Skip to main content

J*nayah Sunyi dalam Dunia Maya

Pagi tadi lepas selesai semua tugasan rumah dan rehat sekejap, Taufik kebetulan buka televisyen untuk tengok siaran Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9. Rancangan tu memang antara rancangan yang bagus sebab banyak mengupas isu-isu semasa, kesedaran masyarakat dan juga memberikan info yang sangat berguna kepada penonton. Tapi kali ini, ada satu topik yang betul-betul menarik perhatian iaitu “Jenayah Sunyi dalam Dunia Maya”.

Waktu mula dengar tajuk tu, Taufik tertanya-tanya apa maksud sebenar “jenayah sunyi” tu? Tapi bila rancangan dah mula dan tetamu undangan mula berkongsi, barulah Taufik faham dengan lebih mendalam.


Apa Itu Jenayah Sunyi? Mengikut penceritaan dalam rancangan tersebut, jenayah sunyi dalam dunia maya merujuk kepada bentuk jenayah siber yang berlaku secara senyap, tanpa disedari oleh orang sekeliling dan kebiasaannya tidak mendapat perhatian ramai berbanding jenayah fizikal. Jenayah ini sering terjadi di platform seperti media sosial, aplikasi chat dan permainan dalam talian.

Antara bentuk jenayah sunyi yang dibincangkan dalam rancangan tersebut ialah:

  1. Pemerasan Seksual Siber (Sextortion) Di mana mangsa diugut selepas menghantar gambar atau video peribadi.
  2. Grooming atau Pemujukan Seksual Biasanya melibatkan individu dewasa yang menyamar sebagai remaja dan mendekati mangsa muda untuk tujuan eksploitasi.
  3. Cyberbullying Gangguan atau buli dalam talian yang memberi kesan mental kepada mangsa.
  4. Catfishing Penyamar identiti di media sosial untuk memperdaya mangsa secara emosi atau kewangan.

Apa yang menyedihkan, ramai mangsa adalah kanak-kanak dan remaja, kerana mereka adalah pengguna aktif platform media sosial dan permainan dalam talian, tetapi tidak semua sedar akan bahaya yang sedang menanti dalam diam.


Sebagai seorang anggota polis yang juga terlibat dalam urusan aduan awam dan operasi harian, Taufik sedar bahawa jenayah digital semakin kompleks. Kalau dulu jenayah biasa tertumpu pada rompakan, curi motosikal, pergaduhan atau penipuan fizikal. Tapi sekarang, penjenayah makin licik dan bersembunyi di sebalik skrin.

Lebih membimbangkan bila mangsa sendiri tak tahu ke mana nak laporkan atau malu nak cerita. Ini menjadikan kes lebih sukar dikesan dan disiasat. Sebab itu dalam rancangan tersebut, pegawai khas dari PDRM yang dijemput turut menekankan bahawa laporan awal adalah kunci utama untuk mengesan dan membanteras jenayah sunyi ini.


Dalam episod NLKO tu juga, antara perkara yang ditegaskan ialah peranan ibu bapa dalam mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak. Jangan beri akses penuh kepada telefon pintar tanpa pemantauan. Ajar anak tentang:

  • Bahaya berkongsi maklumat peribadi dengan orang asing.
  • Tidak berkongsi gambar sensitif walaupun dengan orang yang dikenali.
  • Pentingnya lapor segera jika berlaku gangguan atau ugutan.

Sebagai anggota polis dan juga seorang suami, Taufik rasa perkara ini sangat penting untuk disebarkan. Bukan sahaja kepada ibu bapa, malah kepada seluruh masyarakat supaya tak memandang ringan isu siber yang nampak kecil tapi kesannya sangat dalam.


Lepas tonton rancangan tu, Taufik terus ambil keputusan untuk kongsikan ilmu ini dalam blog, sebab blog juga boleh jadi saluran kesedaran awam. Berikut antara beberapa cadangan Taufik untuk masyarakat:

  1. Ibu bapa – Gunakan aplikasi pemantau kandungan (seperti Family Link dari Google) untuk pantau aplikasi yang digunakan anak-anak.
  2. Sekolah – Wujudkan slot pendidikan digital atau ceramah khas tentang keselamatan dalam talian.
  3. Masyarakat – Jangan rasa takut untuk buat laporan polis jika anda atau ahli keluarga anda jadi mangsa jenayah siber.
  4. PDRM – Tingkatkan kolaborasi dengan NGO dan pakar IT untuk menangani kes secara holistik.


