Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2025

Bukit Aman tu HQ bagi PDRM ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat pembaca blog! Hari ini Taufik nak kupas dan berkongsi sikit tentang satu tempat yang selalu kita dengar bila sebut pasal polis — Bukit Aman . Soalannya mudah tapi sangat menarik: "Bukit Aman tu sebenarnya HQ (ibu pejabat) bagi PDRM ke?" Jawapannya, YA . Bukit Aman adalah Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terletak di Kuala Lumpur. Tapi bukan sekadar ibu pejabat biasa-biasa ya, Bukit Aman adalah nadi utama, pusat pentadbiran, dan tempat jatuh bangunnya segala perancangan keselamatan negara di bawah seliaan pasukan polis. Bukit Aman adalah nama yang sangat sinonim dengan PDRM. Ia merupakan lokasi utama pentadbiran polis Malaysia yang menempatkan pejabat tertinggi dalam hierarki PDRM , termasuk: Ketua Polis Negara (KPN) Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM Cawangan Khas, Siasatan Jenayah, Narkotik, Integriti, Jenayah Komersial dan lain-lain Bangunan Bukit Aman terletak berham...

Apa Itu Kawad Kaki dalam PDRM?

Hari ni Taufik nak kongsi sedikit berkenaan kawad kaki,  satu aktiviti yang sinonim dengan polis, askar, bomba dan mana-mana pasukan beruniform. Dalam PDRM sendiri, kawad kaki bukan sekadar berjalan ikut gaya atau formasi semata-mata , tapi ia adalah satu bentuk disiplin fizikal dan mental yang cukup penting. Mungkin ramai yang pernah tengok latihan kawad, tapi tak tahu maksud sebenar dan tujuan utama ia dijalankan dalam PDRM. Jadi, jom kita fahami dengan lebih terperinci! Kawad kaki ialah satu bentuk latihan pergerakan berdisiplin secara berkumpulan yang dikendalikan dengan arahan suara atau wisel oleh seorang ketua atau jurulatih. Ia melibatkan susunan barisan, langkah kaki yang sekata, pusingan arah, tabik hormat dan pergerakan tersusun lain yang dilakukan secara seragam. Dalam PDRM, kawad kaki diajar seawal hari pertama latihan asas polis. Ia akan terus dipraktikkan sepanjang perkhidmatan sama ada dalam latihan berkala, perbarisan rasmi , program induksi, ataupun majlis...

Kenapa Ambil Masa Lama Untuk Pasang Eksesori Pakaian Polis PDRM?

Soalan ni mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang awam, tapi kalau korang pernah tengok sendiri uniform lengkap anggota polis , korang mesti akan perasan betapa detail dan teraturnya semua aksesori yang dipasang. Sebenarnya bukan sebab anggota polis ni ‘lembap’ atau saja nak melengahkan masa, tapi memasang eksesori pakaian PDRM memerlukan ketelitian dan disiplin yang tinggi . Aku sendiri kalau nak siapkan uniform lengkap, paling cepat pun 20 ke 30 minit , kalau hari hujan atau rushing, memang terpaksa siapkan awal malam sebelumnya. Uniform PDRM bukan sekadar pakai dan siap. Setiap satu lencana, tag nama, pangkat dan nombor badan ada posisi tertentu yang perlu dipasang tepat, bukan boleh letak ikut suka hati. Kalau tersalah susun atau senget sedikit pun, boleh ditegur. Pakaian kami mencerminkan imej dan maruah pasukan. Kalau anggota sendiri tak jaga penampilan, macam mana orang nak hormat? Sebab tu sebelum keluar bertugas, kami pastikan setiap eksesori dalam keadaan kemas, se...

Kenapa Judi Online Masih Banyak Walaupun Dah Banyak Kena Tangkap?

