Soalan ni mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang awam, tapi kalau korang pernah tengok sendiri uniform lengkap anggota polis, korang mesti akan perasan betapa detail dan teraturnya semua aksesori yang dipasang.
Sebenarnya bukan sebab anggota polis ni ‘lembap’ atau saja nak melengahkan masa, tapi memasang eksesori pakaian PDRM memerlukan ketelitian dan disiplin yang tinggi.
Aku sendiri kalau nak siapkan uniform lengkap, paling cepat pun 20 ke 30 minit, kalau hari hujan atau rushing, memang terpaksa siapkan awal malam sebelumnya.
Uniform PDRM bukan sekadar pakai dan siap. Setiap satu lencana, tag nama, pangkat dan nombor badan ada posisi tertentu yang perlu dipasang tepat, bukan boleh letak ikut suka hati. Kalau tersalah susun atau senget sedikit pun, boleh ditegur.
Pakaian kami mencerminkan imej dan maruah pasukan. Kalau anggota sendiri tak jaga penampilan, macam mana orang nak hormat? Sebab tu sebelum keluar bertugas, kami pastikan setiap eksesori dalam keadaan kemas, selari dan tak ada yang tertinggal.
Dalam tugas kami, ada banyak jenis pakaian, dari uniform harian, ke uniform kawad, operasi, atau majlis rasmi. Dan setiap jenis tu, aksesori pun lain-lain. Jadi kalau kena tukar pakaian, kena tukar eksesori juga, itu yang ambil masa lama.
Kalau dulu, kebanyakan eksesori seperti tag nama, logo specialis, nombor badan dan pangkat dipasang menggunakan pin atau perlu dijahit. Tapi sekarang ada kemudahan baru yang mana sesetengah eksesori tu dilengkapi dengan magnet.
Contohnya:
- Tag nama magnetik lebih senang untuk dipasang dan ditanggalkan.
- Lencana pangkat pun ada versi magnet cuma letak dan lekap, terus kemas tanpa risau tercucuk atau tertanggal.
- Logo specialis magnetik lebih senang untuk dipasang dan ditanggalkan.
Walaupun nampak remeh, penggunaan magnet ni banyak membantu jimat masa dan elakkan baju rosak berlubang. Cuma magnet ni pun kena jaga betul-betul, kalau hilang, kena beli sendiri, dan harganya boleh tahan juga!
Setiap aksesori adalah amanah. Bila dah buka, kena simpan elok-elok, biasanya aku akan simpan dalam bekas khas atau bungkus dengan kain putih. Sebab benda kecil macam ni mudah jatuh atau hilang kalau tak berhati-hati.
Aku pernah ambil ringan pasal kedudukan tag nama letak senget sikit je, kena tegur masa perbarisan. Sejak tu, aku akan pastikan semuanya betul-betul tepat. Lebih baik ambil masa sikit, daripada malu depan pegawai.
Jadi, memasang eksesori pakaian PDRM bukan perkara kecil, walaupun nampak macam senang. Setiap anggota perlu pastikan semua lengkap, kemas dan mengikut standard yang ditetapkan.
Dan walaupun sekarang ada kemudahan magnet, anggota tetap perlu tahu cara susun, jarak dan posisi yang betul. Disiplin bermula dari pakaian, kalau uniform pun kita tak jaga, macam mana nak jaga tugas di luar sana?
Jangan lupa untuk sertai CONTEST taufik ye... Setiap hari ada petunjuk hingga hujung bulan...teka seberapa banyak
impressive sgt! moga terus setia menabur bakti
ReplyDeletein shaa Allah, berusaha buat yang terbaik
DeleteWahhh patut la kemas je nampak anggota polis ni. Kena ada kedudukan tertentu dan harus tepat.
ReplyDeletesilap kang ...kalau nasib baik kena tegur kalau tidak, ke padang kawad laaa jawab nya
Deletekita suka pasangkan aksesori, tapi tak suka ironkan baju uniform nya.. hahaha...kalau tentera kebanyakan guna zap tu je..yang mcm kasut sekolah tu..yang ada pelekat tu..dan part2 metal, masih perlu yang metal..tak boleh magnet..cerewet betul..
ReplyDeletekalau baju baru, nak siapkan aksesori je cecah 5,6 puluh juga.. hahhaa
macam baju tentera keras keras kain nya hihihi...kami nasib baik ada yang magnet....ringan sikit kerja
Deleteaksesori lengkap trampil kemas n tampan
ReplyDeletebaru lah nampak intergriti
DeleteSebab tu la nampak kemas..
ReplyDeleteya sebab kena susun dengan baik dan tampil bersih dan kemas
Deletepada kak ana kan, apa sahaja uniform yang di pakai perlu kepada displin diri yang ketat. Sebab tu bila ramai ibu bapa suka anak-anak ke sekolah dengan pakaian sukan, kak ana rasa ia tidak mendidik displin diri anak itu untuk membesar . Memang segak kemas bila anggota keselamatan dalam uniform yang lengkap..
ReplyDeletebetul tu, uniform ni melambangkan kita punya disiplin diri. sebab bila ada uniform, kita kena jaga dan kelihatan bersih dan nampak kemas. memang nampak susah tapi tu laaa yang mengajar kita jadi lebih disiplin
Deletewah sangat teliti nak memasangnya, dan akak selalu tertanya-tanya, uniform biru tu jenis kain apa? panas tak bila dipakai?
ReplyDeletedia macam kain hela kak....kalau untuk operasi dia kain tebal memang panas
Deleteingat lagi, dulu ayah simpan aksesori dia dalam helmet kura-kura yang warna putih tu.. zaman baju polis warna biru muda seluar coklat..
ReplyDeletewahhhh ini memang baju antik ni. lama dulu punya design baju
DeleteSalam singgah..teruskan berblog
ReplyDeleteterima kasih kerana singgah
DeleteTerima kasih Taufik berkongsi mengenai ini.. Bila dikongsi maklumat macam ini, barulah tahu betapa rumitnya penyusunan dan pemakaian setiap aksesori tu.. Bukan main taram ja..
ReplyDeletetapi kalau dah biasa pasang memang santai je kak...dia kalau buat lambat kita tergesa gesa
DeleteMemang perlu teliti dan secara tak langsung ajar anggota tentang disiplin kan.
ReplyDeleteSuka tengok polis ke tentera ke bila pakai uniform lengkap. Nampak segak
betul tu, pemakaian uniform ni banyak ajarkan bab disiplin
Deleteterima kasih singgah blog moon.
ReplyDeletebagus perkongsiannya.. auto teringat plak masa join wataniah zaman muda2 dulu.. kalau bab berkawad tu.. nk bersiap mmg ambil masa lama. kena pastikan kemas dan sempurna.
sama sama.
Deletebetul tu, lagi lagi kalau bab berkawad semua nak kena kemas
Agaknya lencana bendera Malaysia murid sekolah jenis magnet inspired dari lencana polis lah ni.
ReplyDeleteAda guna magnet juga ya. Itulah sayang kalau baju ada kesan lubang.
ReplyDeleteSelamat berkhidmat cif
ReplyDeleteππππ π€ππ πππ π π€ππππ π’ππππππ πππππ π¦π πππππ βππ‘ππ π‘ππ π ππ π’ππ πππ ππ’πππ ππππππ π¦π πππππ .. πΏπππβ π ππ π’ππ πππππ π’ππππππ πππππ ππππππ’ π¦π ππππ π‘π’π’β..βπ’π’βπ’
ReplyDeleteKalau baca tak baca artikel begini tidak saya tahu hal demikian...rupanya mudah dan santai saja kehidupan saya sebagai orang biasa
ReplyDeletememasang dan membuka butang uniform adalah perkara yg membencikan, ahahahaaa!
ReplyDeletepernah buat 2 kali ja, selebihnya asben buat sendiri, bila daktiga da besar, daktiga jadi mangsa, ahahaaa. dulu, asben jadi yg cek barisan tu. ahaks!
Betul-betul teliti dan tak boleh silap. Senget pun tak boleh ye. Sangat strict. Padanlah dengan badan beruniform yang kena mengekalkan imej yang bagus. Kalau tengok banyak di uniform tu tanda pangkat tinggi tu.
ReplyDeletesama lah dulu arwah abah askar so banyak lah aksesori dia dekat rumah. Kalau tak dekat dalam almari, dekat mesin basuh lah tempat dia. Baguslah dah guna magnet sekarang, jimat dan selamat hehe
ReplyDeleteMemang demikian ya Mas ada peraturannya bagaimana memasang aksesori itu.
ReplyDeleteJadi perlu latihan juga cara memasang yang baik dan benar.
Selamat bertugas, Mas.
Salam,
Memang banyak aksesoris simbol yg dipakai oleh anggota polisi dan tentara kan. Saya berfikirnya itu 1 dari banyaaak latihan disiplin yg mereka lakukan. saya tak tahu kalau polisi , tapi pernah baca bahkan bahan baju uniform seorang tentara militer saja bahan khusus yg tidak boleh dicuci washing machine. Harus cuci tangan manual atau dry cleaning.
ReplyDeleteKrn akan merusak lapisan2 pelindung pada bahan tersebut. Pernah baca cerita ada istri tentara yg tak sengaja memasukkan baju suami nya ke dalam mesin cuci soalnya π . Lengkap dengan aksesoris yg masih terpasang π π
Uniform dia kain tebal, kan.
ReplyDelete