Petang tadi aku memang free, dan kebetulan pula isteri aku pun cuti, jadi kami ambil peluang keluar jalan-jalan santai sebagai terapi minda dan emosi. Tak ada plan besar pun, sekadar isi masa dengan aktiviti ringan tapi menggembirakan.
Lokasi pertama Pasaraya Big10.
Kami beli barang dapur sekadar cukup untuk makan berdua je, jadi tak banyak pun yang nak diborong. Cukup sekadar keperluan harian.
Next, kami singgah ke ECO Shop dekat taman perumahan.
Kedai ni memang legenda rakyat Malaysia macam macam ado..Tak hairanlah ramai orang ‘melekat’ bila masuk sini walau niat asal “nak beli satu barang je” 😅....aku pulak beli barang plastik sampah, makanan kucing sampailah ke jajan…
Tak habis lagi... kami terus ke ECO S PLUS dekat bandar Kluang. Saja cuci mata, tengok-tengok barang rumah dan keperluan lain. Macam-macam ada, dari barang dapur sampai ke perhiasan rumah. Memang syurga bajet la senang kata.
Lepas tu kami singgah kedai jagung manis lejen Kluang. Harga RM2 je kekal sejak dulu, walaupun harga barang naik. Cuma bekas dia sekarang kecil sikit, tapi still berbaloi dan memang sedap gila. Ramai je orang beratur, ada yang datang repeat hari-hari!
Selesai semua misi... kami pun balik rumah.
Tak perlu habis duit banyak, tak perlu plan besar. Yang penting masa berkualiti dan rehat dari tekanan kerja.
#DiSebalikUniform
#PolisPunManusia
#TerapiSantai
#Big10Kluang
#ECOKluang
#JagungRM2Lejen
mmg leka tengok barang2 di kedai Eco...skrg ni musim mangga saiz jumbo..
ReplyDeleteKan.. capai rasa nya 1 ke 2 barang je tahu² da 1 plastik...
DeleteHa ah laaaa tengok saiz mangga besar²
Kedai eco ni berhantu hahaha.. bila masuk susah nak keluar dgn tangan kosong 😁
ReplyDeleteTahu² 1 plastik bawak keluar hahahhaha
DeleteBest ronda2 kedai eco.pinggan tu cute dan unik laaa
ReplyDeleteKedai ECO dgn NINSO ni memang susah nak jumpa jln keluar...
DeletePinggan tu memang nampak menarik
Paling best masuk kedai Eco, auto rasa orang kaya ahahaha... Keluar kedai jinjing beg kiri kanan perghhh 😂😂😂
ReplyDeleteBetul, time tulaaaa barang banyak pun masih kekal muka ada senyum
DeleteAkak seboleh2 tak nak masuk takut nanti kena azan sebab dah bermastautin dalamnya. hahahaha. Tapi sukanya tenguk buah mangga banyak macam tu. Sedap tu sebab dah masak kuning,
ReplyDeletebermastautin ea hahahaha.....silap silap cashier pun da kenal
Deletedalam takde niat nak singgah eco shop, jangan percaya boleh keluar dengan tangan kosong.. hehehehe.. ^^
ReplyDeletetau tau da 2 plastik kat tangan
DeleteMasuk kedai eco memang susah jumpa jalan keluar...
ReplyDeletepintu keluar da kena kunci hahahahha
Deletekedai eco ni mmg kalo masuk, sesat tak jumpa jln keluar! ahahaha
ReplyDeletekannnnnn, kena azan kat telinga ni baru nampak hahaha
DeleteKalau tengok barang ni memang leka la. Ya la pinggan tu unik. Makan jagung manis berdua pun boleh bahagia. Buat ajer apa yang membahagiakan kita. Eh eh template blog ni baru la.
ReplyDeletekannn barang banyak pulak tu..
Deletepinggan tu memang survey dulu...tengok laaa nanti konpom beli..
jagung manis tu kalau kat tempat lain tu dah jatuh rm4 ke rm5 dah tu..
yaaaa betul, tengah buat rombakan semula template blog.
kedai saka. sukaaa sangat jika tuan asben yg ngajak masuk kedai saka ni, mmg ada je la benda nak dibeli. nanti kita tumpangla sekali. muahaha!
ReplyDeleteNasib hijab tutup... Kalau tak... "Mari beli lagi, mari beli lagi"
DeleteEco S Plus tu level² MrDiy ke?
ReplyDeleteSini macam x jumpa lagi.
Lebih kepada barang kelengkapan rumah... Banyak barang tu kak...
Delete