Soalan ni memang sering ditanya bukan saja oleh orang awam, malah kadang-kadang kami sendiri dalam pasukan pun tertanya juga. Tapi jawapan dia lebih rumit daripada yang orang fikirkan. Pertama sekali, kita kena faham bahawa judi online bukan macam kedai judi biasa yang ada fizikal . Kalau kedai fizikal, senang nampak, serbu, sita dan tutup. Tapi judi online ni ibarat hantu maya. Dia bergerak dalam dunia internet , dan kebanyakan server dia bukan pun kat Malaysia . Majoriti website judi online yang beroperasi di Malaysia sebenarnya berpangkalan di negara luar seperti Filipina, Kemboja dan negara Eropah Timur. Jadi bila kita serbu atau tangkap individu yang kendalikan promosi kat sini, server utama dia masih jalan macam biasa. Pihak polis tak boleh sekat terus sebab perlu kerjasama antara negara, dan prosedur tu makan masa dan teknikal . Sindiket judi sekarang makin bijak. Mereka tak lagi guna laman web yang mudah dikesan. Mereka guna platform sosial seperti Facebook, TikTok, Tele...

Teka 3 Angka Belakang Duit RM1 & Menang Hadiah!

Hari ni Taufik nak buat contest santai-santai untuk semua sahabat blogger dan pembaca blog ni. Senang je,  teka 3 angka terakhir nombor siri duit RM1 yang Taufik pegang sekarang ni! 🎁 Hadiah? Taufik akan hadiahkan Komik Digital Ujang (versi PDF) kepada 10 orang pemenang yang teka paling hampir atau betul! 📌 Cara Nak Join: Tinggalkan tekaan 3 angka terakhir dalam ruangan komen entri ni. Boleh teka seberapa banyak yang korang nak  tiada had! Syarat mudah sahaja : Tolong share contest ni di mana-mana platform (Blog, Facebook, IG, WhatsApp, TikTok dll). 📅 Tarikh Tutup: Tarikh tutup sehingga hujung bulan. Pemenang akan diumumkan dalam awal bulan . Selamat mencuba semua! Mana tahu rezeki korang kan 😄 Yang penting, kita seronok-seronok je. Jangan lupa share ye! Petunjuk untuk teka teki : kita bagi petunjuk bonus yang terakhir                                      ...

Sindiket Perjudian: Kenapa Dah Serbu Tapi Muncul Balik?

Ramai yang mungkin pernah dengar atau alami sendiri situasi begini: “Tempat tu dulu pernah kena serbu dah. Tapi lepas beberapa bulan, tengok-tengok buka balik. Tak serik-serik ke?” Dan baru-baru ni, ada juga yang tanya Taufik secara terus: “Gengster judi ni kebal sangat ke? Siapa jaga diorang sampai berani buka balik?” Haaa… soalan ni memang agak berat,  Kenapa Sindiket Perjudian Boleh "Muncul Balik"? Jawapannya tak semudah satu ayat. Tapi Taufik cuba jelaskan dengan fakta lapangan , bukan dari andaian semata-mata. 1. Sindiket dah lama hidup, struktur kuat dan licik Sindiket perjudian ni sebenarnya dah lama bertapak , bukan baru setahun dua. Mereka ada struktur tersusun , dari bahagian operasi, pemasaran, pengawal keselamatan, runner (penghantar wang), hinggalah ke ‘tauke’ yang memang jarang nampak muka. Ada juga yang guna teknik "proxy" atau "dummy owner"  iaitu nama pemilik dalam lesen adalah orang biasa, tapi dalang sebenar duduk belakang ta...

