Skip to main content

Terdengar Erangan Dalam Kereta Berkunci – Tindakan Pantas Menyelamatkan Nyawa

Hari ini kami menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang seorang individu mengerang kesakitan di dalam sebuah kenderaan yang berkunci. Pengadu memberitahu bahawa dia cuba membantu, tetapi pintu kereta tidak dapat dibuka.


Tanpa berlengah, kami segera arahkan anggota ronda MPV ke lokasi kejadian. Pada masa sama, kami juga hubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memberikan bantuan teknikal memandangkan kenderaan tersebut berkunci dari dalam.


🚔 Tindakan pantas kedua-dua pasukan sangat membantu.
Setelah berusaha, pihak APM berjaya membuka tingkap kereta, dan kami dapati seorang lelaki di dalamnya dalam keadaan tidak sedarkan diri namun masih bernafas.


🚑 Pihak APM terus membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Berdasarkan maklumat awal daripada anggota ronda MPV, mangsa dipercayai mengalami kekejangan atau serangan kesihatan secara tiba-tiba ketika berada dalam kereta.


Selepas memastikan mangsa dihantar ke hospital, anggota ronda MPV ke rumah waris mangsa untuk memaklumkan tentang kejadian dan maklum kepada waris untuk bawa balik kenderaan milik mangsa ke rumah sebagai langkah keselamatan dan kemudahan urusan selanjutnya.


📌 Mesej aku hari ini: Kadang-kadang, tindakan cepat daripada orang awam menyelamatkan nyawa seseorang.
Terima kasih kepada pengadu yang tidak hanya tengok, tapi bertindak dengan bijak.

Dan kepada semua:
✅ Jangan abaikan situasi pelik di sekeliling.
✅ Kalau rasa tak mampu bantu, sekurang-kurangnya hubungi pihak berkuasa.
✅ Setiap saat sangat berharga dalam situasi kecemasan.


Stay safe, prihatin dan cakna.
Kita jaga kita. 🤝


Comments

  1. ya tindakan cepat menyelamatkan nyawa mangsa dlm kesulitan perlu peka isyaratnya

    ReplyDelete
  2. ye..orang awam kena prihatin...kalau x boleh membantu secara langsung at least dapatkan bantuan yang sewajarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sebetul nya. Kalau tiada sebarang kemahiran, dapatkan bantuan segera.

      Delete
  3. setiap saat sangatlah berharga dlm keadaan getir begitu. thanks pasukan yg bertugas! pantas dan efisyen. barakallah fiikum jamian

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, masih ada sikap ambil peduli dengan orang sekitar..Tahniah juga bagi pihak yang terlibat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada orang baik yang sentiasa mengamati keadaan sekeliling

      Delete
  5. Tindakan tepat yg menyelamatkan nyawa 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, pengadu segera call dapat kami salurkan bantuan segera.

      Delete
  6. Tetima kasih kepada org baik yang cakna.
    Kita permudahkan urusan org. InsyaAllah nanti urusan kita juga dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, mudah mudahan dipermudahkan urusan.

      Delete
  7. Kot dok kalut-kalut ramai plak nak membantu dengan pecahkan cermin kereta. Tak terfikir pula nak hubungi polis ata APM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam pihak bomba dan APM ada alatan untuk membuka cermin tersebut....kalau bernasib baik tiada kerosakan teruk

      Delete
  8. Ya Allah nasib baik orang awam nampak. Semuga kita di pertemukan dengan orang yang baik-baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, nasib baik ada insan yang prihatin lalu di kawasan tu.

      Delete
  9. Tahniah buat orang awam yang pantas bertindak. Dapat menyelamatkan nyawa. Kadang kita kena prihatin apa yang berlaku. Jangan pula ada yang ambil kesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kita kena ada sikap prihatin terhadap sekeliling....tapi tulaaa....ada je orang yang sikap suka ambil kesempatan

      Delete
  10. Kadang-kadang, nyawa terselamat bukan sebab pakar… tapi kerana orang awam yang berani bertindak cepat. Salute pada anda semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EPISOD 14 AKHIR : PAHLAWAN KECIL KAMPUNG DAMAI

  ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI BUAT PEMBACA BLOG TAUFIK Jadi hari ini Taufik nak teruskan komik yang Taufik buat, walaupun bukan lah 100% Taufik yang buat, cuma idea sahaja dan AI yang buatkan huhuhuhu. sebelum terlupa, jika sudi untuk support boleh klik  di sini ...terima kasih . TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Teka 3 Angka Belakang Duit RM1 & Menang Hadiah!

Hari ni Taufik nak buat contest santai-santai untuk semua sahabat blogger dan pembaca blog ni. Senang je,  teka 3 angka terakhir nombor siri duit RM1 yang Taufik pegang sekarang ni! 🎁 Hadiah? Taufik akan hadiahkan Komik Digital Ujang (versi PDF) kepada 10 orang pemenang yang teka paling hampir atau betul! 📌 Cara Nak Join: Tinggalkan tekaan 3 angka terakhir dalam ruangan komen entri ni. Boleh teka seberapa banyak yang korang nak  tiada had! Syarat mudah sahaja : Tolong share contest ni di mana-mana platform (Blog, Facebook, IG, WhatsApp, TikTok dll). 📅 Tarikh Tutup: Tarikh tutup sehingga hujung bulan. Pemenang akan diumumkan dalam awal bulan . Selamat mencuba semua! Mana tahu rezeki korang kan 😄 Yang penting, kita seronok-seronok je. Jangan lupa share ye! Petunjuk untuk teka teki : kita bagi petunjuk bonus yang terakhir                                      ...