Skip to main content

Hari Ketiga dan Hari Terakhir Program Induksi Koperal Time Base

Hari ini merupakan hari ketiga dan juga hari terakhir untuk Program Induksi Pegawai Rendah Polis berpangkat Koperal Time Base. Sebagai seseorang yang baru dinaikkan pangkat hujung tahun lepas, aku memang sangat bersemangat untuk menghabiskan program ini dengan sebaik mungkin.

Seawal jam 4.00 pagi, aku sudah pun bangun seperti dua hari sebelumnya. Seperti biasa, perkara pertama yang aku buat adalah menyiapkan aksesori lengkap untuk pakaian uniform kerja. Aksesori ni memang ambil masa sebab perlu dipasang dengan kemas dan betul pada uniform. Dah jadi kebiasaan aku sendiri yang pasang semua, jadi dah terbiasa dengan susunan dan tempatnya.

Selesai memasang aksesori, aku terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Aku mengenakan pakaian berkolar, seluar tracksuit dan kasut sukan. Sementara itu, uniform kerja, tuala dan kasut kerja aku bungkus dalam plastik untuk dibawa bersama. Sama macam hari sebelumnya, aku memang dah set dalam kepala tak nak balik rumah selepas slot pagi sebab jadual memang padat.

Jam menunjukkan 5.00 pagi, aku mula panaskan enjin motor. Hari ni cuaca nampak cerah, langit pun bersih tak berawan. Dalam 5.10 pagi aku terus bergerak ke Masjid berdekatan IPD untuk slot pertama iaitu solat Subuh berjemaah. Rasa tenang je bawa motor pagi tu, jalan pun lengang. Sampai di masjid aku terus daftar kehadiran dan tunaikan solat Subuh bersama rakan-rakan peserta yang lain.

Selesai solat, kami teruskan dengan PT pagi (senaman pagi) di dataran kawad kaki IPD. Hari terakhir ni pun tak kurang aktifnya. Kami buat pelbagai jenis senaman asas seperti regangan badan, lompatan ringan dan senaman pernafasan. Tujuan utamanya supaya badan kami sentiasa cergas dan tidak lesu ketika menghadiri slot kelas yang panjang sepanjang hari nanti.

Lebih kurang jam 7.00 pagi, kami diberi rehat selama 45 menit. Masa ni digunakan untuk bersarapan dan tukar pakaian. Aku terus ke pejabat untuk mandi di tandas dan tukar kepada uniform kerja. Sarapan aku pagi tu ringkas sahaja, biskut, sekeping roti dan air kopi Kluang kegemaran aku. Memandangkan masa agak suntuk, aku makan sambil bersiap di pejabat.

Jam 8.00 pagi, slot pertama bermula iaitu ceramah "Tugas Adalah Ibadah". Penceramah menekankan bahawa setiap tugas kita sebagai anggota polis adalah satu bentuk ibadah jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Ia memberi kesedaran bahawa pekerjaan kita bukan sekadar untuk gaji atau pangkat, tapi juga membawa nilai spiritual yang tinggi. Banyak juga contoh-contoh situasi yang dikongsikan yang benar-benar menyentuh hati.

Jam 10.00 pagi, kami masuk ke slot kedua iaitu "Tugas Penyelia dalam Lokap". Dalam slot ni kami didedahkan kepada tanggungjawab seorang koperal yang bertindak sebagai penyelia di kawasan lokap. Kami diajar prosedur kawalan tahanan, tanggungjawab memastikan keselamatan OKT, serta pentingnya melaporkan sebarang insiden dengan betul dan segera. Banyak juga isu keselamatan dan cabaran yang dikongsikan oleh pegawai yang berpengalaman.

Jam 12.00 tengahari kami semua diberi waktu rehat sehingga jam 2.30 petang. Aku dan beberapa rakan dari cawangan BKDNKA terus lepak di kedai makan berhampiran. Tengahari tu aku ambil nasi ayam dan teh O ais. Simple tapi cukup mengenyangkan. Selesai makan, kami pun ronda sekejap di kedai ECO SHOP dan singgah di Sunway Kluang Mall untuk cuci mata.

Nasi Ayam + Teh O Ais


Sebelum balik ke pejabat, kami singgah di kedai MIXUE untuk beli aiskrim coklat sundae. Sejuk dan manis, memang sesuai dengan cuaca panas hari tu. Masa masih berbaki, jadi kami rehat sekejap di pejabat untuk kemaskan uniform dan bersedia untuk sesi penutupan program.

Baru nak try rasa aiskrim coklat Sundae
(Padu gak rasa)


Jam 2.30 petang, kami semua berkumpul semula untuk raptai majlis penutupan program. Setiap cawangan perlu menghantar seorang wakil untuk mengambil sijil penyertaan di atas pentas nanti. Aku tak jadi wakil, tapi kawan seangkatan dari BKDNKA yang dipilih. Kami semak susunan peserta, posisi tempat duduk dan ulang sesi berjalan naik dan turun pentas.

Jam 3.00 petang, majlis penutupan rasmi pun bermula. Tetamu kehormat iaitu Ketua Polis Daerah memberikan ucapan dan nasihat kepada semua peserta. Antara intipati ucapan ialah harapan agar semua yang telah menghadiri kursus ini dapat menjalankan tanggungjawab sebagai penyelia dengan amanah, tegas dan adil. Sijil disampaikan kepada wakil setiap cawangan dan beberapa peserta cemerlang turut diberikan penghargaan.

Jam 4.00 petang, majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan. Ada yang ambil peluang untuk ambil gambar ramai-ramai, ada juga yang bergambar bersama pegawai atasan dan jurulatih sebagai kenangan. Rasa puas sebab berjaya habiskan program selama 3 hari dengan baik walaupun jadual padat.

Selesai semua, masing-masing mula pulang ke rumah. Aku pun naik motor dengan rasa lega dan puas. Walaupun penat, aku sangat bersyukur sebab dapat banyak ilmu baru dan pengalaman yang sangat bermakna sepanjang program ini berlangsung. Inilah permulaan perjalanan aku sebagai seorang penyelia bergelar Koperal dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Comments

  1. Bagus bangun awal sebab nak bersiap pun lama. Tak adalah kelam kabut kan. Alhamdulillah selesai sudah 3 hari program. Dapat inputnya. Sempat lagi beli aiskrim tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa ... Biasa Taufik akan bangun sejam atau sejam setengah untuk bersiap supaya tak kelam kabut. Alhamdulillah banyak input yang dapat daripada program ni...

      Dapat member yang kaki merayau memang macam macam tempat singgah

      Delete
  2. Akak biasa bangun awal jugak, tapi sebab nak masak hehehe. Wah macam menarik kursusnya, moga terus menjadi anggota Polis yang berdidikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab nak menyediakan bahan tu yang makan masa... Nak masak sekejap je huhuhu...

      Tu laaa menarik kak program nya... Dapat juga ilmu serba sedikit untuk jadi seorang penyelia...

      Terima kasih kak

      Delete
  3. Alhamdulillah selesai kursus. Ilmu yang di terima banyak manfaatnya untuk tugas yang akan datang. Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, berguna untuk di masa akan datang...terima kasih

      Delete
  4. Sempat beli Mixue, ye. Hehe... semoga dapat jalankan tugas sebagai Koperal dengan jayanya, dan dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat member yang kaki jalan memang merayap jelaaaaa hihihi..

      Terima kasih..harap dapat buat yang terbaik

      Delete
  5. Agak panjang progam ya tuan, pasti ada ilmu baru, aplikasikan balik selain ada pengalaman lalu..tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, banyak ilmu yang dapat dari program ni..berguna untuk di implikasikan pada masa akan datang... Terima kasih

      Delete
  6. Selesai dah kursus. Tapi tanggungjawab lebih besar menanti. Begitulah kita sebagai penjawat awam ni. Lepas kursus recharged untuk lebih bersemangat nak menggalas tanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kenaikan pangkat diselangi dgn tanggungjawab yang besar ..

      Delete
  7. Selamat bertugas .
    Bila cuaca panas, sundae coklat la penawar segala rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon nak jalan saja dalam mall... Sekali tergoda nak beli terus

      Delete
  8. syabas!!! selamat bertugas dgn penuh dedikasi

    ReplyDelete
  9. tajuk program pun best best ni...

    sesekali kannnn craving benda manisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laaaa .....sekali sekala takpe..selalu jangan..

      Delete
  10. Banyaaak pasti ilmu yg di dapat, training 3 hari. Sampai ada ceramah agama sekalian. Baguuus lah acaranya bang 👍👍.

    Saya ingat perkataan seorang polisi, dia bilang mungkin gaji polisi tidak besar . Tp jika bekerja sepenuh hati, tidak melenceng kesana kesini, ikut aturan yg ada, Allah yg akan melengkapi kekurangannya. Terharu juga, di tengah banyak case oknum polisi di Indonesia, terkadang perkataan seperti itu, kasih harapan bahwa masih ada polisi yg jujur di Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah banyak juga ilmu yang diberrikan. ceramah agama bagi menguatkan iman kita semasa bertugas. betultu, memang gaji tidak besar tapi bila kita ikhlas, Allah akan gantikan dengan perkara yang lain

      Delete
  11. Uniform kerja masuk dalam mesin basuh atau cuci tangan sahaja.
    Kiranya MT sendirilah yang akan iron uniform sendiri eh. Kotlah takut terhangus ke bila isteri gosok. Akak nengok polis pakai uniform kemain tajam side kat lengan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam Taufik Uniform kerja ni cuci tangan sahaja....sebab bila mana guna mesin akan ada putih putih pada baju jadi tak cantik....Iron memang sendiri kak...sebab nak pastikan sudut baju tu kelihatan tajam dan kemas...memang kena nampak kemas.

      Delete
  12. alhamdulillah selesai kursus satu hari dari pagi sampai ke petang. awal betul bangun pukul 4 pagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memang kak.kena bangun awal sebab tak nak kalut pergi kerja dan bertugas dan program

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membantu Urusan Jenazah di Pagi Hari

Pagi tadi, sekitar jam 9.00 pagi , suasana di lorong taman perumahan Taufik agak sunyi. Hanya bunyi kicauan burung dan deruan enjin kereta jiran yang baru berangkat kerja kedengaran. Taufik yang ketika itu sedang bersiap untuk menghantar isteri ke tempat kerja, secara tidak sengaja terlihat sebuah van jenazah berhenti di hadapan salah sebuah rumah di lorong tersebut. Dalam hati Taufik terus terdetik, “Mesti ada jiran yang meninggal ni…” Walaupun jarang berlaku di taman itu, tetapi setiap kali ada kematian, suasananya memang terasa berbeza, ada kesedihan yang tersirat walaupun tiada bunyi tangisan kuat. Selepas menghantar isteri Taufik ke tempat kerja, Taufik memutuskan untuk singgah sebentar di rumah jiran tersebut. Sebagai jiran, walaupun kurang kenal dengan beberapa ahli keluarga mereka, terasa tak manis kalau sekadar lalu tanpa bertanya khabar. Setibanya di halaman rumah itu, Taufik melihat beberapa ahli keluarga dan saudara-mara sedang duduk menunggu. Wajah mereka kelihatan sed...

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal: