Skip to main content

Kenapa Ambil Masa Lama Untuk Pasang Eksesori Pakaian Polis PDRM?

Soalan ni mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang awam, tapi kalau korang pernah tengok sendiri uniform lengkap anggota polis, korang mesti akan perasan betapa detail dan teraturnya semua aksesori yang dipasang.

Sebenarnya bukan sebab anggota polis ni ‘lembap’ atau saja nak melengahkan masa, tapi memasang eksesori pakaian PDRM memerlukan ketelitian dan disiplin yang tinggi.

Aku sendiri kalau nak siapkan uniform lengkap, paling cepat pun 20 ke 30 minit, kalau hari hujan atau rushing, memang terpaksa siapkan awal malam sebelumnya.


Uniform PDRM bukan sekadar pakai dan siap. Setiap satu lencana, tag nama, pangkat dan nombor badan ada posisi tertentu yang perlu dipasang tepat, bukan boleh letak ikut suka hati. Kalau tersalah susun atau senget sedikit pun, boleh ditegur.


Pakaian kami mencerminkan imej dan maruah pasukan. Kalau anggota sendiri tak jaga penampilan, macam mana orang nak hormat? Sebab tu sebelum keluar bertugas, kami pastikan setiap eksesori dalam keadaan kemas, selari dan tak ada yang tertinggal.


Dalam tugas kami, ada banyak jenis pakaian, dari uniform harian, ke uniform kawad, operasi, atau majlis rasmi. Dan setiap jenis tu, aksesori pun lain-lain. Jadi kalau kena tukar pakaian, kena tukar eksesori juga, itu yang ambil masa lama.


Kalau dulu, kebanyakan eksesori seperti tag nama, logo specialis, nombor badan dan pangkat  dipasang menggunakan pin atau perlu dijahit. Tapi sekarang ada kemudahan baru yang mana sesetengah eksesori tu dilengkapi dengan magnet.

Contohnya:

  • Tag nama magnetik lebih senang untuk dipasang dan ditanggalkan.
  • Lencana pangkat pun ada versi magnet cuma letak dan lekap, terus kemas tanpa risau tercucuk atau tertanggal.
  • Logo specialis magnetik lebih senang untuk dipasang dan ditanggalkan.

Walaupun nampak remeh, penggunaan magnet ni banyak membantu jimat masa dan elakkan baju rosak berlubang. Cuma magnet ni pun kena jaga betul-betul, kalau hilang, kena beli sendiri, dan harganya boleh tahan juga!


Setiap aksesori adalah amanah. Bila dah buka, kena simpan elok-elok, biasanya aku akan simpan dalam bekas khas atau bungkus dengan kain putih. Sebab benda kecil macam ni mudah jatuh atau hilang kalau tak berhati-hati.


Aku pernah ambil ringan pasal kedudukan tag nama letak senget sikit je, kena tegur masa perbarisan. Sejak tu, aku akan pastikan semuanya betul-betul tepat. Lebih baik ambil masa sikit, daripada malu depan pegawai.


Jadi, memasang eksesori pakaian PDRM bukan perkara kecil, walaupun nampak macam senang. Setiap anggota perlu pastikan semua lengkap, kemas dan mengikut standard yang ditetapkan.

Dan walaupun sekarang ada kemudahan magnet, anggota tetap perlu tahu cara susun, jarak dan posisi yang betul. Disiplin bermula dari pakaian, kalau uniform pun kita tak jaga, macam mana nak jaga tugas di luar sana?


