan.
DeleteTq info 👍🏻
ReplyDeleteNak handle senjata api bukan mudah kan... Pernah bbrp kali baca kes anggota keselamatan tertembak anggota badan sendiri :(
Betul tu, kecuaian boleh berlaku bila bila.
Deletetq share. baru tau.
ReplyDeleteSama sama... Mantapppp .
DeleteSeram kadang lalu kat pengawal keselamatan yang ada senjata api. Jangan ada yang salah guna untuk bergaya macam hero filem sudahlah.
ReplyDeleteKalau dia fikir kerja dan tanggungjawab selamat laaaa
DeleteHusband yg guna time latihan dan operasi je pun seram
ReplyDeleteTgn kalau tak kuat susah ...
Deleteterima kasih atas perkongsian. dapat ilmu baru hari ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga terus berguna ilmu ini.
DeleteYg ini rasanya yg saya tak pernah lihat. tapi ntahlah kalau saya yg tak perasan. Dulu saat kerja di bank, saat balancing uang di mesin ATM, lalu isi dengan stok uang baru, biasanya ada petugas keamanan yg bawa senapan api. Tp seingat saya dia betul2 polisi, jadi bukan tenaga swasta. Krn saya pernah tanya waktu itu 😅. Agak beda dengan di sana berarti
ReplyDeleteKalau yang swasta... Mereka ada memakai lencana syarikat di lengan mereka.
DeleteKadang terasa seram bila lalu sebelah armed guard di bank atau kedai emas. Dok terbayang filem mereka berbalas tembakan dengan penjenayah.
ReplyDeleteHarap dijauh kan perkara yang tidak di ingini.
DeleteKalau lalu bank atau kedai emas yang ada jaga yang bawak senapang panjang tu rasa dup dap dup dap padahal dia buat kerja dia je dan kita bukannya buat kerja salah. hahahaha
ReplyDeletesama lah masa saya sebelum masuk polis....bila dah biasa pegang senjata baru tak hairan huhuhu
Delete