Skip to main content

Ronda Cegah Jenayah Bukan Sekadar Ronda

Pagi ini, selepas solat Subuh, aku seperti biasa buka telefon sambil baring sekejap sebelum mula aktiviti harian. Tiba-tiba muncul satu video pendek dalam group Facebook KHI , sahabat-sahabat dari Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kluang sedang membantu seorang penunggang motosikal yang mengalami masalah tayar.

Walaupun malam tadi aku tak bertugas di PKD, hati ini rasa bangga sangat tengok sahabat-sahabat aku tetap menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan.

Kadang-kadang kita ingat tugas anggota polis hanya soal rondaan, cegah jenayah atau tangkap penjenayah. Tapi sebenarnya, ada banyak momen kecil di sebalik uniform membantu warga emas lintas jalan, hantar orang awam yang terkandas, bahkan macam malam tadi, bantu betulkan tayar motor orang awam yang ditimpa kesusahan.

Mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi besar maknanya bagi yang dibantu.

Inilah nilai fardhu kifayah yang sahabat MPV pernah sebut sebelum ini. Menjadi polis bukan sekadar kerja tapi ia amanah. Dan bila kita lihat sahabat seperjuangan benar-benar faham makna itu, kita sendiri jadi termotivasi.

Syabas Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kluang! Teruskan menyebar kebaikan, walau dalam diam.


Comments

  1. Alhamdulillah, setiap pekerjaan tu mmg ada hikmahnya utk insan lain di sekeliling kita krn kerja kita mmg fardu kifayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak kisah bekerja dalam bidang apa pun ia tetap fardhu kifayah.

      Delete
  2. Maknanya tugas polis bukan sekadar meronda tapi membantu orang awam juga. Syabas polis yang membantu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, meronda bagi mecegah jenayah berlaku dan membantu bagi mereka yang memerlukan

      Delete
  3. Multi tasking... baguih la PDRM Kluang.
    Luas betullah job scope nya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semoga usaha ini dapat membantu masyarakat

      Delete
  4. Tahniah kpd anggota polis yg sedia berkhidmat membantu org awam yg dlm kesusahan. Hanya Allah yg dpt membalas jasa baik kalian. Comel blog ni jd sy follow ye. Keep up the good work!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doa nya...terima kasih juga kerana follow blog ini.

      Delete
  5. Tahniah kepada anggota polis yang selalu berkhidmat untuk masyarakat. Salam kenal dari Blog LeYa

    ReplyDelete
  6. tahniah memikul amanah tugas penuh taggungjawab

    ReplyDelete
  7. Betul... Pekerjaan polisi dan tentara ini sebenarnya banyak macam. Di sinipun mereka banyak membantu evakuasi semisal ada bencana alam di suatu tempat. Atau hal2 kecil lainnya. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Bukan hanya tertumpu kepada penjenayah sahaja... Yang mana memerlukan juga adalah tanggungjawab

      Delete
  8. Insyaallah…semoga Fiq juga dapat terus kekal cemerlang dengan amanah yang diberikan.

    Kalau boleh ammi cadangkan Fiq tukar setting blog (di Theme) kalau tak silap utk mobile view. Lebih seronok view di phone kalau guna mobile setting dari desktop setting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn In shaa Allah moga-moga Taufik kekal bersemangat untuk bertugas.

      Owhhh...ok jugak tu idea...sebab dah lama tak buat blog kan...terima kasih berikan idea.

      Delete
  9. Cenggini lah terbaik anggota.. masalah tayar pun boleh tlg.. mmg respect habis.. fardhu kifayah yg kecil tapi besar nilainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kadang² mungkin orang pandai benda ni simple tapi boleh halang dari jadi nya sesuatu.

      Delete
  10. haaa..ini memang mantap...bab tayar pun boleh tolong...terbaik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...