Terima kasih kepada sahabat Blogger mummy_ayu atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas.
Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni:
"Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?"
"Office tak marah ke?"
Jawapan ringkas:
Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya.
Apa Yang Dibenarkan?
-
Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas. boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM.
-
Tak dedah maklumat sulit atau sensitif, seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara.
-
Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.
Apa Yang Kena Elak?
- Jangan rakam atau ambil gambar dokumen rasmi atau lokasi operasi tanpa kebenaran.
- Jangan gunakan bahasa kasar, provokasi, atau menyindir individu tertentu.
- Jangan kaitkan blog dengan pendirian rasmi PDRM, sebab ini pandangan peribadi, bukan kenyataan jabatan.
Pandangan Pejabat?
Setakat ni, tiada isu.
Sebab tujuan blog ni jelas:
Nak kongsi realiti bertugas sebagai anggota polis secara santai dan jujur.
Malah ada juga bos yang sokong selagi tak langgar apa-apa peraturan.
Lagipun, blog ni boleh jadi medium komunikasi dua hala dengan masyarakat, bagi faham apa yang kami hadap di sebalik uniform.
Kesimpulan
Tulis blog pasal tugas sebagai anggota polis bukan satu kesalahan,
asalkan niat betul, cara betul, dan jaga etika.
Kalau kita pandai kawal apa yang dikongsi, blog boleh jadi alat dakwah & pendidikan masyarakat.
#DiSebalikUniform
#PolisPunBolehAdaBlog
#AsalTakLanggarEtika
Kita orang kat kkm pun ada juga rahsia yang tidak boleh di pamerkan apa lagi di Jabatan rekod banyak rahsia dan sulit. Tapi selalunya saya cuma cerita luaran je apa aktiviti yang kami buat. Sekurangnya stress kerja banyak apa bila citer happy, cool sikit. Sekurangnya orang tahu banyak aktiviti yang pihak hospital buat untuk orang awam dan staff juga. Bukan hanya sibuk merawat pesakit.
ReplyDeleteYang nie kalau bab cerita.. Sebab orang tak tau penyelia asrama buat kerja apa.. Hihihi... Tapi, sikit2 je cerita pasal work life.. Banyak kita cerita pasal personal je..
Deletemacam saya notie lebih kepada penceritaan umum sahaja...ceria dalaman memang tetap di rahsiakan
DeleteSelagi tak melangkaui batas2... Insya-Allah... Ok je
ReplyDeletebetul tu adnil linda, selagi tidak melangkaui batas memang OK je
DeleteTak salah berkongsi selagi tak langgar etika. Tapi tulah, kadang risau jugak, kan.
ReplyDeletetakut juga kalau kalau terlepas kan
DeleteSelagi tak menyalahi peraturan kerja okay saja kan. Kami org awam pun seronok dapat baca kisah kehidupan anggota keselamatan ni.
ReplyDeleteya, sebab yang saya kongsikan hanya lah sekadar maklumat umum sahaja
Deleteoo..ok. faham.. tq so much atas penjelasan. MA pun keja dgn polis juga tapi kakitangan awam je..
ReplyDeleteowhh, sama sama....sebab ramai yang nak tahu pengalaman sebagai anggota polis ni
DeleteKadang ada yang perlu di war war dan ada yang perlu disimpan. Janji kita tidak melampaui batas. Teruskan berkarya....sebar yang positif!
ReplyDeletesetuju, terima kasih... in shaa Allah sebab pengalaman kerja juga dapat mebantu sedikit sebanyak apa yang orang nak tahu
DeleteIni pertama kali ada rakan blogger yang berkerjaya sebagai polis.
ReplyDeleteBukan setakat berkongsi cerita/pengalaman, menulis juga satu bentuk terapi diri.
Ya, kita semua berkongsi cerita tapi masih menjaga batas privasi diri dan kerja masing-masing.
betul tu, mana tahu ada yang berrminat untuk menyertai polis dengan cerita dan pengalaman Taufik ni
DeleteBagus juga, sayapun tidak berapa tahu sangat tugas polis.
ReplyDeleteTq sebab follow blog saya, saya dah follow balik.
In shaa Allah saya akan kongsikan pengalaman saya yang tidak seberapa ni.
DeleteFirst time jumpa blog nie ... Jarang2 jumpa blogger mcm nie
ReplyDeleteTerima kasih kerana support blogger saya..
DeleteTapi kalau ada cerita bawah selimut tu... bisik kat uncle ye... (hehehe)
ReplyDeleteHehehehe.... Hal umum je yang boleh dikongsikan
Deletekalau dah minat menulis tu kan. share ler mana2 yg patut.
ReplyDeleteIn shaa Allah... Tiada masalah..
DeleteBos tau ke ada blog? bagusnya.. kalau sy, diam-diam sudah.. hahaha
ReplyDeleteBos jabatan laaaa... Bos IPD tak tahu lagi...
Deleteboss saya pembaca setia blog ammi KM... mana dia tau pasal blog ammi pun ntahlah. Tau pun sebab sekali tu terperasan kat pc dia masa kita discuss
DeleteMacam taufik dulu sebelum blogger yg ni.... Taufik salah satu Youtuber...
Deleteselagi tak melanggar batas takpe je kan? hehe
ReplyDeletebetul tu, selagi tidak melanggar batas boleh je berkongsi dengan orang awam.
DeleteRisau juga kan ada isu ni. Takut menjejaskan profession sebab badan beruniform ni penuh dengan P&C. Okaylah kalau begitu selagi tak menyalahi undang².
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah. Saya nak follow semula tak boleh sebab failed to follow. Maaf ye.
macam saya kadang kadang ada minta pendapat sahabat sahabat di tempat kerja berkaitan entry yang saya buat adakah boleh atau tidak..sekurang kurang nya berjaga jaga sebelum mengeluarkan entry.
Deleteowhhh tidak mengapa...faham
rare betul polis ada blog ni!! selamat bertugas Tuan!
ReplyDeleteAlhamdulillah sekadar ingin berkongsi cerita...terima kasih..
DeleteTapi yang nak komen ni kadang² risau, wajar ke nak tulis atau bertanya? Kot tersalah tulis atau sensitif.... haishhh... polis kot🫣
ReplyDeleteKalau sekadar nak tahu dan bertanya tiada masalah...
DeleteBetul ..paling penting jangan dedahkan apa-apa maklumat penting ..
ReplyDeleteYa, maklumat peribadi perlu berhati hati.
Delete