Ramai yang tak tahu, sebenarnya berkumpul ramai-ramai di tempat awam walaupun hanya untuk potluck atau makan-makan boleh dikira sebagai perhimpunan awam, bergantung pada skop dan keadaan.
❓Perlu ke mohon permit?
Jawapan ringkas:
✅ Kalau kecil dan tidak mengganggu ketenteraman awam biasanya tak perlu.
❗ Kalau melibatkan ramai orang, guna ruang awam terhad, atau ada program tertentu perlu dapatkan kebenaran.
Contohnya:
- Jumlah peserta lebih 20 orang
- Lokasi seperti taman KLCC, taman tasik, atau kawasan pelancongan
- Ada pengisian program, PA sistem, banner dan sebagainya
Siapa perlu dimaklumkan?
👉 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL, MBPJ, Majlis Daerah
👉 Jika perlu, maklumkan juga kepada pihak polis
Langkah ini penting untuk elak sebarang gangguan atau tindakan penguatkuasaan.
#DiSebalikUniform
Kadang-kadang, pihak berkuasa bukan nak menyusahkan tapi mengikut prosedur keselamatan awam. Bila sesuatu perhimpunan tidak dimaklumkan, ia boleh dianggap berisiko walaupun tujuannya hanya santai.
Kalau nak buat potluck atau aktiviti santai:
- ✔️ Buat dalam kumpulan kecil
- ✔️ Pilih lokasi yang terbuka dan tak ganggu pengunjung lain
- ✔️ Paling baik minta kebenaran ringkas dari PBT atau pejabat taman
#PotluckPunAdaEtika
#DiSebalikUniform
#TipsUrusPerhimpunanAwam
Tak salah kalau nak pasang khemah kenduri pun kena ada permit majlis kan? Kalau pasang atas jalan awam
ReplyDeleteya kena ada permit...sebab banyak isu berlaku orang tak puas hati zaman sekarang ni
Deleteooooo terima kasih infonya. Kena ada permit rupanya ingatkan hanya jumpa dan makan2 tak jadi hal lah. Kita orang trauma sebab sampai 2 kali kena halau. Laa ni cari homestay buat percutian 2 hari 1 malam hah melantak sambil bersembang le sampai puas.
ReplyDeletesama sama kak.....zaman sekarang memang sukar nak jadi macam dulu...nanti ada je yang tak puas hati
Deleteintipatinya--jgn sampai mengganggu ketenteraman awam dan apa2 aktiviti di kawasan awam/public, seharusnya mintak kebenaran PBT!
ReplyDeletebetul asalkan tidak ganggu kawasan awam.....
DeleteOo kalau di taman² awam pun perlu permit juga ye. Kalau berkelah dalam kumpulan kecil kurang 20 orang kira bolehlah. Baik, faham. Terima kasih.
ReplyDeleteSama sama kak.... Sebab zaman sekarang semua viral di tangan....ada je yang tak puas hati.
DeleteAlamakkkk.... kadang kami adik beradik piknik kat taman ramai²... nak kena lebih behaved lah camni... karang ada yang report huhu
ReplyDeleteIkut situasi jugak kak.... Kalau masa tu tengah panas dgn isu perhimpunan haram memang kena berjaga jaga
Delete