Skip to main content

Tips Bila Lalu Sekatan Jalan Raya (SJR)

Assalamualaikum semua! Hari ni aku nak kongsi sikit pengalaman dan tips penting untuk korang yang selalu melalui sekatan jalan raya (SJR).

Baru-baru ni aku ditugaskan untuk buat sekatan jalan raya. Masa tu jalan agak jem… dan dalam masa yang sama, aku perasan ramai pemandu kelam-kabut bila diminta tunjuk dokumen.

Jadi sebagai seorang yang berada di sebalik uniform, izinkan aku kongsi beberapa tips ringkas tapi berguna untuk korang semua:


1. Screenshot Lesen & Cukai Jalan dalam Apps MyJPJ

Sekarang ni ramai dah guna lesen digital dan cukai jalan digital dalam Apps MyJPJ. Tapi bila sampai SJR, baru terhegeh-hegeh nak buka app.

Kadang-kadang:

  • Internet slow
  • Apps loading lama
  • Lupa password

Tips aku:
➡️ Screenshot siap-siap lesen dan cukai jalan digital tu.
➡️ Simpan dalam galeri, jadi bila nak tunjuk, terus boleh buka je. Tak perlu login semula.


2. Kad Pengenalan Letak di Tempat Mudah Ambil

Ini pun antara perkara biasa yang aku nampak.

Bila diminta tunjuk IC, terus gelabah.
“Tadi letak mana eh IC ni?”
“Alamak... ada dalam beg ke, dompet ke...?”

Tips aku:
➡️ Sebelum sampai ke sekatan, pastikan kad pengenalan disimpan di tempat mudah capai, misalnya dalam poket kecil beg atau dompet yang senang dibuka.


3. Tenang dan Beri Kerjasama

Kami di SJR bukan nak cari salah semata. Sekadar buat pemeriksaan biasa, pastikan semua dokumen ada dan sah. Kalau dokumen lengkap dan kerjasama diberi, tak sampai 1 minit pun boleh jalan semula.


Jadi geng, harap tips ni boleh bantu kurangkan stres bila kena tahan di SJR.

Buat semua pemandu:
Lengkapkan dokumen, simpan siap-siap, dan jangan panik.
Kami di sebalik uniform cuma nak pastikan jalan raya selamat dan semua patuh undang-undang 😊


#TipsSekatanJalanRaya
#DiSebalikUniform
#MyJPJ
#PolisDanRakyatBerpisahTiada


Comments

  1. Haaa betul tu...kena screenshot siap2...senang tunjuk aje kat polis kalau tersekat di sekatan jalan raya

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips!! memang kena screenshot siap2 laa lesen dari apps tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama, takpe...benda yang baik kita kongsi

      Delete
  3. Internet slow dan password lupa tu memang masalah sangat. Senang kalau apps boleh scan face ID ke atau ada tools yang boleh scan QR pengguna ke. Okay baik, boleh screenshot siap-siap. Ingatkan tak boleh macam tu, kena log in juga. Rupanya boleh ye. Terima kasih share. Kita memang gelabah kalau tiba-tiba tak jumpa IC atau lesen. Ada je situ tapi dah gelabah terus tak nampak depan mata. Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah kerap Taufik tengok ada yang lupa password....nak kena tunggu email semua memang kena sidai kereta kat belakang... elok screenshot siap siap senang hihihihi

      Delete
  4. Aah Akk pun SS siap² lesen & roadtax pastu letak tanda favourite. Tapi masalahnya kadang terlebih gabra, hilang ingatan sekejap bila lalu SJR 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gabra tu memang tak boleh buat pe huhuhuhuhu

      Delete
  5. Terkenang zaman roadblock dulu masa pkp. Bila kena SJR je dup dap dup dap padahal semua dah standby pass pekerja malahan siap laminate lagi kad KKM besar gadang supaya nampak. hehehehe terkonang memori pkp jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. gementar tu memang tak boleh nak buat apa huhuhuhu

      Delete
  6. Takde lagi apps JPJ..hihihi..lesen hidup lagi...nanti lah kita buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau da renew lesen nanti boleh laaaa SS siap siap hihihi

      Delete
  7. alhamdulillah.. setakat ni xde isu lagi kalau lalu SJR.. mungkin muka ni nampak tenang sangat kot.. ^^

    ReplyDelete
  8. Haha kadang2 bukan jumpa anggota polis je panic, nak masuk jumpa doctor pun boleh panic jugak

    ReplyDelete
  9. Tak tenang bila polis tanya. Haha...gabra sebenarnya walaupun kita tak buat salah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... Kena banyak banyak tarik nafas ni...

      Delete
  10. Alhamdulillah saya berjaya follow blog tuan..https://madey09.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... Terima kasih... Akan singgah ke teratak cik nanti

      Delete
  11. Terima kasih tips tu.. ada pernah SS tapi lupa pulak simpan mana. Kalau road tax tu akk print siap² letak dalam dashboard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada print lagi mantap kak.... Terus tunjuk je hihihi.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...