Mari Klik

Tuesday, June 10, 2025

Apa Hak Anda Apabila Ditahan Pihak Polis?


Ramai orang bila nampak polis tahan terus gelabah. Ada yang siap takut nak buka mulut sebab fikir polis boleh buat apa saja. Tapi sebenarnya, anda ada hak  dan hak ini dijamin oleh undang-undang.

Kalau suatu hari nanti anda ditahan polis, ini hak-hak asas yang anda perlu tahu:


🔹 1. Anda berhak tahu sebab ditahan.
Polis wajib beritahu kenapa anda ditahan. Contoh: “Encik ditahan kerana disyaki mencuri...”. bukan setakat “ikut saya ke balai”.

🔹 2. Anda ada hak untuk berdiam diri.
Jangan rasa terpaksa cerita panjang. Anda boleh pilih untuk tidak menjawab sebarang soalan, kecuali beri maklumat asas seperti nama, alamat, dan nombor kad pengenalan.

🔹 3. Anda berhak hubungi ahli keluarga atau peguam.
Selepas ditahan, anda boleh minta untuk hubungi keluarga atau peguam pilihan. Polis perlu benarkan satu panggilan telefon.

🔹 4. Anda tidak boleh dipukul atau didera.
Undang-undang jelas: tiada siapa boleh didera secara fizikal atau mental semasa dalam tahanan. Kalau berlaku, itu sudah melanggar hak asasi.

🔹 5. Anda berhak tahu lokasi anda dibawa.
Polis tak boleh “hilangkan” anda. Keluarga atau peguam berhak tahu anda berada di balai mana.


📌 Ingat! Hak-hak ini bukan untuk lindungi pesalah, tapi untuk pastikan keadilan ditegakkan. Kadang-kadang orang tak bersalah pun kena tahan untuk siasatan, jadi penting tahu batas dan hak kita.

Jangan panik, jangan melawan. Tapi faham dan gunakan hak anda sebaiknya.


Kalau korang suka perkongsian ni, boleh share kat orang tersayang. 

28 comments:

  1. tp bila nampak polis je terus ketaq. walhal tak buat salah pun. hehehehe acaner tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part yang tu kami pun tak dapat nk tolong hahaha

      Delete
    2. betul tu terutama skali bila ada roadblock.. takda buat salah pun jd kelam kabut neves tibe2 ahahaha

      Delete
    3. Time tu kad pengenalan dgn lesen pun tiba tiba tak jumpa ye

      Delete
  2. itu yang kalau tengok cerita...polis tangkap..habis dia sebut semua tu...dalam cerita korea lah... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap² polis yang buat pemeriksaan tu cakap dalam hati... Bonus betul ni

      Delete
  3. Saya baca ulang-ulang supaya faham/ingat. Hak kita, kena tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu kak..... Mungkin ada sesetengah pihak polis mesti ada yang tak suka bila buat konten macam ni....tapi benda yang baik nak buat apa tutup

      Delete
  4. Kalau kena dera secara mental macam mana pulak?

    Gambar atas tu buat pakai Ai eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kita akan buat konten pasal ni.

      Ya, gambar atas tu buat pakai AI.

      Delete
  5. Itu yang takut tu, kadang macam saje je cari salah orang. huhu...saja nak takut²kan orang ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... Memang ada sesetengah polis akan test orang juga.

      Delete
    2. Alamak, memang macam tu ke. Patutlah pun. Buat takut kita je. huhu...

      Delete
    3. sebab dia nak uji jika memang ada kesalahan waktu tu.

      Delete
  6. Memang auto nervous if nmpk polis kat road block😅😅😅

    ReplyDelete
  7. 5. Anda berhak tahu lokasi anda dibawa.
    Polis tak boleh “hilangkan” anda. Keluarga atau peguam berhak tahu anda berada di balai mana.

    Tertarik dengan kenyataan ini.... katalah masa kena tahan, kita boleh ke telefon sendiri keluarga atau polis yang akan telefon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kena tahan di lokap polis...kita boleh minta pegawai penyiasat untuk hubungi keluarga dan peguam kita.

      Delete
  8. perkongsian yang baik, tuan... semoga di jauhkanlah dari kena tahan polis kecuali periksa lesen dan roadtax sahaja, aamiin :)

    ReplyDelete
  9. Saya kalau memandu dan ternampak sekatan jalanraya polis terus berdebar...padehal ok je semua pakai seat belt, bawa kereta pun biasa je. Panik tiba2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Itu memang automatik.... Nak keluarkan kad pengenalan dgn lesen pun tak jumpa

      Delete
  10. Pernah je kena tahan..tapi xde la isu besar2 pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar untuk buat pemeriksaan biasa sahaja kan.

      Delete
  11. Masa zaman pkp dulu ketar juga lutut padahal kita ada pass sebagai warga KKM yang kena pi bertugas sewaktu orang dok rumah. La ni rindu pulak nak pakai pass besor gabak kkm masa road block. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa...perasaan tu memang tak boleh lari huhuhuhu.....
      pass besar kalau tak nampak tak tahu laaa ye hhahaha

      Delete

My Blog List