J*nayah Sunyi dalam Dunia Maya

Pagi tadi lepas selesai semua tugasan rumah dan rehat sekejap, Taufik kebetulan buka televisyen untuk tengok siaran Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 . Rancangan tu memang antara rancangan yang bagus sebab banyak mengupas isu-isu semasa, kesedaran masyarakat dan juga memberikan info yang sangat berguna kepada penonton. Tapi kali ini, ada satu topik yang betul-betul menarik perhatian  iaitu “Jenayah Sunyi dalam Dunia Maya” . Waktu mula dengar tajuk tu, Taufik tertanya-tanya apa maksud sebenar “jenayah sunyi” tu? Tapi bila rancangan dah mula dan tetamu undangan mula berkongsi, barulah Taufik faham dengan lebih mendalam . Apa Itu Jenayah Sunyi? Mengikut penceritaan dalam rancangan tersebut, jenayah sunyi dalam dunia maya merujuk kepada bentuk jenayah siber yang berlaku secara senyap , tanpa disedari oleh orang sekeliling dan kebiasaannya tidak mendapat perhatian ramai berbanding jenayah fizikal. Jenayah ini sering terjadi di platform seperti media sosial, aplikasi chat dan permaina...

Pagi yang Damai dan Cendol Penutup Perjalanan

Part 2 sambungan semalamnya Keesokan harinya selepas majlis aqiqah dan sesi berjalan-jalan yang agak padat semalam, Taufik bangun seawal jam 6 pagi . Memang dah terbiasa bangun awal setiap hari, tambahan pula badan terasa lebih segar bila bangun awal pagi. Malah ada masanya, sebelum jam 4 pagi pun Taufik dah terjaga sendiri tanpa perlu alarm. Lepas bangun, Taufik dan isteri menunaikan solat Subuh bersama-sama . Tenang sungguh rasa hati bila dapat bersolat dalam suasana pagi yang damai, bunyi unggas pun masih kedengaran di luar rumah. Usai solat, isteri Taufik terus turun ke dapur untuk tolong memasak bersama adik-beradik ipar yang lain. Kebiasaan dalam keluarga besar ni, pagi-pagi memang meriah di dapur. Taufik pula ambil kesempatan duduk berbual santai dengan bapa mertua , berbincang hal-hal semasa, politik pun ada sikit, dan tak lupa juga berkongsi kisah lawak tentang kehidupan sebagai anggota polis. Sementara itu, abang ipar Taufik dah keluar awal pagi lagi , katanya nak cari nasi...

Aqiqah, Perjalanan dan Keluarga di Negeri Sembilan

  Jumaat lepas, aku dan isteri telah merancang satu perjalanan istimewa  iaitu ke Nilai, Negeri Sembilan , bagi menghadiri majlis aqiqah anak saudara sebelah isteri . Perjalanan ini bukan sekadar untuk menghadiri kenduri semata-mata, tetapi juga menjadi salah satu cara kami nak eratkan hubungan kekeluargaan yang dah lama tak bersua muka. Bila masing-masing sibuk dengan urusan kerja, masa untuk berkumpul tu memang sangat terhad. Kami bertolak dari Johor sekitar jam 10.30 pagi . Cuaca ketika itu elok, tidak terlalu panas, malah angin pun nyaman. Jalan pun mulanya tenang, tak banyak kenderaan. Tapi bila sampai kawasan sebelum Hentian Senawang , trafik mula perlahan. Memang agak sesak, biasalah cuti hujung minggu ramai yang keluar berjalan. Nasib baik destinasi kami cuma sampai simpang Labu / Seremban , kalau terus lagi, pasti akan terperangkap lebih lama dalam kesesakan. Sebelum tiba di rumah abang ipar, isteri sempat beritahu nak singgah ke Cendol Sagu Rumbia , katanya dah lam...

Cuti, Majlis Aqiqah & Update Terkini

Assalamualaikum dan hai semua! Hari ni baru sempat nak update blog. Beberapa hari ni memang agak sibuk dengan urusan cuti dan majlis aqiqah anak saudara yang baru lahir. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan penuh dengan suasana kekeluargaan yang hangat. Majlis aqiqah diadakan secara sederhana tapi meriah. Kambing aqiqah disembelih awal pagi, dan sebahagian daging dimasak untuk jamuan bersama keluarga dan tetamu. Menu utama hari tu nasi putih, kambing masak kari, daging masak lemak kuning, ayam goreng dan pencuci mulut tradisional. Memang membuka selera! Suasana majlis pula penuh dengan senyuman dan doa. Bacaan marhaban dan selawat turut memeriahkan lagi acara. Yang paling mengharukan, bila tengok anak saudara saya yang masih kecil tu jadi tumpuan semua orang, tenang je dia, macam faham majlis tu untuk dia 😊 Cuti kali ni saya ambil peluang juga untuk berehat sekejap dari rutin harian. Kadang-kadang kita perlukan masa untuk recharge semula tenaga dan luangkan masa dengan oran...