Taufik rasa sangat bersyukur dapat tonton rancangan NLKO tadi. Topik “Jenayah Sunyi dalam Dunia Maya” ni betul-betul membuka mata ramai. Dunia digital memang memudahkan hidup, tapi kalau tak dikawal, ia boleh merosakkan jiwa, emosi dan masa depan orang yang kita sayang.

Harapan Taufik, lebih banyak rancangan seperti ini dikongsikan di TV, media sosial, sekolah dan balai polis sendiri, supaya masyarakat lebih bersedia.

Comments

  1. Ye betul, ibu bapa perlu memainkan peranan dan memantau aktiviti serta pergerakan anak- anak diluar sana...sampai masa semua orag perlu ambil tahu dan cakna dengan jenayah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, zaman sekarang semua orang perlu ambil tahu serba sedikit undang undang untuk perlindungan diri..

      Delete
  2. kena jaga2 bila on9 sbb byk jenayah siber yg berlaku skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab kita sudah berkembang dari segi IT namun semakin banyak jenayah yang tumbuh macam cendawan

      Delete
  3. semoga kita semua dilindungi daripada jenayah siber..

    ReplyDelete
  4. Kalau media sosial ni kadang2 ada la gambar orang handsome cuba nak add kita. Kalau camtu selalunya akak tak approved dan delete request. Paling kelakar menyamar nama Prince Mateen tapi follower tak sampai puluh je. Ada hati nak Hai orang lain. Memang blocked terus. Bahaya sebab takut nak gunakan kita untuk tujuan yang tak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi lagi konon nak berkenalan laaaa tapi ada agenda yang lain

      Delete
  5. Cabaran besar utk anggota keselamatan dan masyarakat juga bila terpaksa hadap jenayah nyata dan yg sunyi begini. Sama² kita berwaspada la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin canggih sesuatu teknologi maka semakin mencabar yang perlu kita hadapi

      Delete
  6. jenayah zmn AI...memang kena lagi byk mesej kesedaran esp utk genZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kita semua perlu sedikit sebanyak ambil tahu tentang kesedaran mengenai zaman AI lagi lagi generasi kita yang terbaru

      Delete
  7. dunia siber banyak cabarannya hati2 tiasa dgn scammer n pelbagai gangguan senyap tanpa sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, semakin maju semakin banyak cabaran yang kita perlu hadapi di masa akan datang

      Delete
  8. Catfishing...haha..den terkena...pagi Jumaat haritu dpt panggilan dari scammer, dah upgrade kerja di cyber security..inform saya ada 7 report polis di Johor, terlibat scam orang..no telefon nk kena sekat oleh MCMC...bila check kt true caller, nombor kedai jual tudung..mcm2 skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang scammer macam macam guna teknik untuk menakutkan orang supaya kita mudah terpedaya dengan kata kata nya. maka duit kita menjadi mangsa tatkala kita semua menghadapi krisis ekonomi yang semakin mencabar

      Delete
  9. Menjadi jadi scammer ni, ada siap guna agama nak minta derma duit..kadang keliru tak dinafikan..Ya Allah mintalah dijauhi kita semua..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, bila guna agama sebab nak dapatkan duit dengan cepat tidak fikir dosa pahala. susah kalau ada manusia yang macam ni

      Delete
  10. Setelah saya translate, ternyata "jenayah" itu kalau disini istilahnya "kejahatan"

    Betul Mas sekarang ini kejahatan digital memang luar biasa. Banyak juga rupannya korban dikalangan anak-anak. Sungguh suasana yang sangat mengkhawatirkan.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu...merosak kan fikiran dan menyusahkan orang lain