Jangan lupa untuk sertai CONTEST taufik ye... Setiap hari ada petunjuk hingga hujung bulan...teka seberapa banyak

KLIK SINI

Comments

  1. impressive sgt! moga terus setia menabur bakti

    ReplyDelete
  2. Wahhh patut la kemas je nampak anggota polis ni. Kena ada kedudukan tertentu dan harus tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap kang ...kalau nasib baik kena tegur kalau tidak, ke padang kawad laaa jawab nya

      Delete
  3. kita suka pasangkan aksesori, tapi tak suka ironkan baju uniform nya.. hahaha...kalau tentera kebanyakan guna zap tu je..yang mcm kasut sekolah tu..yang ada pelekat tu..dan part2 metal, masih perlu yang metal..tak boleh magnet..cerewet betul..

    kalau baju baru, nak siapkan aksesori je cecah 5,6 puluh juga.. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam baju tentera keras keras kain nya hihihi...kami nasib baik ada yang magnet....ringan sikit kerja

      Delete
  4. aksesori lengkap trampil kemas n tampan

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ya sebab kena susun dengan baik dan tampil bersih dan kemas

      Delete
  6. pada kak ana kan, apa sahaja uniform yang di pakai perlu kepada displin diri yang ketat. Sebab tu bila ramai ibu bapa suka anak-anak ke sekolah dengan pakaian sukan, kak ana rasa ia tidak mendidik displin diri anak itu untuk membesar . Memang segak kemas bila anggota keselamatan dalam uniform yang lengkap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, uniform ni melambangkan kita punya disiplin diri. sebab bila ada uniform, kita kena jaga dan kelihatan bersih dan nampak kemas. memang nampak susah tapi tu laaa yang mengajar kita jadi lebih disiplin

      Delete
  7. wah sangat teliti nak memasangnya, dan akak selalu tertanya-tanya, uniform biru tu jenis kain apa? panas tak bila dipakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam kain hela kak....kalau untuk operasi dia kain tebal memang panas

      Delete
  8. ingat lagi, dulu ayah simpan aksesori dia dalam helmet kura-kura yang warna putih tu.. zaman baju polis warna biru muda seluar coklat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh ini memang baju antik ni. lama dulu punya design baju

      Delete
  9. Salam singgah..teruskan berblog

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Taufik berkongsi mengenai ini.. Bila dikongsi maklumat macam ini, barulah tahu betapa rumitnya penyusunan dan pemakaian setiap aksesori tu.. Bukan main taram ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau dah biasa pasang memang santai je kak...dia kalau buat lambat kita tergesa gesa

      Delete
  11. Memang perlu teliti dan secara tak langsung ajar anggota tentang disiplin kan.
    Suka tengok polis ke tentera ke bila pakai uniform lengkap. Nampak segak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pemakaian uniform ni banyak ajarkan bab disiplin

      Delete
  12. terima kasih singgah blog moon.
    bagus perkongsiannya.. auto teringat plak masa join wataniah zaman muda2 dulu.. kalau bab berkawad tu.. nk bersiap mmg ambil masa lama. kena pastikan kemas dan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama.
      betul tu, lagi lagi kalau bab berkawad semua nak kena kemas

      Delete
  13. Agaknya lencana bendera Malaysia murid sekolah jenis magnet inspired dari lencana polis lah ni.

    ReplyDelete
  14. Ada guna magnet juga ya. Itulah sayang kalau baju ada kesan lubang.

    ReplyDelete
  15. π‘‡π‘Žπ‘π‘– π‘€π‘Žπ‘˜ π‘Ÿπ‘Žπ‘ π‘Ž π‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘›π‘Ž π‘’π‘›π‘–π‘“π‘œπ‘Ÿπ‘š π‘π‘œπ‘™π‘–π‘  𝑦𝑔 π‘”π‘’π‘™π‘Žπ‘ β„Žπ‘–π‘‘π‘Žπ‘š π‘‘π‘Žπ‘˜ π‘ π‘’π‘ π‘’π‘Žπ‘– 𝑑𝑔𝑛 π‘π‘’π‘Žπ‘π‘Ž π‘›π‘’π‘”π‘Žπ‘Ÿπ‘Ž 𝑦𝑔 π‘π‘Žπ‘›π‘Žπ‘ .. πΏπ‘’π‘π‘–β„Ž π‘ π‘’π‘ π‘’π‘Žπ‘– π‘π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘– π‘’π‘›π‘–π‘“π‘œπ‘Ÿπ‘š π‘˜π‘Žπ‘™π‘’π‘Ÿ π‘˜π‘’π‘™π‘Žπ‘π‘’ 𝑦𝑔 π‘™π‘Žπ‘šπ‘Ž π‘‘π‘’π‘’β„Ž..β„Žπ‘’π‘’β„Žπ‘’

