Setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, mesti kita dengar "BOOM! DUMM! POP!" dari jauh. Tak lain tak bukan, mercun dan bunga api lah tu.
Memang betul, mercun ni salah satu ‘hiburan tradisi’ bila sambut raya, tahun baru Cina, Deepavali, dan sebagainya. Tapi ramai tak tahu, bukan semua mercun dan bunga api dibenarkan, dan bukan semua boleh dinyalakan sesuka hati.
⚠️ Apa Yang Dibenarkan & Apa Yang Dilarang?
✅ Dibenarkan:
- Bunga api ringan (contoh: Pop-pop, sparklers, Happy Boom kecil)
- Tapi masih tertakluk kepada garis panduan & lokasi selamat
❌ Tidak dibenarkan (kecuali dengan permit khas):
- Mercun bola
- Mercun roket
- Mercun Thunder Clap
- Mercun buatan sendiri
- Bunga api berskala besar (komersial)
Semua ini perlukan permit daripada pihak berkuasa!
📜 Undang-undang Berkaitan
Tahu tak?
Di bawah Seksyen 4(2), Akta Bahan Letupan 1957, individu yang memiliki atau menyalakan bahan letupan (mercun) tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
😢 Akibat Yang Pernah Berlaku
- Jari putus sebab mercun bola
- Rumah terbakar sebab bunga api jatuh ke bumbung
- Kanak-kanak trauma sebab letupan dekat sangat
- Haiwan peliharaan lari tak tentu arah
- Warga emas terkejut dan jatuh
Ini bukan sekadar menakut-nakutkan, semua ini pernah berlaku dan masuk berita.
👮♂️ Dari Sisi Polis
Biasanya bila musim perayaan tiba, kami akan:
- Buat rondaan di kawasan taman dan kampung
- Terima banyak aduan dari penduduk: “Budak main mercun kuat sangat malam-malam”
- Tindakan sita dan tahan jika tangkap individu dengan mercun larangan
- Buat kes jenayah jika mercun tersebut bawa risiko besar kepada nyawa atau harta benda
🤝 Apa Anda Boleh Buat?
- Pantau anak-anak, jangan biar mereka beli dan main sendiri
- Tegur dengan baik jiran atau anak jiran yang main mercun
- Laporkan kepada polis jika ada aktiviti mercun berbahaya di kawasan anda
🧠 Fikir Sekejap…
"Main mercun ni seronok 5 saat. Tapi kalau jadi apa-apa, menangis 5 tahun tak selesai."
Sambut perayaan boleh. Nak gembira pun boleh. Tapi jangan sampai membahayakan diri sendiri, keluarga, jiran dan komuniti.
Kalau nak main bunga api, pastikan:
✔️ Dibenarkan undang-undang
✔️ Kawasan terbuka dan selamat
✔️ Dengan pengawasan
✔️ Ada permit (jika berskala besar)
#MercunBahaya
#BungaApiAdaUndangUndang
#PKDShareInfo
#PolisDanKomuniti
kalau meletop letop tu kak ana memang takut dan tak bagi pun anak-anak main huhu :) takad bunga api percik2 batang kertas tu sahaja kalau musim raya :)
ReplyDeleteya kak...sebab bila terjadi apa apa kita yang kena
Deleteyg penting kesedaran di kalangan masyarakat berkenaan larangan dan undg2 yg ada
ReplyDeletebetul tu....nak sambut boleh tapi kena berwaspada laaaaa
DeleteDulu akak main mercun katak. Balik kat adik beradik hah apa lagi melompat-lompat depa mengelakkan mecun katak tu yang sedang melompat ke sana sini. Sekarang tak jumpa lagi. Dolu2 main bunga api cap kucing. Bengkok besi letak kat pokok bunga. Wah rasa meriah sungguh. Sekarang mercun macam-macam.
ReplyDeletemercun sekarang banyak yang bahaya....kita tengok bangsa lain main tak macam orang kita kadang kadang...rileks je
DeleteWalaupun dah diberikan peringatan, tapi tetaplah mereka nak main mercun depan rumah. Budak-budak pula tu. Perayaan lain okay lagi sebab sekejap je dalam sehari dua hari gitu. Tapi kalau perayaan kita dari mula bulan puasa sampailah raya. Masa terawih tu terganggu dibuatnya. Terkejut² kita. Pernah sekali, awal subuh tu dia boleh main mercun juga. Ish ish ish...
ReplyDeletemengacau orang sebenar nya nak rehat...sebab masih tak terluka lagi...kalau dah kena baru ada akal
Deletemain mercun membahayakan diri elok jangan dibuat
ReplyDeleteya betul tu, setuju
DeleteMusim perayaan banyak yang jual mercun secara terbuka. Kalau pembeli dah beli, kena minta permit dari polis ke?
ReplyDeletebiasa penjual yang kena mohon permit dengan pihak polis.
DeleteSemoga ramai yang sedar dan faham larangan tersebut...bukan apa untuk kebaikan kita juga...buat apa dedahkan diri kepada bahaya jika boleh elak
ReplyDeleteya betul tu...daripada beraya dalam keadaan gembira...malah yang trajedi melanda
DeleteAnak nak main mercun pun, mak dah seram... Adoii
ReplyDeletehuhuhuhu...sakit telinga
Deleteminggu lepas mak akak cerita, cucu jiran dia main bunga api ke mercun tak tau la, api tu termasuk dalam baju. kena ambil kulit peha tampal di dada budak 4 tahun tu. dah la perempuan. comel budaknya. kesian
ReplyDeleteboleh jadi budak tu main tanpa pemantauan dari orang dewasa... kan tak memasal dah dapat penyakit
DeleteSesekali boleh la kot main sebelum kul 12 malam stop...boleh je give and take sebab perayaan kan..kena gak hormat jiran tetangga
ReplyDeleteya sesekali boleh main, asalkan ada pemantauan bersama orang dewasa.
DeleteSebulan raya... rasa tiap² minggu meriah dengan mercun dan bunga api kat area rumah. Macam berlawan-lawanan antara penjuru. Tapi biasa tak lama lah... sapa mampu bakar duit banyak². Sekarang kenduri kahwin, kadang ada juga orang bakar mercun/bunga api.
ReplyDeletekat sini terlalu banyak bakar duit. berperang lama sangat..
DeleteBunyi mercun macam perang dunia… tak lama lepas tu, bunyi siren polis pulak . Pengalaman betul raya puasa hari tu ..
ReplyDeleteItulah org jual mercun sampai jenis yg merbahaya tepi jalan macam tu jer.. tak takut langsung dgn undang2.. kesian budak-budak yg main tanpa byk berfikir hingga mendatangkan kecederaan..
ReplyDelete