Zaman sekarang, ramai orang suka bela haiwan peliharaan, kucing, anjing, arnab, ayam serama… macam-macam. Ada yang anggap haiwan ni macam anak sendiri. Tapi sedihnya, ramai juga yang suka bela, tapi tak jaga betul-betul.
Mungkin niat asal nak bela sebab suka atau ikut trend, tapi bila tak mampu beri komitmen, haiwan tu jadi mangsa.
❗ Isu-isu Yang Kerap Berlaku
-
Haiwan dilepaskan berkeliaran tanpa kawalan
– Kucing beranak dalam longkang
– Anjing berkeliaran sampai ke jalan utama, bahayakan pengguna jalan -
Tidak bersihkan najis haiwan
– Jiran-jiran terpaksa hidu bau hancing & busuk setiap hari -
Haiwan kurus, cedera atau sakit
– Tak cukup makan atau tak dibawa ke vet bila perlu -
Bunyi bising
– Anjing menyalak tak henti waktu malam, ganggu jiran satu blok
⚖️ Ada Akta Yang Lindungi Haiwan
Ramai tak tahu, kalau abaikan atau zalimi haiwan, boleh kena tindakan bawah undang-undang.
📜 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772):
Sesiapa yang menyiksa, mengabaikan atau gagal beri penjagaan sepatutnya kepada haiwan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.
👮 Dari Sudut Polis dan Aduan Awam
Kadang-kadang kami di PKD terima aduan seperti:
- “Ada anjing jiran masuk halaman rumah saya, anak saya takut nak keluar rumah.”
- “Ada rumah bela kucing banyak, najis dan bau sangat kuat.”
- “Waktu malam bising, anjing menyalak macam ada orang pecah masuk.”
Aduan sebegini biasanya kami rujuk ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Tapi jika melibatkan gangguan keselamatan atau pergaduhan antara jiran, barulah boleh masuk ke dalam laporan polis.
📝 Apa Tuan Haiwan Patut Buat?
- Jangan lepas haiwan berkeliaran tanpa pengawasan
- Pastikan vaksinasi & rawatan lengkap
- Urus najis haiwan setiap hari
- Pastikan haiwan tidak ganggu ketenteraman jiran
- Kalau tak mampu jaga, cari tuan baru atau pusat jagaan haiwan
💬 Kisah Benar
Pernah satu kes, jiran bela lebih 10 ekor kucing dalam rumah taman.
Tak buat kandang, tak bersihkan najis, dan rumah mula penuh lalat serta bau.
Jiran lain mula sakit kepala, malah anak-anak tak berani main di luar rumah.
Akhirnya, terpaksa lapor kepada pihak berkuasa tempatan dan haiwan tersebut diambil untuk rawatan & siasatan kebajikan.
✨ Pesanan Ikhlas
Haiwan bukan hiasan atau mainan.
Mereka hidup, ada rasa, ada hak.
Kalau kita tak mampu beri perhatian, lebih baik jangan bela langsung.
Nak bela haiwan? Silakan. Tapi jangan jadi tuan yang lalai dan menyusahkan orang lain.
Jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab, penyayang dan bijak.
#BelaHaiwanBertanggungjawab
#PKDShareInfo
#JiranTersiksa
#PolisDanKomuniti
Kak SA x pernah terniat nak bela kucing..tp kucing jiran menyerahkan diri mintak dijaga oleh SA...hahahahah....sampai dia dah x nak balik rumah tuan dia dah...dah jadi permanent residence kat rumah tu...makan minum dia memang SA la keluar kos...demand plak nak makan Whiskas dan ikan goreng aje..siapa2 yang ada haiwan peliharaan memang kena amik tau kebajikan haiwan tersebut
ReplyDeleteTakpe ... Asalkan kita jaga dengan baik. Rezeki tu
Deletebetul tu nak bela haiwan takpe aslkan jgn terbiar je
ReplyDeleteYa, betul tu.
DeleteKadang di tegur eh marah kita balik pulaknya padahal ko bela kucing tak jaga betul2 dah berak sana sini sampaikan terpijak. Aduhaiiiii pokok tanaman pun mati bila kena taik dia dan air kencing kucing sebab panas.
ReplyDeletetu takde common sense tu....fikir diri sendiri je
DeleteBab ni memang kena tuan rumah kena bertanggungjawab siapkan semuanya sebelum decide nak bela. Bukan senang sebenarnya. Tu pasal tak bela haiwan kecuali ikan....
ReplyDeleteya...tanggungjawab besar bila nak bela haiwan
DeleteGeram je jenis tak pandai jaga haiwan. Dilepaskan, bukan kucing liar sebab ada rantai. Lepas tu berak depan rumah kita. Penat nak bersihkan. dengan bau lagi. Kadang jiran sebelah bersihkan sebab dia pun terbau, selalu lepak depan rumah. Jiran yang bela kucing tak tahu rumah mana. Sabar je lah yang mampu.
ReplyDeletekalau dia ada minta maaf sejuk sikit kan....ini buat lantak je
DeleteNak beli pets sekarang ni makan modal! Plus kena ada rasa sayang binatang. Sbb jaga haiwan pun perlu komitmen. PH pun kadang rasa nak give up tapi kesian bila Ada yg datang tumpang makan, tumpang tidur. Kita layan je la semampunya.
ReplyDelete#bela bukan beli (typo)
Deletebetul...bela haiwan ni modal lagi kasar dari anak sendiri.
DeleteRumah saya tak ada kucing. Tapi najis kucing ada je, kucing jiran. Pernah siling bilik air jatuh, kucing jiran gaduh atas bumbung. Ada ambil gambar, kucing jiran dalam bilik air saya. Ada cakap pada jiran. Dia kata, kucing mana ada akal. Senang cakap.
ReplyDeletekalau dah Tuan nya pun sama takde akal macam mana tu...
Deletebila saya baca tulisan ni, teringat pula pasal isu asnaf anak ramai.. tapi anak2 tak terjaga... hehhe...
ReplyDeletekadang kadang kesian kan...tapi jawapan orang tu boleh bagi "dah rezeki nak buat amcam mana"
Deletetapi kalau tak dikawal macam mana tu
memang ada yg bela kucing tp bg bebas berkeliaran dan berak merata2 kat rumah jiran plakk
ReplyDeleterisau sebenarnya nak bela haiwan ni....tapi kalau ada sesetengah orang dia tak bagi bebas keluar
DeleteDekat taman saya ni dah banyak anjing liar.. Anak nak keluar mengaji malam-malam pun takut. Dah dua kali saya ajukan aduan pada PBT, macam tak ambil tindakan je.
ReplyDeletekena buat aduan banyak kali....telefon banyak kali biar dia rimas...baru buat kerja
DeleteKdg2 tu bagi makan dekat dekat kucing yang gelandangan.. Tapi, tulah.. Makan dekat rumah orang lain, membuang dekat rumah orang lain.. Tu yg jadi geram..
ReplyDeleteberat juga tu.....
DeleteItu sebab akak tak rajin bela haiwan peliharaan. Kadang ada je kucing jalanan mengiau depan rumah tapi buat tak tau... nanti rumah kita pulak dia kerap datang.. taknak bau².
ReplyDeletetanggungjawab besar kak bila nak bela haiwan ni
DeleteHaiwan pun makhluk bernyawa. Nak bela biar jaga, bukan sekadar letak dalam sangkar dan lupa
ReplyDeleteMenyusahkan bila tak jaga dgn baik dan nak menjaga lebih dari kemampuan.. walau niat hati baik tapi tak kena cara.. gitu lah 😅
ReplyDelete