T*hanan VVIP ni Polis Kena Awasi Rumah 24 Jam ke?

Topik kali ni agak menarik untuk Taufik kongsikan bersama pembaca blog, sebab baru-baru ni ada sahabat pembaca yang bertanya satu soalan yang agak panas juga: "Kalau seseorang yang berpangkat VVIP ditahan atau menjalani tahanan di rumah, adakah pihak polis akan mengawasi rumah dia sepanjang masa, 24 jam?" Soalan ni sebenarnya logik dan memang patut ditanya. Dalam suasana semasa di mana rakyat semakin cakna tentang sistem keadilan dan integriti pasukan penguatkuasa undang-undang, soalan seperti ini bukan sahaja memberi ruang untuk pemahaman, tetapi juga satu peluang untuk kita berkongsi bagaimana sistem berfungsi  khususnya dalam konteks tahanan rumah untuk individu yang berprofil tinggi . Apa Itu Tahanan Rumah? Tahanan rumah atau house arrest merupakan satu bentuk alternatif kepada penahanan dalam lokap atau penjara. Ia biasanya diberikan kepada individu yang: Ada masalah kesihatan yang serius, Mempunyai usia lanjut, Atau berada dalam situasi tertentu yang dibenarkan...

Bila Dah Terjebak Drama Cina di TikTok… Payah Nak Berhenti! 😅

Petang tadi lepas siap urusan kerja, Taufik ambil masa untuk lepak santai kat rumah. Duduk dalam bilik, buka kipas angin, capai telefon dan mula scroll TikTok. Konon nak rehat sekejap je, hilangkan penat dan isi masa sebelum keluar jemput isteri balik kerja. Tapi… tahu-tahu, dah sejam lebih habiskan masa layan drama Cina bersiri dalam FYP TikTok ! Hahahaha... Korang pernah tak terkena macam ni? Mula-mula nampak satu klip pendek je. Dalam 1 minit, tunjuk babak watak utama lelaki, seorang CEO kaya, selamatkan heroin dari bahaya. Heroin jatuh dalam pelukan dia, muzik latar pun dramatik gila. Masa tu hati terus rasa, “Eh, menarik juga jalan cerita dia ni.” Lepas tu, automatik tangan scroll ke bawah cari sambungan part seterusnya . Tapi biasalah, tak jumpa sambungan pun! 😅 Babak seterusnya entah part ke berapa, terus melompat ke part 38. Kita yang baru tengok part 1 ni jadi tak tentu arah. Cari punya cari dalam akaun TikTok tu pun tak jumpa. Mulalah rasa geram dan… terus ‘terjebak’ lebih...

Hari Ketiga dan Hari Terakhir Program Induksi Koperal Time Base

Hari ini merupakan hari ketiga dan juga hari terakhir untuk Program Induksi Pegawai Rendah Polis berpangkat Koperal Time Base. Sebagai seseorang yang baru dinaikkan pangkat hujung tahun lepas, aku memang sangat bersemangat untuk menghabiskan program ini dengan sebaik mungkin. Seawal jam 4.00 pagi, aku sudah pun bangun seperti dua hari sebelumnya. Seperti biasa, perkara pertama yang aku buat adalah menyiapkan aksesori lengkap untuk pakaian uniform kerja. Aksesori ni memang ambil masa sebab perlu dipasang dengan kemas dan betul pada uniform. Dah jadi kebiasaan aku sendiri yang pasang semua, jadi dah terbiasa dengan susunan dan tempatnya. Selesai memasang aksesori, aku terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Aku mengenakan pakaian berkolar, seluar tracksuit dan kasut sukan. Sementara itu, uniform kerja, tuala dan kasut kerja aku bungkus dalam plastik untuk dibawa bersama. Sama macam hari sebelumnya, aku memang dah set dalam kepala tak nak balik rumah selepas slot pagi sebab jadual m...

Bila Nama Blog Sendiri Tersenarai Tapi Lupa Sendiri Punya Link! 😂

Pagi ni lepas balik dari tempat kerja, Taufik ambil masa untuk duduk santai kejap dalam bilik, jadi Taufik pun capai laptop sambil baring malas-malas atas tilam. Aktiviti wajib pagi bila ada masa lapang iaitu  singgah blog kawan-kawan blogger yang Taufik selalu baca. Selain nak sokong mereka, memang Taufik suka baca pengalaman hidup orang lain. Setiap entri kadang ada ilmu, kadang kelakar, kadang buat kita terinspirasi. Itulah keindahan dunia blog sebenarnya. Tiba-tiba mata tertancap pada satu entri baru dalam blog Kak AMIE's Little Kitchen  yang merupakan salah seorang blogger yang sangat aktif dan selalu update resepi serta kisah hidup harian. Dalam entri tu Kak AMIE ada kongsikan link ke entri Blogger ETUZA yang bertajuk “Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025”. Taufik pun macam, “Eh, entri ni macam familiar... rasa macam pernah baca dah!” Jadi dengan penuh yakin, Taufik klik masuk ke entri tu. Betullah, memang pernah singgah dan siap tinggalkan komen ucapan t...

Template Masih Dalam Ujikaji! 😅

 Hai semua! 👋 Pertama sekali, terima kasih sebab sudi singgah dan baca blog aku ni. Aku tahu… mungkin ada yang pening kepala sikit bila tengok template blog aku sekarang ni. Warna kejap lain, susun atur kejap beralih, kadang-kadang font pun berubah-ubah. Haha! 😅 Jujurnya, blog ni masih dalam fasa ujikaji, aku tengah cuba-cuba cari template yang paling sesuai, bukan saja untuk nampak kemas dan mesra pembaca, tapi juga yang mesra Google AdSense . Yelah, nak mohon AdSense ni ada banyak kriteria nak kena jaga, termasuklah reka bentuk blog. Jadi sekarang ni aku tengah uji beberapa layout dan ciri-ciri tertentu untuk pastikan semuanya ‘on point’ sebelum hantar permohonan. Kalau korang ada cadangan atau pernah ada pengalaman dengan AdSense, jangan segan-segan nak kongsikan kat ruang komen ya! Mana tahu, perkongsian korang boleh bantu aku dan blogger lain juga. 😊 Sekali lagi minta maaf kalau mata korang ‘tersesat’ sikit bila scroll kat blog ni. Harapnya tak lama lagi aku dapat settl...

Hadiah Top Commentator Dari Blogger Jurnal Shikin Razali & Rezeki Yang Kena Pada Waktunya!

Semalam merupakan hari cuti atau istilah glamournya, offday buat Taufik. Tapi walaupun hari cuti, bukan bermakna boleh goyang kaki je. Kebetulan pula semalam ada job Data Entry yang Taufik terima, jadi memang dari jam 10 pagi lagi Taufik dah bersiap siaga menghadap komputer dalam mini studio yang ada di rumah. Fokus betul semalam sebab kerja ni nak kena submit cepat dan customer nak siap sebelum malam, jadi memang dari lepas Subuh tu terus buka komputer dan mulakan kerja. Duduk berjam-jam dalam studio tu, langsung tak keluar tengok depan rumah. Kadang-kadang cuaca pun tak tahu cerah ke hujan. Tengah khusyuk siapkan kerja, tak sedar masa berlalu... tau-tau dah jam 5 petang . Terus siap-siap nak jemput isteri balik dari tempat kerja. Bila keluar rumah, baru laaa perasan ada bungkusan pos dekat atas bonet kereta . Tengok punya tengok, ehhhhh… nama atas bungkusan tu Taufik sendiri ! Terus tersenyum lebar. Dalam kepala ni, terus teringat hadiah yang blogger Jurnal Shikin Razali umumk...