      Delete
  11. Jadi mak bapak ni mmg kadang2 dilema jugak. Tak bagi, anak2 jadi katak bawah tempurung. Bila bagi, kita takut dieorang terjebak pulak. Macam saya, sebelum buat keputusan bagi dieorang alat peranti, mmg dah 'basuh' awal2 bagi amaran jangan bagi nama sebenar, alamat rumah, maklumat peribadi, gambar peribadi, dan kalau siapa2 tak kenal cuba DM / contact, jangan layan atau bagitau saya. Tapi skrg scammer pun bijak dieorang hijack nombor org yang kita kenal lepas tu pura2 jadi kawan kita. Saya pernah dapat email dari 'kawan' mintak pinjam duit. Tapi bila saya tanya soalan perangkap (contoh dia kerja KFC tapi saya tanya macamana kerja di McD & dia menonong je jawab), so saya terus detect email kawan tu dah kena hack. Kena sentiasa waspada zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebelum Taufik masuk dunia kepolisan. Taufik sendiri pernah terkena scammer dengan taktik macam ni...melalui wasap...mengaku sebagai orang yang kita kenal tapi guna nombor lain. konon nak pinjam duit tapi bila tanya kat nombor telefon member takde pulak wasap nak pinjam duit....sejak tu Taufik dah mula berhati hati

      Delete
  12. Terima kasih MT kongsi info.
    Itu yang akak risau bila anak-anak semakin remaja dan ada medsos sendiri. Sanggup akak buka akaun IG dan TT untuk tengok apa yang anak-anak tengok dan post. Tapi nampaknya mereka malu nak post kat akaun masing-masing. Tak boleh pula nak sekat mereka dari guna platform media sosial ni cuma kena pesanlah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh sekat cuma kita perlu had kan cara penggunaan platform tu.
      sama sama kak...peringatan untuk saya juga di masa akan datang.

      Delete
  13. Saya pun pakai family link utk kontrol pemakaian hp anak2. Berkali2 juga saya tekankan, jangan sampai klik Macam2 di chat atau email. Juga jangan kirim foto pribadi. Skr ini ada banyak cara jebakan yg dipakai oleh pelaku kejahatan cyber 😞

    ReplyDelete
  14. Dunia makin maju, jenayah pun makin pelbagai.. Jenayah sunyi ini paling bahaya sebenarnya sebab agak susah nak dikesan.. Bahagian dimana isu ini perlu sentiasa diwar-warkan memang Sha setuju.. Semoga dengan perkongsian ini lebih ramai yang akan alert dan peka..

    ReplyDelete
  15. Bahaya betul jenayah sunyi ni. Kesian kalau jadi mangsa. Mesti tak tahu nak buat apa dah. Baguslah ada program macam ni boleh bagi awareness pada semua. Peranan ibu bapa tu sangat penting supaya anak-anak tak terlibat dan menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  16. Jangankan anak-anak dan remaja, orang tua pun boleh tertipu juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membantu Urusan Jenazah di Pagi Hari

Pagi tadi, sekitar jam 9.00 pagi , suasana di lorong taman perumahan Taufik agak sunyi. Hanya bunyi kicauan burung dan deruan enjin kereta jiran yang baru berangkat kerja kedengaran. Taufik yang ketika itu sedang bersiap untuk menghantar isteri ke tempat kerja, secara tidak sengaja terlihat sebuah van jenazah berhenti di hadapan salah sebuah rumah di lorong tersebut. Dalam hati Taufik terus terdetik, “Mesti ada jiran yang meninggal ni…” Walaupun jarang berlaku di taman itu, tetapi setiap kali ada kematian, suasananya memang terasa berbeza, ada kesedihan yang tersirat walaupun tiada bunyi tangisan kuat. Selepas menghantar isteri Taufik ke tempat kerja, Taufik memutuskan untuk singgah sebentar di rumah jiran tersebut. Sebagai jiran, walaupun kurang kenal dengan beberapa ahli keluarga mereka, terasa tak manis kalau sekadar lalu tanpa bertanya khabar. Setibanya di halaman rumah itu, Taufik melihat beberapa ahli keluarga dan saudara-mara sedang duduk menunggu. Wajah mereka kelihatan sed...

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal: