Skip to main content

Teka 3 Angka Belakang Duit RM1 & Menang Hadiah!



Hari ni Taufik nak buat contest santai-santai untuk semua sahabat blogger dan pembaca blog ni. Senang je, teka 3 angka terakhir nombor siri duit RM1 yang Taufik pegang sekarang ni!

🎁 Hadiah?
Taufik akan hadiahkan Komik Digital Ujang (versi PDF) kepada 10 orang pemenang yang teka paling hampir atau betul!


📌 Cara Nak Join:

  1. Tinggalkan tekaan 3 angka terakhir dalam ruangan komen entri ni.
  2. Boleh teka seberapa banyak yang korang nak tiada had!
  3. Syarat mudah sahaja: Tolong share contest ni di mana-mana platform (Blog, Facebook, IG, WhatsApp, TikTok dll).


📅 Tarikh Tutup:

Tarikh tutup sehingga hujung bulan. Pemenang akan diumumkan dalam awal bulan.


Selamat mencuba semua! Mana tahu rezeki korang kan 😄
Yang penting, kita seronok-seronok je. Jangan lupa share ye!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...