Hari ini merupakan hari ketiga dan juga hari terakhir untuk Program Induksi Pegawai Rendah Polis berpangkat Koperal Time Base. Sebagai seseorang yang baru dinaikkan pangkat hujung tahun lepas, aku memang sangat bersemangat untuk menghabiskan program ini dengan sebaik mungkin.
Seawal jam 4.00 pagi, aku sudah pun bangun seperti dua hari sebelumnya. Seperti biasa, perkara pertama yang aku buat adalah menyiapkan aksesori lengkap untuk pakaian uniform kerja. Aksesori ni memang ambil masa sebab perlu dipasang dengan kemas dan betul pada uniform. Dah jadi kebiasaan aku sendiri yang pasang semua, jadi dah terbiasa dengan susunan dan tempatnya.
Selesai memasang aksesori, aku terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Aku mengenakan pakaian berkolar, seluar tracksuit dan kasut sukan. Sementara itu, uniform kerja, tuala dan kasut kerja aku bungkus dalam plastik untuk dibawa bersama. Sama macam hari sebelumnya, aku memang dah set dalam kepala tak nak balik rumah selepas slot pagi sebab jadual memang padat.
Jam menunjukkan 5.00 pagi, aku mula panaskan enjin motor. Hari ni cuaca nampak cerah, langit pun bersih tak berawan. Dalam 5.10 pagi aku terus bergerak ke Masjid berdekatan IPD untuk slot pertama iaitu solat Subuh berjemaah. Rasa tenang je bawa motor pagi tu, jalan pun lengang. Sampai di masjid aku terus daftar kehadiran dan tunaikan solat Subuh bersama rakan-rakan peserta yang lain.
Selesai solat, kami teruskan dengan PT pagi (senaman pagi) di dataran kawad kaki IPD. Hari terakhir ni pun tak kurang aktifnya. Kami buat pelbagai jenis senaman asas seperti regangan badan, lompatan ringan dan senaman pernafasan. Tujuan utamanya supaya badan kami sentiasa cergas dan tidak lesu ketika menghadiri slot kelas yang panjang sepanjang hari nanti.
Lebih kurang jam 7.00 pagi, kami diberi rehat selama 45 menit. Masa ni digunakan untuk bersarapan dan tukar pakaian. Aku terus ke pejabat untuk mandi di tandas dan tukar kepada uniform kerja. Sarapan aku pagi tu ringkas sahaja, biskut, sekeping roti dan air kopi Kluang kegemaran aku. Memandangkan masa agak suntuk, aku makan sambil bersiap di pejabat.
Jam 8.00 pagi, slot pertama bermula iaitu ceramah "Tugas Adalah Ibadah". Penceramah menekankan bahawa setiap tugas kita sebagai anggota polis adalah satu bentuk ibadah jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Ia memberi kesedaran bahawa pekerjaan kita bukan sekadar untuk gaji atau pangkat, tapi juga membawa nilai spiritual yang tinggi. Banyak juga contoh-contoh situasi yang dikongsikan yang benar-benar menyentuh hati.
Jam 10.00 pagi, kami masuk ke slot kedua iaitu "Tugas Penyelia dalam Lokap". Dalam slot ni kami didedahkan kepada tanggungjawab seorang koperal yang bertindak sebagai penyelia di kawasan lokap. Kami diajar prosedur kawalan tahanan, tanggungjawab memastikan keselamatan OKT, serta pentingnya melaporkan sebarang insiden dengan betul dan segera. Banyak juga isu keselamatan dan cabaran yang dikongsikan oleh pegawai yang berpengalaman.
Jam 12.00 tengahari kami semua diberi waktu rehat sehingga jam 2.30 petang. Aku dan beberapa rakan dari cawangan BKDNKA terus lepak di kedai makan berhampiran. Tengahari tu aku ambil nasi ayam dan teh O ais. Simple tapi cukup mengenyangkan. Selesai makan, kami pun ronda sekejap di kedai ECO SHOP dan singgah di Sunway Kluang Mall untuk cuci mata.
Sebelum balik ke pejabat, kami singgah di kedai MIXUE untuk beli aiskrim coklat sundae. Sejuk dan manis, memang sesuai dengan cuaca panas hari tu. Masa masih berbaki, jadi kami rehat sekejap di pejabat untuk kemaskan uniform dan bersedia untuk sesi penutupan program.
Jam 2.30 petang, kami semua berkumpul semula untuk raptai majlis penutupan program. Setiap cawangan perlu menghantar seorang wakil untuk mengambil sijil penyertaan di atas pentas nanti. Aku tak jadi wakil, tapi kawan seangkatan dari BKDNKA yang dipilih. Kami semak susunan peserta, posisi tempat duduk dan ulang sesi berjalan naik dan turun pentas.
Jam 3.00 petang, majlis penutupan rasmi pun bermula. Tetamu kehormat iaitu Ketua Polis Daerah memberikan ucapan dan nasihat kepada semua peserta. Antara intipati ucapan ialah harapan agar semua yang telah menghadiri kursus ini dapat menjalankan tanggungjawab sebagai penyelia dengan amanah, tegas dan adil. Sijil disampaikan kepada wakil setiap cawangan dan beberapa peserta cemerlang turut diberikan penghargaan.
Jam 4.00 petang, majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan. Ada yang ambil peluang untuk ambil gambar ramai-ramai, ada juga yang bergambar bersama pegawai atasan dan jurulatih sebagai kenangan. Rasa puas sebab berjaya habiskan program selama 3 hari dengan baik walaupun jadual padat.
Selesai semua, masing-masing mula pulang ke rumah. Aku pun naik motor dengan rasa lega dan puas. Walaupun penat, aku sangat bersyukur sebab dapat banyak ilmu baru dan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang program ini berlangsung. Inilah permulaan perjalanan aku sebagai seorang penyelia bergelar Koperal dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
Bagus bangun awal sebab nak bersiap pun lama. Tak adalah kelam kabut kan. Alhamdulillah selesai sudah 3 hari program. Dapat inputnya. Sempat lagi beli aiskrim tu.
ReplyDeleteYaaa ... Biasa Taufik akan bangun sejam atau sejam setengah untuk bersiap supaya tak kelam kabut. Alhamdulillah banyak input yang dapat daripada program ni...
DeleteDapat member yang kaki merayau memang macam macam tempat singgah
Akak biasa bangun awal jugak, tapi sebab nak masak hehehe. Wah macam menarik kursusnya, moga terus menjadi anggota Polis yang berdidikasi.
ReplyDeleteBab nak menyediakan bahan tu yang makan masa... Nak masak sekejap je huhuhu...
DeleteTu laaa menarik kak program nya... Dapat juga ilmu serba sedikit untuk jadi seorang penyelia...
Terima kasih kak
Alhamdulillah selesai kursus. Ilmu yang di terima banyak manfaatnya untuk tugas yang akan datang. Tahniah
ReplyDeleteBetul tu, berguna untuk di masa akan datang...terima kasih
DeleteSempat beli Mixue, ye. Hehe... semoga dapat jalankan tugas sebagai Koperal dengan jayanya, dan dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteDapat member yang kaki jalan memang merayap jelaaaaa hihihi..
DeleteTerima kasih..harap dapat buat yang terbaik
Agak panjang progam ya tuan, pasti ada ilmu baru, aplikasikan balik selain ada pengalaman lalu..tahniah
ReplyDeleteBetul tu, banyak ilmu yang dapat dari program ni..berguna untuk di implikasikan pada masa akan datang... Terima kasih
DeleteAlhamdulillah dah selesai...
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai juga program.
DeleteSelesai dah kursus. Tapi tanggungjawab lebih besar menanti. Begitulah kita sebagai penjawat awam ni. Lepas kursus recharged untuk lebih bersemangat nak menggalas tanggungjawab.
ReplyDeleteBetul tu, kenaikan pangkat diselangi dgn tanggungjawab yang besar ..
DeleteSelamat bertugas .
ReplyDeleteBila cuaca panas, sundae coklat la penawar segala rasa..