Hari Kedua Program Induksi Koperal Time Base

Hari kedua program induksi untuk Pegawai Rendah Polis berpangkat Koperal Time Base bermula dengan suasana yang berbeza dari hari biasa. Taufik bangun lebih awal daripada kebiasaan, tepat jam 4 pagi. Perkara pertama yang dilakukan adalah memasang eksesori pada pakaian uniform kerja. Disebabkan pakaian itu baru dibasuh malam tadi, Taufik mengambil masa hampir 20 minit untuk memasangnya. Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali ada program formal atau tugasan khas, Taufik akan pasang sendiri semua aksesori uniform  sebabnya cerewet sikit bab eksesori ni hahaha Selesai memasang eksesori, dia terus mandi dan mengenakan pakaian berkolar serta seluar tracksuit dan kasut sukan. Uniform kerja, tuala mandi dan kasut kerja pula dibungkus kemas dalam plastik. Alasannya mudah, malas nak balik ke rumah semata-mata untuk tukar pakaian nanti. Tepat jam 5 pagi, Taufik menjenguk keluar tingkap. Cuaca nampak mendung dan angin bertiup agak kuat. "Mesti hujan kejap lagi ni," bisik hati kecilnya. Tak ...

Induksi Koperal Langkah Pertama Jadi Penyelia

Beberapa hari lepas, Taufik berpeluang terlibat dalam satu program penting dalam kerjaya sebagai anggota polis  Program Induksi Pegawai Rendah Polis Time-Based (PRP-TB) untuk pangkat Koperal . Sebenarnya, Taufik baru sahaja dinaikkan pangkat Koperal pada hujung tahun lepas , jadi secara automatik nama tersenarai untuk menyertai program ni. Program ini diwajibkan kepada semua anggota yang dinaikkan ke  pangkat Koperal Time Base sebagai persediaan awal menjalankan tanggungjawab sebagai penyelia kepada anggota bawahan. Pendaftaran bermula seawal jam 7.15 pagi , dan program ini menghimpunkan seramai 104 orang peserta  dalam daerah. Suasana memang meriah dan penuh semangat yelah, masing-masing hadir dengan harapan dan tanggungjawab baru. Rata-rata peserta adalah mereka yang naik pangkat macam Taufik, dan ada juga yang berpengalaman lama, jadi banyak perkara yang boleh dikongsi. Tepat jam 8.00 pagi , program bermula dengan slot pertama mengenai Kuasa-Kuasa Polis . Walaup...

(Rumah Pelacuran) Perlu Laporan Baru Polis Serbu?

Soalan ni agak sensitif, tapi penting untuk masyarakat tahu,  kalau ada rumah pelacuran di kawasan kita, adakah polis hanya akan bertindak jika ada laporan orang awam sahaja? Atau boleh ke polis terus serbu tanpa tunggu aduan? Jawapan pendeknya: Ya dan Tidak. Macam pelik kan? Tapi biar Taufik terangkan dalam konteks sebenar dari pengalaman kerja di lapangan. Pertama sekali, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya menyerbu mana-mana premis hanya berdasarkan syak wasangka atau cakap-cakap orang. Ada peraturan dan prosedur ketat yang perlu diikuti. Untuk buat serbuan rumah pelacuran contohnya, pegawai polis perlukan: Siasatan awal (melalui maklumat risikan, intipan dan pengumpulan bukti) Laporan awam atau maklumat yang boleh dipercayai Perintah mahkamah (warrant) jika perlu Atau tindakan serta-merta jika berlaku jenayah secara terbuka Jadi kalau kita sebagai orang awam hanya sekadar dengar “rumah ni macam ada aktiviti mencurigakan je,” tapi tiada bukti kukuh, piha...