Ramai orang bila nampak polis tahan terus gelabah. Ada yang siap takut nak buka mulut sebab fikir polis boleh buat apa saja. Tapi sebenarnya, anda ada hak dan hak ini dijamin oleh undang-undang.
Kalau suatu hari nanti anda ditahan polis, ini hak-hak asas yang anda perlu tahu:
🔹 1. Anda berhak tahu sebab ditahan.
Polis wajib beritahu kenapa anda ditahan. Contoh: “Encik ditahan kerana disyaki mencuri...”. bukan setakat “ikut saya ke balai”.
🔹 2. Anda ada hak untuk berdiam diri.
Jangan rasa terpaksa cerita panjang. Anda boleh pilih untuk tidak menjawab sebarang soalan, kecuali beri maklumat asas seperti nama, alamat, dan nombor kad pengenalan.
🔹 3. Anda berhak hubungi ahli keluarga atau peguam.
Selepas ditahan, anda boleh minta untuk hubungi keluarga atau peguam pilihan. Polis perlu benarkan satu panggilan telefon.
🔹 4. Anda tidak boleh dipukul atau didera.
Undang-undang jelas: tiada siapa boleh didera secara fizikal atau mental semasa dalam tahanan. Kalau berlaku, itu sudah melanggar hak asasi.
🔹 5. Anda berhak tahu lokasi anda dibawa.
Polis tak boleh “hilangkan” anda. Keluarga atau peguam berhak tahu anda berada di balai mana.
📌 Ingat! Hak-hak ini bukan untuk lindungi pesalah, tapi untuk pastikan keadilan ditegakkan. Kadang-kadang orang tak bersalah pun kena tahan untuk siasatan, jadi penting tahu batas dan hak kita.
Jangan panik, jangan melawan. Tapi faham dan gunakan hak anda sebaiknya.
Kalau korang suka perkongsian ni, boleh share kat orang tersayang.
tp bila nampak polis je terus ketaq. walhal tak buat salah pun. hehehehe acaner tu.
ReplyDeletePart yang tu kami pun tak dapat nk tolong hahaha
Deletebetul tu terutama skali bila ada roadblock.. takda buat salah pun jd kelam kabut neves tibe2 ahahaha
DeleteTime tu kad pengenalan dgn lesen pun tiba tiba tak jumpa ye
Deleteitu yang kalau tengok cerita...polis tangkap..habis dia sebut semua tu...dalam cerita korea lah... hahaha
ReplyDeleteSilap² polis yang buat pemeriksaan tu cakap dalam hati... Bonus betul ni
DeleteSaya baca ulang-ulang supaya faham/ingat. Hak kita, kena tau.
ReplyDeleteYa betul tu kak..... Mungkin ada sesetengah pihak polis mesti ada yang tak suka bila buat konten macam ni....tapi benda yang baik nak buat apa tutup
DeleteKalau kena dera secara mental macam mana pulak?
ReplyDeleteGambar atas tu buat pakai Ai eh?
Ok kita akan buat konten pasal ni.
DeleteYa, gambar atas tu buat pakai AI.
Itu yang takut tu, kadang macam saje je cari salah orang. huhu...saja nak takut²kan orang ek.
ReplyDeleteHuhuhu... Memang ada sesetengah polis akan test orang juga.
DeleteMemang auto nervous if nmpk polis kat road block😅😅😅
ReplyDeleteHuhuhu kena berlatih menenangkan diri tu
Delete5. Anda berhak tahu lokasi anda dibawa.
ReplyDeletePolis tak boleh “hilangkan” anda. Keluarga atau peguam berhak tahu anda berada di balai mana.
Tertarik dengan kenyataan ini.... katalah masa kena tahan, kita boleh ke telefon sendiri keluarga atau polis yang akan telefon.
Jika kena tahan di lokap polis...kita boleh minta pegawai penyiasat untuk hubungi keluarga dan peguam kita.
DeleteTq info 👍🏻
ReplyDeleteSama sama
Deleteperkongsian yang baik, tuan... semoga di jauhkanlah dari kena tahan polis kecuali periksa lesen dan roadtax sahaja, aamiin :)
ReplyDeleteTerima kasih.... Amiiinnn
DeleteSaya kalau memandu dan ternampak sekatan jalanraya polis terus berdebar...padehal ok je semua pakai seat belt, bawa kereta pun biasa je. Panik tiba2....
ReplyDeleteHihihi... Itu memang automatik.... Nak keluarkan kad pengenalan dgn lesen pun tak jumpa
DeletePernah je kena tahan..tapi xde la isu besar2 pun...
ReplyDeleteSekadar untuk buat pemeriksaan biasa sahaja kan.
Delete