Skip to main content

Strike Santai BKDNKA di Sunway Kluang Mall

Hari ini sedikit berbeza daripada kebiasaan. Tiada panggilan kecemasan, tiada aduan daripada orang awam, sebaliknya suasana ceria dengan acara santai… Pertandingan Bowling bagi warga Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA).

Program ini melibatkan anggota daripada cawangan Gerakan, Pengiring, dan Pusat Kawalan Daerah (PKD). Ia dijadualkan bermula jam 11 pagi. Jam 10.30 pagi aku mula bergerak dari rumah dengan menunggang motosikal secara santai, sekitar 60–70 km/j. Perjalanan ambil masa lebih kurang 15 minit ke lokasi pertandingan di Sunway Kluang Mall.

baru nak gerak ke lokasi dari rumah

Sampai sahaja di pusat bowling, suasana sudah mula meriah. Masing-masing dengan semangat pasukan, ada yang sibuk pilih bola bowling paling sesuai, ada yang tak sabar nak buat strike. Walaupun ini sekadar pertandingan santai, semangat kesukanan tetap terasa.

mereka tengah sibuk bersiap sambil berbincang saiz bola

dah dapat saiz bola kita pun sebat jelaaaa

masih berbincang lagi saiz bola

Time ni Urusetia baru sampai... nak tau yang mana kan

Ni la orang ea


bergambar dulu sebelum mula

yang ni team Wanita terdiri daripada Anggota Wanita dan Isteri Anggota dan Pegawai
(ada yang tak sampai lagi)
Isteri Taufik tak dapat ikut sebab kena kerja

Sambil main kita makan-makan

Ni ada Hadiah-Hadiah yang di sediakan

Pemenang terdiri daripada Kategori Individu dan Kumpulan

untuk pemenang Kategori Individu 
hadiah disampaikan  oleh pegawai Insp Ketenteraman Awam

Tempat Ketiga pemenang nya di sebelah kiri

Tempat kedua (Hadiah kongsi sebab mata pin sama)

Tempat pertama

Untuk Kategori Kumpulan pula

Tempat Ketiga

Tempat Kedua

Juara tempat pertama





Sebelum balik kita bergambar dulu



Acara ini bukan saja untuk berseronok, tapi juga sebagai satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama rakan setugas dalam BKDNKA. Di sebalik seragam dan tugas harian yang mencabar, hari ini kami kongsi tawa, sorakan dan kenangan.

Kerja tetap kerja… tapi sesekali begini, hati pun jadi tenang.


Comments

  1. Masing² berbakat ye... Kalau PH masuk longkang dah haha...
    Acara santai² gini perlu juga, dapatlah redakan tekanan kerja juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....berbakat ...taufik pun banyak ke longkang juga... Alhamdulillah dapat juga hilang stress...

      Delete
  2. Berapa kali strike tu? Mesti power masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pemenang tu bnyk juga strike nya .. Taufik juga dapat strike 2 kali je... Yang lain dpt sikit dan ke longkang

      Delete
  3. Selalu kalau saya bola masuk longkang tu. Hehe. Sesekali je bola tu pergi tengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan Taufik.. banyak juga ke longkang... Hihi main suka-suka

      Delete
  4. Seronok aktiviti macam ni. Selain stress waktu bekerja bila aktiviti macam ni selain mengeratkan ukhwah sesama rakan dapat juga santai-santai bergembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, asyik fikir pasal kerja boleh jadi stress

      Delete
  5. seronok...sambil2 tu boleh lah release tension

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, macam kami di PKD memang kerja berkurung saja... tahu pergi dan balik kerja sahaja. bila ada program macam ni....dapat lah tenangkan fikiran

      Delete
  6. Hey...minat kita sama la...tahun ni SA blom ada join mana- mana tournament lagi..tahun lepas selalu join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka bowling tapi tak pandai mana pun main nya.

      Delete
  7. Bowler lain yang sebelah-sebelah tu mesti behaved 🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baju tu takde lambang PDRM je .. kalau tak mesti duduk memerhati je hihihi

      Delete
  8. polis dan biru berpisah tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul sangat....semua nak biru.. tak kisah lah cerah ke gelap..pasti biru...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...