Mari Klik

Wednesday, July 2, 2025

Jalan-Jalan Terapi Bajet RM2 😄

Petang tadi aku memang free, dan kebetulan pula isteri aku pun cuti, jadi kami ambil peluang keluar jalan-jalan santai sebagai terapi minda dan emosi. Tak ada plan besar pun, sekadar isi masa dengan aktiviti ringan tapi menggembirakan.


Lokasi pertama Pasaraya Big10.
Kami beli barang dapur sekadar cukup untuk makan berdua je, jadi tak banyak pun yang nak diborong. Cukup sekadar keperluan harian.








Next, kami singgah ke ECO Shop dekat taman perumahan.
Kedai ni memang legenda rakyat Malaysia macam macam ado..Tak hairanlah ramai orang ‘melekat’ bila masuk sini walau niat asal “nak beli satu barang je” 😅....aku pulak beli barang plastik sampah, makanan kucing sampailah ke jajan… 










Tak habis lagi... kami terus ke ECO S PLUS dekat bandar Kluang. Saja cuci mata, tengok-tengok barang rumah dan keperluan lain. Macam-macam ada, dari barang dapur sampai ke perhiasan rumah. Memang syurga bajet la senang kata.














Aku jumpa benda yang nampak menarik
Pinggan dia nampak menarik kan.
Siap ada tempat stand lagi... Lain maciam... Haha


Lepas tu kami singgah kedai jagung manis lejen Kluang. Harga RM2 je kekal sejak dulu, walaupun harga barang naik. Cuma bekas dia sekarang kecil sikit, tapi still berbaloi dan memang sedap gila. Ramai je orang beratur, ada yang datang repeat hari-hari!

Dari tahun 2017 lapor diri kat Kluang sampai sekarang masih kekal harga....


Selesai semua misi... kami pun balik rumah.
Tak perlu habis duit banyak, tak perlu plan besar. Yang penting masa berkualiti dan rehat dari tekanan kerja.


#DiSebalikUniform
#PolisPunManusia
#TerapiSantai
#Big10Kluang
#ECOKluang
#JagungRM2Lejen


14 comments:

  1. mmg leka tengok barang2 di kedai Eco...skrg ni musim mangga saiz jumbo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. capai rasa nya 1 ke 2 barang je tahu² da 1 plastik...

      Ha ah laaaa tengok saiz mangga besar²

      Delete
  2. Kedai eco ni berhantu hahaha.. bila masuk susah nak keluar dgn tangan kosong 😁

    ReplyDelete
  3. Best ronda2 kedai eco.pinggan tu cute dan unik laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai ECO dgn NINSO ni memang susah nak jumpa jln keluar...

      Pinggan tu memang nampak menarik

      Delete
  4. Paling best masuk kedai Eco, auto rasa orang kaya ahahaha... Keluar kedai jinjing beg kiri kanan perghhh 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, time tulaaaa barang banyak pun masih kekal muka ada senyum

      Delete
  5. Akak seboleh2 tak nak masuk takut nanti kena azan sebab dah bermastautin dalamnya. hahahaha. Tapi sukanya tenguk buah mangga banyak macam tu. Sedap tu sebab dah masak kuning,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermastautin ea hahahaha.....silap silap cashier pun da kenal

      Delete
  6. dalam takde niat nak singgah eco shop, jangan percaya boleh keluar dengan tangan kosong.. hehehehe.. ^^

    ReplyDelete
  7. Masuk kedai eco memang susah jumpa jalan keluar...

    ReplyDelete

My Blog List