    ReplyDelete
  16. Kalau baca tak baca artikel begini tidak saya tahu hal demikian...rupanya mudah dan santai saja kehidupan saya sebagai orang biasa

    ReplyDelete
  17. memasang dan membuka butang uniform adalah perkara yg membencikan, ahahahaaa!
    pernah buat 2 kali ja, selebihnya asben buat sendiri, bila daktiga da besar, daktiga jadi mangsa, ahahaaa. dulu, asben jadi yg cek barisan tu. ahaks!

    ReplyDelete
  18. Betul-betul teliti dan tak boleh silap. Senget pun tak boleh ye. Sangat strict. Padanlah dengan badan beruniform yang kena mengekalkan imej yang bagus. Kalau tengok banyak di uniform tu tanda pangkat tinggi tu.

    ReplyDelete
  19. sama lah dulu arwah abah askar so banyak lah aksesori dia dekat rumah. Kalau tak dekat dalam almari, dekat mesin basuh lah tempat dia. Baguslah dah guna magnet sekarang, jimat dan selamat hehe

    ReplyDelete
  20. Memang demikian ya Mas ada peraturannya bagaimana memasang aksesori itu.
    Jadi perlu latihan juga cara memasang yang baik dan benar.
    Selamat bertugas, Mas.

    Salam,

    ReplyDelete
  21. Memang banyak aksesoris simbol yg dipakai oleh anggota polisi dan tentara kan. Saya berfikirnya itu 1 dari banyaaak latihan disiplin yg mereka lakukan. saya tak tahu kalau polisi , tapi pernah baca bahkan bahan baju uniform seorang tentara militer saja bahan khusus yg tidak boleh dicuci washing machine. Harus cuci tangan manual atau dry cleaning.

    Krn akan merusak lapisan2 pelindung pada bahan tersebut. Pernah baca cerita ada istri tentara yg tak sengaja memasukkan baju suami nya ke dalam mesin cuci soalnya πŸ˜…. Lengkap dengan aksesoris yg masih terpasang πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  22. Uniform dia kain tebal, kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membantu Urusan Jenazah di Pagi Hari

Pagi tadi, sekitar jam 9.00 pagi , suasana di lorong taman perumahan Taufik agak sunyi. Hanya bunyi kicauan burung dan deruan enjin kereta jiran yang baru berangkat kerja kedengaran. Taufik yang ketika itu sedang bersiap untuk menghantar isteri ke tempat kerja, secara tidak sengaja terlihat sebuah van jenazah berhenti di hadapan salah sebuah rumah di lorong tersebut. Dalam hati Taufik terus terdetik, “Mesti ada jiran yang meninggal ni…” Walaupun jarang berlaku di taman itu, tetapi setiap kali ada kematian, suasananya memang terasa berbeza, ada kesedihan yang tersirat walaupun tiada bunyi tangisan kuat. Selepas menghantar isteri Taufik ke tempat kerja, Taufik memutuskan untuk singgah sebentar di rumah jiran tersebut. Sebagai jiran, walaupun kurang kenal dengan beberapa ahli keluarga mereka, terasa tak manis kalau sekadar lalu tanpa bertanya khabar. Setibanya di halaman rumah itu, Taufik melihat beberapa ahli keluarga dan saudara-mara sedang duduk menunggu. Wajah mereka kelihatan sed...

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal: